Tuesday, May 20

NASI BERIANI ARAB (NASI AYAM HADRAMAUT)


Assalamualaikum...

Selamat Tengahari. Makan apa untuk lunch hari ni. Zue nak share resepi yang zue ambil daripada FB kak Lydia honey. Nasi ni dah buat dalam sebulan lepas tapi tak de berkesempatan untuk masukkan dalam blog lagi. Hari ni Zue sharekan resepi ni. 

NASI BERIANI ARAB atau lebih dikenali dengan nasi ayam hadramaut sangat sedap. Ikut resepi asal kak Lydia ni dia letak banyak serbuk arabic antaranya seperti mix spice, cumin, ginger, cardamon dan nutmeg tapi zue tak letak memandangkan takde serbuk tersebut kat dalam rumah. Untuk resepi asal sila layari laman web beliau.




NASI BERIANI AYAM (NASI AYAM HADRAMAUT)

Bahan untuk merebus ayam
1/2 ekor ayam ~ potong 
1-2 helai daun bay 
1/4 camt kayu manis powder 
2 kuntum bunga cengkih 
secubit serbuk lada hitam 
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4 
1 labu bawang besar - didadu kecil 
garam secukup rasa 
air secukupnya untuk merebus ayam

Caranya:

  • Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam. 
  • Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 30 minit. 
  • Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
  • Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis air/kuahnya. 

Bahan untuk memasak nasi

1 helai daun bay* 
1 batang kulit kayu manis* 
2 kuntum bunga cengkih* 
1/4 camt serbuk lada hitam* 
1 labu bawang besar - didadu kecil 
1 biji lada hijau - belah 2* 
garam secukup rasa 
4 camb cawan minyak masak 
11/2 cawan beras basmati 
21/2 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis beras) 

Caranya:

  • Tumiskan bahan bertanda* sehingga naik baunya. 
  • Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratus tersebut dalam 2-3 minit. 
  • Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. 
  • Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning. 
  • Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk. 
  • Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air (dicampur bersama baru tuang atas nasi) tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api. 
  • Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak. 
  • Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu. 


Ayam 

1 biji bawang besar-didadu kasar
2 ulas bawang putih-dicincang halus
2 camb minyak masak
2 biji tomato fresh-didadu kasar
1-2 biji cili hijau
2 camb tomato paste
1 batang kulit kayu manis 
1/4 camt serbuk lada hitam *
1/4 camt kunyit powder* ~ dicampur bersama, sikit air dan gaul sebati
Sedikit air rebusan ayam~ikut suka nak banyak mana kuah 
garam secukup rasa .

Caranya:

  • Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga naik bau.
  • Masukkan bawang putih, biarkan hingga naik bau dan masukkan rempah* (yg dicampur bersama), cili dan kulit kayu manis. 
  • Kacau hingga naik bau wangi rempah ratus.
  • Masukkan fresh tomato, hingga tomato layu dan gorengkan sebentar hingga sedikit layu dan masukkan tomato paste, masakkan sehingga sedikit kering dan masukkan ayam, kacau hingga ayam bergaul rata dengan tomato dan tambahkan sedikit air biarkan sebentar hingga kuah pekat.
  • Tutupkan api dan dan hidangkan dengan nasi.


Thursday, May 15

OPERA KEK




Assalamualaikum...

Happy Besday buat suami yang sangat Zue sayangi...

Sekiranya engkau bulan maka akulah punggukmu
Sekiranya engkau Malam akulah Siangmu
Sekiranya engkau Nadi akulah nyawamu
Dan Sesungguhnya takdirku adalah tulang rusukmu..



OPERA KEK
Sumber: Azlita Masam manis

Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A

  • Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
  • Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
  • Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
  • Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.





  • Ambil 4 sudu besar adunan almond (Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
  • Ketepikan
  • Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
  • Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
  • Ketepikan
  • Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
  • Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
  • Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
  • Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
  • Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
  • Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
  • Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
  • Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.
  • Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
  • Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
  • Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream




Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste


  • Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
  • Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
  • Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
  • Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
  • Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.
  • Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
  • Ketepikan

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream


  • Coklat di potong kecil atau di hiris.
  • Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
  • Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
  • Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
  • Biarkan ia sejuk dan sedikit likat 
  • Ketepikan

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.



  • Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
  • Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.
  • Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
  • Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
  • Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
  • Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.
  • Ambil sekeping kek.
  • Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
  • Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
  • Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
  • Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
  • Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.
  • Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
  • Ratakan.
  • Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
  • Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
  • Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.
  • Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
  • Ratakan.
  • Kemudian letakkan selapis lagi kek.
  • Sapukan coffee syrup
  • Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
  • Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
  • Sapukan juga coffee syrup





  • Masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
  • Anggaran 1 jam.
  • Keluarkan dari peti ais.
  • Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
  • Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
  • Tuang atas kek
  • Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
  • Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
  • Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
  • Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
  • Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL


Minggu lepas si Aqil anak zue yang kedua dan Alya anak yang sulung sambut besday part. Mulanya plan nak buat kek jenis creamy tapi malas nak main dengan cream bagai so zue buat kek yang tak perlu design cantik bagai. Agak mudah dan rasa pun sedap. Hari tu pernah buat sekali masa jamuan dekat opis. Member semua puji agak sedap. Mungkin gabungan yogurt dan fruit kotail ni buat kek bertambah sedap. 

Jom try resepi versi chef hanieliza ni. 


KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

Bahan A
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko 
1 s/k baking powder 
1/2 s/k soda bikarbonat 
**Ayakkan

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur 
1 s/k esen vanilla 
**kacau rata
Caranya:
  • Panaskan kukusan dan lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  • Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk.
  • Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan.
  • Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
  • Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
  • Sejukkan dan hiaskan dengan krim keju dan buah2an koktel


Bahan krim keju:

250 gm keju cream 
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel


Caranya:
  • Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut.
  • Masukkan yogurt dan pukul lagi.
  • Masukkan air/cecair agar dan kacau rata.
  • Tuangkan atas kek span dan sapukan rata.
  • Taburkan buah2 koktel dan sejukkan beberapa jam.
  • Potong dan hidangkan



Monday, May 5

LAYALI LEBANESE



Selamat Petang dan Assalamualaikum...

Pernah makan Dessert dari Lubnan? Sangat sedap dan perhhh.... manis sangat-sangat tapi versi yang zue buat ni takdelah manis sangat. Rasa agak creamy dan yang penting tak muak. Kalau letak dalam peti ais tu, sekejap-sekejap akan buka peti ais untuk makan. Ishh.. pendek kata sedaplah. Resepi zue ni banyak yang versi zue tokok tambahkannya memandangkan nak bagi kena ngan selera sendiri. Jom try.




LAYALI LUBNAN

Bahannya:

4 cawan susu segar
1/2 cawan tepung suji
1/4 cawan gula
1 sk esen vanila

Topping

300ml whipping cream (guna jenama pride value)
1 sk esen vanila
kismis, kacang pistachio (tumbuk sedikit), ceri, coklat chip, buah apricot (potong kecil-kecil)
**tertakluk pada selera sendiri untuk hiasan
** jenama pride value tak perlu masukkan gula


Caranya: 
  • Masukkan tepung suji bersama susu segar dan gula
  • Kacau sehingga masak sempurna
  • Pastikan api perlahan dan sentiasa kacau untuk mengelakkan daripada suji tersebut hangit
  • Aapabila sudah masak tutup api
  • Masukkan dalam bekas
  • Dalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga kental 
  • Pipingkan whiping cream tersebut atas suji (pastikan suji sudah sejuk)
  • Hiaskan dengan kekacang pistachio, kismis, ceri, coklat chip dan dry apricot



** Resepi asal LAYALI LEBANESE ni ada syrup yang dituang atasnya tapi memandangkan bagi saya dessert ni sudah manis saya tak letakkannya.

SYRUP 

1 cwn gula
2 cwn air
1/2 sk air orange blossom
1/2 sk air mawar

Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk selain daripada air mawar dan air orange blossom
  • Didihkan dalam 5-10 minit dan masukkan  air mawar dan air orange blossom
  • Tutup api dan sejukkan
  • Masa nak makan dessert tersebut, tuang sirap ni atas dessert tersebut.

Friday, May 2

KETUPAT SOTONG



Assalamualaikum...

Selamat Petang. Sekarang kat Terengganu musim Candat Sotong. So menu hari ni zue nak share sotong yang di candat di kedai diPuchong bukan di candat kat pantai tau. Actually teringin jugak merasa nak pergi candat sotong tapi takut mabuk laut pulak so simpan jerlah perasaan ni buat jeruk sampai bila-bila. Huhuuu...

Resepi hari ni Sotong yang zue tak buang kulitnya. Ada sesetengah orang buang kulit tapi zue tak suka buang sebab nak biar kuahnya turun warna kulit ala-ala pink gitew. Kalau resepi ketupat sotong kelantan, dia orang letak gula melaka tapi resepi ketupat sotong ni zue buat ala-ala Terengganu letak gula.

 

KETUPAT SOTONG TERENGGANU

Bahannya:

5-6 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan
2 ulas bawang merah (dimayang)
1/2 inci halia
1 sk halba
garam dan gula secukup rasa
pencukil gigi


Caranya:
  • Cuci sotong bersih dan toskan
  • Basuh beras pulut dan rendam dengan sedikit santan dalam 1 jam
  • Isikan beras pulut ke dalam badan sotong (Jangan terlalu penuh)
  • Tutup kepala sotong ke dalam badan sotong sebagai penutup untuk elakkan pulut terkeluar dan kunci dengan lidi
  • Dalam periuk, masukkan ke semua bahan tadi seperti santan, bawang merah, halba, garam dan gula
  • Masakkan di atas api dengan api yang sederhana sehingga sotong tersebut kembung (tanda masak)
  • Tutup api sedia dihidangkan

Friday, April 25

IKAN TALAPIA BAKAR


Assalamualaikum...

Salam Jumaat. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan lagi umur sehingga hari ini. Tadi Zue ada baca member ada hantar wsupp dan gambar-gambar wanita meninggal kerana kanser dan kuburnya amat bercahaya. Mungkin ada amalan tertentu selama hidupnya. Masya Allah.. hati ni rasa bahagia sangat seandainya jadi seperti dia.

Perasan tak manusia ni apabila tahu ajal akan tiba, ia kan sentiasa ingat mati dan ingat Allah. Kalau yang masih hidup ni, masih lagi lalai dengan dunia yang sementara. Zue tak kata pada orang lain tapi diri sendiri, kekadang nak sembahyang tu terutama maghrib masih lagi nak tengok drama tv3 nak imsyak baru pergi solat kira 2 in 1 ala-ala jamak gitu. Hari tu masa duduk kat mekah rasanya sepenuh jiwa raga hidup tertumpu pada amalan. Balik malaysia rasa agak sedikit lalai. Itu yang setiap kali lepas solat Zue akan berdoa semoga Allah tetapkan keimanan zue supaya tidak lalai. Ameen...

Berbalik pada resepi hari ini, actually zue try jugak google resepi-resepi dalam internet kemudian zue akan buat versi zue sendiri. Sebab dalam internet semua resepi agak sama yang lain ikut olehan dan selera sendiri.


IKAN TALAPIA BAKAR 

Bahan A

2 ekor ikan talapia segar (saiz sederhana)

Bahan B (dikisar)

8 biji bawang kecik
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 biji cili padi
2 batang serai
1 ikat daun ketumbar
5 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras


 Bahan C (pes)

2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar stok pati ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
2 sudu kecik minyak 
gula dan garam secukup rasa

 

 Cara Membuatnya:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak dan biarkan sehingga hampir pekat. 
  • masukkan stok pati ayam, sos tiram dan kacau sehingga sebati. 
  • masukkan gula dan garam secukup rasa. 
  • ratakan pes yang telah masak tadi di atas pembalut foil.
  • setelah siap ambil ikan dan letakkan diatasnya kemudian lumur pes di bahagian atas ikan tadi. 
  • balutkan keseluruhan ikan dan lipat foil tadi dan kemaskan dan sedia dibakar atas kuali dengan api yang perlahan dan sehingga masak

Thursday, April 24

SUP KETAM




Assalamualaikum...

Dah masak untuk lunch ke?. Menu hari ni Zue nak masak ketam sup. Ketam sup banyak khasiatnya terutama untuk yang demam denggi. Actually zue pergi pasar chow kit beli 2 ekor ketam ni dengan isi yang penuh berharga rm8. Ok lah tu isi banyak. Makan pun puas. Cara nak buat pun sangat senang. Jom kita jenguk resepi yang mudah ni.


Sup Ketam

Bahannya: 

3 ekor ketam - potong 
2 biji ubi kentang - potong dadu 
Garam 
Minyak 

 

Bahan lain: 

4 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
Sedikit halia 
Lada jarum

Hiasan:
Daun sup 


Caranya: 

  • Hiris halus semua bahan di atas. 
  • Panaskan sedikit minyak jagung. 
  • Tumis bahan tersebut sehingga garing.
  • Masukkan air, ubi kentang, garam dan lada jarum
  • Renehkan sehingga masak.
 

Designed By Izza sakura