Wednesday, April 18

KEK LAPIS PANDAN KASTAD

Assalamualaikum...

Selamat malam.... Dah lama nak upload pic KEK LAPIS PANDAN KASTAD ni.. Tapi dek kerana kesibukan tugas terpaksa ditunda dulu. Malam ni sempat gak nak curi masa untuk upload. Malas nak cite panjang jom kita tengok resepinyer.. 


Bahan untuk kek :
  • 100 g tepung gandum*
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik (*diayak bersama tepung)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 50-60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran atau minyak jagung
  • 1 sudu kecil pandan emulco/pes pandan/pati pandan
Caranya :
  1. Panaskan oven pada suhu 170C-180C. Lengserkan loyang/loyang swiss roll dengan mentega dan alaskan dengan baking sheet. Ratakan lagi dengan mentega dan taburkan sedikit tepung jika suka. 
  2. Di dalam mangkuk adunan, putar kesemua bahan kecuali minyak hingga kembang dan  gebu. Kemudian, masukkan minyak jagung dan kacau sebati dengan spatula secara kaupbalik. Tuangkan adunan ke dalam loyang atau loyang swiss roll dan bakarlah selama lebih kurang 20-25 minit atau sehingga keperangan. Suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  3. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum dipotong kepada 2 atau 3 bahagian.

Bahan (A)
  • 180gm gula castor
  • 500ml air daun pandan
  • 10gm serbuk agar-agar

Bahan (B)
  • 400 ml santan pekat (zue guna dalam kotak)
  • 85gm tepung hoen kwee hijau
  • 1 st pewarna hijau
  • secubit garam
  • HIASAN ~ 1 cawan kelapa kering
Caranya:
  1. Hiris kek span kepada 3 bahagian dan ketepikan.
  2. Buatkan kastad dulu, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk dengan cara double boiler dan masak dia atas api yang sederhana sehingga gula hancur dan juga mendidih.
  3. Satukan bahan (B) ke dalam adunan (A) dan kacau rata atas api sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
  4. Gunakan acuan bulat yang jenis loose tin atau bentuk kek span tadi.
  5. Letakkan satu kek span dalam acuan dan masukkan 1/3 adunan kastad tadi ke atas kek sehingga menyeluruh atau menutupi sekeliling kek tadi
  6. Ulang untuk lapisan kek yang kedua dan ketiga.
  7. Lastly hentakkan acuan 3 kali atas meja supaya kastad dibahagian bawah padat
  8. Sejukkan dulu baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. Keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk disalut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa sendiri.

No comments:

 

Designed By Izza sakura