Wednesday, May 29

CREAM PUFF BERINTI JAGUNG


Assalamualaikum.. 

Selamat Pagi. Semalam diPuchong hujan lebat...Alhamdulillah tak de lah kepanasan sangat...Sekarang musim cuti sekolah semua orang nak bawak family keluar jalan-jalan atau balik kampung. Zue pilih nak balik kampung di Terengganu malam ni... Rasa dah lama tak balik.. Dalam akal ni kalau balik ader jer plan A,B dan C... Nak makan itu lah..Ini lah..Especially nasi dagang...Harus tu...

Berbalik pada menu pagi ni yang dibuat minggu lepas. Actually Zue suka sangat mencuba pelbagai versi creampuff antaranya perisa kastad, cheese dan terkini perisi jagung. Perisa durian tak pernah try lagi pas ni nak try pulak. Jom kita layan resepi ni..
CREAMPUFF INTI JAGUNG

Sumber :
Zaliana, My Resepi
Dapurmamasya

Bahannya:
( untuk 28 biji cream puff ) 

125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
100 gm butter 
250 ml air 
1/2 sudu teh gula 
3 biji telur 

Bahan-bahan untuk inti jagung 

1 cawan air 
1/2 cawan susu cair 
1 cawan jagung dalam tin 
1/2 cawan tepung kastad 
5 sudu besar gula


Cara-cara untuk puff 

  • Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. 
  • Masukkan tepung, kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
  • Sejukkan dulu. 
  • Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer 
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang 
  • Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
  • Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan, lebih kurang 20 minit. 
  • Spray atau renjis dgn air.
  • pre heat oven, bakar selama 20min min dan 180'C (api atas bawah) 
  • Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung 


Inti dalam puff
  • Kacau tepung kastad dan air.
  • Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.
  • Kacau hingga naik wap 
  • Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.
  • Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

1 comment:

Sweet red cherry said...

salam..

makan creampuff memang sedap..cantik ja rupa creampuff tu..

 

Designed By Izza sakura