Sunday, December 4

KEK TIRAMISU

Assalamualaikum..

Tetiba mimpi nak makan TIRAMISU lak, lepas tengok sue  allen tayang kat FB dia.. kebetulan hari semalam zue tak buat apa-apa so semangat 'seru kerajinan' tu datang terus turun dapur meninjau bahan apa yang ada..semua dah ada, melainkan krim cheese.. so terus pergi beli kat kedai, then terus jer membaking projek buat TIRAMISU. Bila siap bukan boleh makan lagi, esoknyer baru boleh dipotong untuk makan... sampaikan tido pun tak lena sebab tak sabar nak bangun rasa almaklum 1st time buat TIRAMISU ni..


Teringatlak dulu, zue tak suka makan tiramisu lepas beli tiramisu kat satu shopping complex..rasa tak sedap langsung ngan muak cheese nya pastu memang comform tak minat makan TIRAMISU ni.. Pastu bila dah teruja tengok TIRAMISU sue allen ni, terus jer..buat...Emmm.. best gak rasanyer.. tak delah muak sangat.. mungkin terasa muak bila di makan terlebih atau pun makan yang dah tak sejuk.. (sedap bila dimakan lepas kuar dari freeze)..

TIRAMISU yang zue buatkan ni actually, zue kurangkan sukatan nescafe (sebab kurang suka ngan kafein).. bagi yang suka kafein, boleh dilebihkan nescafe.. Lagi satu, zue terlebih basahkan kek ngan sirap nescafe, tu yang kek jadi kureng cantek.. warna belang nya lak tak sekata..tak pelah.. janji sedap..!!

Bahan-bahannya:-


          100 g gula kastor
          10 g ovalette
          4 biji telur
          130 g tepung kek/gandum/superfine*
          1 sudu teh serbuk penaik*
          (ayak yang bertanda * sekaligus)
          40 g air
          1 sudu teh perisa mocha (boleh pilih vanilla/coklat   
          emulco juga)
          60 g minyak/mentega cair


Cara buat:

1. Griskan loyang (guna loyang bersaiz kecil untuk mendapatkan kek yang tinggi). Panaskan ketuhar pada suhu 180°C (bergantung pada saiz oven anda).

2. Satukan gula kastor, ovalette dan telur. Pukul dengan kelajuan perlahan untuk sebatikan. Tukar kelajuan tinggi dan pukul lagi hingga kembang dan memutih selama 5 minit.

3. Perlahankan kelajuan. Masukkan tepung berserbuk penaik sedikit demi sedikit hingga sebati.

4. Tuangkan air dan esen vanilla. Pukul sebati hingga adunan ringan dan gebu.

5. Angkat pemutar. Masukkan minyak atau mentega cair. Kaup balik hingga sebati menggunakan spatula.

6. Tuang adunan dalam loyang. Bakar sehingga masak lebih kurang 45 minit.

7. Setelah masak, telangkupkan agar ia tidak mendap. Biarkan dalam keadaan itu bersama dengan loyangnya. Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk. Untuk membahagikannya, gunakan pisau serrated/bergigi untuk hasil yang kemas.

Resipi Salutan Keju:

250 g krim keju
100 g gula kastor
150 g yogurt perisa asli
200 g krim putar tenusu
20 g gelatin* 
80 ml air mendidih*
(larutkan yang bertanda * dengan cara meletakkan air mendidih ke dalam mangkuk. taburkan gelatin dengan tangan kiri, sementara sebelah tangan lagi mengacau gelatin tersebut tanpa henti mengikut arah jam sehingga ia larut)
Sedikit serbuk koko dan milo

Cara buat:

1. Potong krim keju kecil-kecil. Masukkan dalam periuk bersama dengan gula kastor. Cairkan guna kaedah double boiler. Apabila cair, masukkan yogurt. Tutup api dan sejukkan sebentar.

2. Pindahkan adunan ini ke dalam pengisar. Masukkan krim putar, kisar bersama. Kemudian masukkan pula gelatin cecair tadi. Putar sekali lagi hingga sebati. 





Bahan sirap nescafe (disatukan):

1 sudu besar Nescafe
1/2 sudu teh pes cappuccino
3 sudu besar gula
1/4 cawan air panas


Cara susun:

1. Ambil selapis kek span, letakkan di atas redai. Sapukan sirap kopi ke atas permukaannya dengan berus. Terbalikkan, sapukan lagi sirap kopi di sebelahnya. Masukkan ke dalam loyang loose bottom.


2. Tuangkan 1/2 dari adunan (lebih kurang 330 g) krim keju ke atas kek span tadi. Hentakkan sedikit loyang untuk ratakan adunan.


3. Ulang langkah 1 untuk selapis kek span lagi. Letakkan di atas krim keju di dalam loyang tadi. 


4. Tuang baki adunan krim keju. Hentakkan loyang beberapa kali agar krim keju melitupi keseluruhan kek. Taburkan serbuk koko dan milo ke atas permukaan kek menggunakan penapis.

5. Sejukkan kek dalam peti ais selama 5 jam atau semalaman.



Tips untuk potong:

1.  Gunakan pisau yang tajam.

2.  Rendam pisau dalam air suam. Lapkan ia dengan kain  
     bersih sebelum digunakan.

3 comments:

saly said...

salam kenal..follow sini..

tiramisu ni menarik minat sy.belum pernah cuba lg..hehe..insyaallah nnti sy nk cuba resepi ni..trm kasih ya..:)

Anonymous said...

minyak tu minyak masak ke minyak jagung

Zue El Razak said...

Minyak jagung

 

Designed By Izza sakura