Monday, July 13

LASAGNA MUDAH ALA2 PIZZA HUT



Assalamualaikum...

Salam Ramadhan.. Tak sampai seminggu lagi Ramadhan akan meninggalkan kita.. Sedih lak.. Dah lah tak dapat bertarawikh (ada baby twins).. Harap2 tahun depan dipanjangkan lagi umur untuk bertemu Lailatul Qadar untuk tahun depan.. Amin

Mood masak dah ke laut sebab semangat nak raya tu lagi banyak daripada nak masak. So buat makanan simple je semalam iaitu Lasagna Mudah ala-ala pizza hut.


LASAGNA MUDAH ALA2 PIZZA HUT

1- sos putih  
Planta dua  sudu , tepung gandum dua sudu, dua keping  keju cheesedale dan susu segar

Caranya;  
Panaskan mentega, masukkan tepung gandum, kacau kemudian susu dan cheesedale. Kacau sehingga sebati. Tutup api.

2- sos daging  
Bawang besar potong dadu , daging kisar , sos prego , black pepper dan serbuk oregano  serta sedikit garam.

Caranya;  
Tumis bawang sehingga layu masukkan daging kisar dan sos prego.. Kacau sebati, masukkan black pepper, serbuk oregano dan  sedikit garam. Kacau sehingga masak



3- kepingan lasagna direbus dan layer pada dasar pertama
4- isikan dengan sos daging
5- ratakan sos putih
6- parutkan keju cheddar
7-taburkan keju mozarella dan ulang sehingga 3 lapisan
8- bakar pada suhu 170 selama 40 minit
9- sedap dimakan panas-panas

Friday, July 10

KETAM MASAK LEMAK CILI API



Assalamualaikum..

Dah hujung-hujung ramadhan ni mesti dah blank nak masak apa. Semangat nak balik dan nak cuci dapur tu mesti lagi banyak daripada nak masak. So hari ni Zue share resepi yang pejam mata je boleh siap...


Masak Lemak Cili Padi Ketam

Bahan bahan:

4 ekor ketam
1 pek santan
5 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa

Cara cara:

  • Kisar cili padi dan kunyit bersama sedikit santan sehingga halus. 
  • Satukan semua bahan kisar bersama santan dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa dikacau.
  • Kemudian masukkan ketam.
  • Kacau sehingga sebati dan sehingga masak




Tadaaa... Siap menu yang simple dan sedap

Wednesday, July 8

MURTABAK CREAM CREAKERS untuk father's day



Assalamualaikum... 
Salam Ramadhan hari ni dah 21 Ramadhan bermakna tinggal lagi 8 hari kita akan menyambut Syawal. Persiapan dah buat ke belum?. Zue separuh dah buat yang lain macam beli baju melayu belum lagi. 

Persiapan untuk raya tahun ni kurang meriah sebab tempat shopping complex tak ramai orang. Kebiasaan tahun lepas ni orang akan shopping sakan. Mungkin sebab keadaan ekonomi yang sangat teruk kali ni.

Resepi yang zue buat ni adalah permintaan en somi lepas tengok satu rancangan masakan kat tv. Terus Zue google dan terus juga turun ke dapur buatkan kebetulan semperna Father's Day.



MURTABAK CREAM CRACKER

Sumber;. http://dapur-usang.blogspot


500 gm biskut cream cracer yang tak bergula
500 gm daging kisar
500 gm bawang besar dipotong dadu kecil
5 biji cili merah dipotong bulat kecil2
5 biji cili hijau di potong bulat kecil2
$1 daun sup bawang di potong kecil2
6 biji telur grade A
300 gm susu segar akak gunakan magnolia dlm kotak
sedikit garam
Loyang 8x8 inci di sapu butter Alaskan dgn aluminium foil seluroh Loyang 



Bahan kisar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 sudu makan cili giling
3 sudu makan rempah kari daging



Cara

  • Panaskan minyak tumiskan bahan2 kisar ditumis hingga naik bau
  • Masukkan 1/2 cawan air digaul rata kemudian tarukkkan daging kisar,bawang dadu ,cili,dan garam jika kurang air tambahkan agar daging dapat empok,masak lah hingga kering sedikit air nya
  • Perlahankan api lalu masukkan daun sup bawang gaul rata baru matikan api diamkan hingga sejuk sedikit
  • Pecahkan 6 biji telur pukul sedikit dan tuangkan dalam adunan daging tadi gaul ratakan
  • Bahagikan adunan pada 3 bahagian
  • Masak susu dalam bekas hingga mendideh dan perlahan kan api yang paling kecil




Cara menyusun biskut



  • Ambil 9 keeping biskut masukkan dalam susu panas sekejap je jangan lama2 nanti kembang pulak sunsun dalam Loyang hingga penuh permukaan Loyang tuangkan adunan daging yang pertama ratakan
  • Kembangkan 9 keping lagi biskut kedalam susu dan sunsun dalam Loyang hingga menutupi bahagian adunan daging tadi sudah selesai tekankan sedikit agar rata
  • Buat perkara yang sama seperti lapisan pertama dan kedua setelah selesai tekan2 keseluruh bahagian agar campuran telur naik dipermukaan biskut 
  • Bakar dalam oven 180'C selama 45 minit pastikan betul2 masak baru keluarkan dengan mecucuk bahagian tengah nya jika lidi tak ada kesan bererti dah masak lah tu
  • Keluarkan dari oven dan terbalikkan kat dawi redai keluarkan dari Loyang biarkan sejuk boleh lah di hidangkan 




Friday, July 3

PAI TEE... Ala- ala CRS



Assalamualaikum...

Hari ni 3 Julai 2015 bermakna sudah 16 hari kita berpuasa dan tinggal lagi 13 hari kita akan menyambut syawal... Alamak raye nak dekat... Persiapan apa pun tak de ni.. Alamakkk.. Esok cuti sabtu harus kena keluar cari baju raya budak-budak.

Berbalik pada resepi hari ni. Minggu lepas Zue try buat pai tee. Gigih gi kedai bake wit yen beli acuan dia dengan harga rm13.90 termasuk gst. Alhamdulillah dah boleh buat. Nak buat kulit dia kena ada cara tersendiri sebab masa nak keluarkan kulit dari acuan tu kena perlahan dengan menggunakan lidi takut terkoyak.


PAI TEE



Bahan Kulit Pie Tee:

4 sb tepung gandum
3/4 cwn tepung beras
3/4 cwn air
1 biji telur
secubit garam
sedikit lada sulah
sedikit air kapur
gula dan bahan perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara-cara;

  • Ayakkan tepung-tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
  • Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
  • Peramkan adunan selama 20 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali yang dalam 
  • Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
  • Celupkan calung pie dalam adunan separas 3/4 dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. 
  • Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
  • Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.




Bahan Inti:

3 sb minyak masak
3 ulas bawang putih dicincang kasar
300 gm isi udang di cincang kasar
i biji sengkuang diparut kasar
1 biji lobak merak diparut kasar
1 biji timun diparut kasar

Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. goreng sehingga udang masak. Tutupkan api.
  • Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata. Ketepikan.

Wednesday, July 1

JUS NENAS MILKY MINT



Assalamualaikum...

Salam Selasa..
Hari ni Zue nak share resepi JUS NENAS MILKY MINT. Jus ni actually Zue buat minggu lepas. Zue ni peminat tegar buah nenas. Selain makan ngan kuah rojak Zue akan buat jus. Jus yang kosong atau yang campur ngan susu. Kali ni campur ngan daun pudina.


JUS NENAS MILKY MINT

Bahannya ;-

Nenas
Susu pekat manis
Daun mint ( 2-3 helai)
Ais batu

Caranya;-

Blend semua bahan termasuk daun pudina. 
Masukkan dalam cawan dan hiaskan dengan hirisan nenas dan daun pudina.
Sedia diminum.
 

Designed By Izza sakura