Tuesday, December 17

CREAMPUFF DOYAN


Assalamualaikum...

Dah lama tak mengadap komputer nak up date blog ni. Kebizian terlampau-lampau katernyer. Musim cuti-cuti malaysia dah bermula so tak sempat den nak mengadap komputer ni. Hari ni feel untuk mengarang dan menghupdate blog sudah mali so terus Zue publish entry yang duk dalam draf yang agak lama ni.

Biasa Zue buat creampuff inti kastad jer, kali ni inti doyan. Kebetulan ada pulak permintaan customer  untuk merasa inti doyan lak. 



Resepi yang sama dalam blog zue ari tu CREAM PUFF INTI JAGUNG

CREAM PUFF

Bahannya:


Tepung gandum 
2 sudu teh baking powder  

100 gm butter  
250 ml air  
1/2 sudu teh gula  
3 biji telur 

Caranya untuk puff
  • Panaskan air, gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. 
  • Masukkan tepung gandum,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.
  • Sejukkan. 
  • Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer.
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag.
  • Pipe menggunakan nozzle berbentuk bintang 
  • Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.
  • Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. (kalau tak spray, renjiskan dgn air)
  • pre heat oven, bakar selama 25 min dan 180'C. 
  • Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung. 


Actually ni adalah resepi asal daripada Kak Wan tapi Zue adjust sesuka hati mengikut selera Zue



Inti Kastad Doyan

1 sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
4 sb susu pekat manis
200ml air masak
3 biji kuning telur
3-4 ulas durian

Caranya:
  • Satukan kesemua bahan tersebut
  • Blendkan dan tapis
  • Sedia dimasak atas dapur sehingga pekat
  • Sejukkan dan baru piping dalam puff


3 comments:

FARAH deeb said...

Aluluuu cantiknya cream puff akak. Haritu kite try wat dia leper bile masak geram tol. Sia-sia jek masuk piping bagai huhuuu... Jemput Baca: D.A: Menu Lunch/ Dinner -6

Bbwana adienia said...

salam..

bestnya kalau dapat makan creampuf durian ni..nyum2..

..::Zue::.. said...

FARAH deeb ~ Adunan cair sangat tu.. Itu yang tak terbentuk.

Bbwana~Wslm trylah buat... Best

 

Designed By Izza sakura