Thursday, May 15

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL


Minggu lepas si Aqil anak zue yang kedua dan Alya anak yang sulung sambut besday part. Mulanya plan nak buat kek jenis creamy tapi malas nak main dengan cream bagai so zue buat kek yang tak perlu design cantik bagai. Agak mudah dan rasa pun sedap. Hari tu pernah buat sekali masa jamuan dekat opis. Member semua puji agak sedap. Mungkin gabungan yogurt dan fruit kotail ni buat kek bertambah sedap. 

Jom try resepi versi chef hanieliza ni. 


KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

Bahan A
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko 
1 s/k baking powder 
1/2 s/k soda bikarbonat 
**Ayakkan

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur 
1 s/k esen vanilla 
**kacau rata
Caranya:
  • Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  • Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
  • Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
  • Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  • Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju dan buah2an koktel


Bahan krim keju:

250 gm keju cream 
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel


Caranya:
  • Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
  • Masukkan yogurt dan pukul lagi.
  • Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
  • Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
  • Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
  • Potong dan hidangkan



4 comments:

izahdaut said...

cantik nya.. terpesona melihat kek tu bila dah kena ngan tangan seni. cantik bila dilapis gitu. saya suke kek coklat yang ni. sedap kek nya.

..::Zue::.. said...

asalnyer terpesona ngan pic izah punya tu yg akak buat jugak.. btl tu sedap sangat..!!

quinnie said...

cantiknya..teringin nak buat kek ni sebab tak pernah buat lagi..:)

..::Zue::.. said...

quinnie.. cantik diluar dan sedap didlm..
trylah buat...coform puas hati... dan nak lagi..

 

Designed By Izza sakura