Thursday, May 9

MUFFIN PELBAGAI VERSI DAN PERISA


Assalamualaikum.. 

Pada pagi ni zue nak turunkan ilmu muffin yang biasa zue biasa buat untuk tempahan... Actually resepi ni adalah menggunakan resepi yang sama cuma kelainannya dari segi perisa dan warna-warni nya. Kalau diamati lagi resepi ni lebih kurang sama dengan cara membuat apam polkadot kan.. 

Yang paling bestnyer bau wangi muffin ni selepas dikukus amat semerbak dalam satu rumah. 

MUFFIN

1 1/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan susu sejat
3 biji telur (A)
1 sk ovellet
1 sb baiking powder
2 1/2 cawan tepung gandum
paste yang dikehendaki seperti lemon, blueberry, pandan atau apa saja
pewarna yang diingini
 
Caranya:
  • Pukul telur, gula dan ovellet sehingga kembang
  • masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga sebati
  • Kemudian masukkan tepung dan baiking powder sedikit-sedikit  sehingga habis
  • Asingkan pewarna dan perisa yang dikehendaki mengikut citarasa sendiri 
  • Masukkan dalam mangkuk kertas 
  • corakkan seperti yang diingini
  • sedia dikukus selama 10 minit dengan api yang besar

4 comments:

Liza said...

salam zue, cantik muffin tu, kaler maler lagi...

Bbwana adienia said...

hai zue..

salam kenal dr SRC..

comel-comel dan cantik mufin tu..colorful..
singgah sini.www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

Anonymous said...

if ikut resipini. dapat berapabiji sis?

Zue El Razak said...

dapat 25-30 biji mengikut saiz

 

Designed By Izza sakura