Sunday, January 27

AVOCADO MILK PUDING


Selamat malam dan selamat bercuti...

Ramai orang cuti-cuti mesia untuk 5 hari ni.. Kerja hari Jumaat jer so sapu terus lah untuk 5 hari... Lagi pun gomen dapat bonus hari khamis..Errrmmm... Apa lagi rondalah... Zue lak duk jer kat umah.. tak kemana.. nak balik kampung mak baru jer datang sini.. Elok gak duk umah sambil mengentry ler kerjanyer.. Memandangkan dah terlalu banyak entry tertangguh duk simpan dalam 'draf'.. so sehari dua ni merajinkan diri lak...

Buah avocoda yang beli kat chow kit ari jumaat baru ni ader lagi so duk godek-godek dalam mr google jumpa satu resepi yang semua bahan ader kat dapur.

Bahannya:

150 isi buah avocado (lebih kurang 2 biji)
1 cawan whipping cream
2gm serbuk agar-agar
Air **Dicampurkan bersama isi avocado untuk menjadikan 500ml bahan tersebut **
4 sb susu pekat
Gula secukupnya
**serbuk milo (zue tambah)
Caranya:
  • Kisar buah avocado bersama whipping cream dengan 1 cawan air untuk menjadikan 500 ml
  • Masukkan gula dan serbuk agar-agar
  • Masak atas api kecil sehingga mendidih kecil dan gula hancur
  • separuh zue ambik untuk dimasukkan serbuk milo
  • Sedia dimasukkan dalam acuan dan selangkan warna hijau (masuk sekejap dalam peti ais) kemudian avocado ori(hijau) dan masukkan kembali dalam peti ais
  • Ulang langkah tersebut sehingga habis
  • Untuk hiasan zue pipingkan whipping cream dan coklat parut
  • Sejukkan sebelum dimakan

Saturday, January 26

CEMPEDAK GORENG


Selamat petang..

Petang yang tak hujan ni apa kata kita makan cempedak goreng. Zue suka sangat beli cempedak goreng kat gerai-gerai tepi jalan..Agak mahal rm2 untuk 5 biji.. Makan pun tak kenyang. Tapi kalau beli mesti cari yang agak crunchy.. Kalau beli yang agak lembik rasa cam tak best.. Cempedak goreng yang betul-betul manis pun lagi best.. Puas makan.. Kat KL ni susah nak cari yang betul-betul menepati citarasa kita kan.. so zue pun buat ler sendiri.
Semalam zue pergi pasar chow kit. Jumpalah ngan cempedak ni.. sebiji rm12.. Isinyer banyak.. Tokey tu kata ni bukan cempedak kampung tu yang agak mahal. Duk fikir esok cuti tu yang berani beli.. Kalau beli hari kerja.. berjanggutlah nak buat.. Pastu nak habiskan untuk makan tu.. jenuh..Almaklum waktu makan hanya malam lepas balik kerja.. 
Sumber: Norzie hany

Bahannya:

Buah cempedak
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit minyak panas
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas dan kacau sehingga sebati.
  • Sedia di goreng sehingga masak

Resepi ni agak chruncy dia punya kerak...

Wednesday, January 23

KERABU MANGGA


Assalamualaikum..

Dah lunch?.. Bestkan klu lunch makan nasi bersama apa-apa jenis kerabu. Kerabu yang zue paling suka ialah kerabu mangga dan kerabu perut. Kat depan rumah punyalah banyak buah pelam jenis pelam epal. Kebetulan pokok tu kepunyaan jiran sebelah rumah. So semalam jiran bagi buah pelam ni punyalah banyak. Tapi pelam ni dah sedikit masak. Kalau yang tak masak lagi cun untuk buat kerabu. 

Kerabu yang zue buat ni, zue sagat ngan penyagat sebab tu potongan dia agak sedikit halus dan kecil. Kalau nak cantik potong pelam ni secara memanjang. Baru puas makan. Aper-apa pun resepi ni memang sedap. 
Bahannya:

1 biji mangga (kalau yang muda memang cun)
3 sb sos nampla
3 biji cili padi
3 biji bawang merah 
1 biji tomato
sedikit garam
sedikit gula
1 gengam kacang tanah yang dah masak
**klu letak daun ketumbar pun sedap baru ori ala Thai
Caranya:
  • Mayang bawang merah dan potong lada jarum bersama buah tomato
  • Potong mangga secara memanjang (zue sagat)
  • Gaul kesemua bahan sambil masukkan sos nampla dan sedikit garam bersama gula.
  • Lastly masukkan kacang tanah
  • Kacau sehingga rata dan sedia dimakan

Sunday, January 20

GREEN TEA MARBLE CHEESE CAKE


Assalamualaikum...

Ermm.. agak-agak tergoder tak?.. Kebiasaan kita buat kek marble cheese kek atau kek coklat marble cheese kek.. Kali ni zue buat sedikit kelainan antara red velvet, marble cheese dan  green tea. Semenjak dua ni duk giler buat resepi menggunakan green tea itu yang try n error tu.. Tapi kali ni try n tak error.. Wangian green tea bersama kesedapan cheese dan kelembutan kek mengabungkan dalam satu resepi iaitu.. GREEN TEA MARBLE CHEESE CAKE.. memang sedap... tak percaya...trylah buat.. 

Zue buat menggunakan resepi dari satu blog mat salleh dan untuk cheesenyer zue mengunakan resepi yang dah biasa buat.
Resepi asal untuk kek daripada blog fabulousliving.com

GREEN VELVET CAKE
Ingredients:
  • 1 1/2 cups oil
  • 2 eggs
  • 1/2 teaspoon green food coloring
  • 1 tablespoon vinegar
  • 1 cup buttermilk
  • 1 1/2 cups sugar
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 2 1/2 cups flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
Directions: Combine eggs, sugar, oil, and vinegar in a bowl; mix well. Sift flour and soda together and add to egg mixture alternately with buttermilk, mixing well after each addition; blend in vanilla and food coloring. Pour into 3 greased and floured 8-inch cake pans; bake at 350˚ F for 25 minutes. Cool. Top with vanilla frosting and sprinkle with pistachio nuts.
Cara zue

Bahannya:

1 1/2 cawan minyak
2 biji telur
1/2 sk pewarna hijau
2 sb serbuk green tea
1 sk cuka
1 cawan buttermilk
1 1/2 cawan gula
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sk baking soda
1/4 sk garam halus

Caranya:
  • Campurkan telur, gula, minyak dan cuka dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati
  • Ayakkan tepung gandum dan baking soda
  • Dalam bekas adunan yang dicampurkan tadi, masukkan tepung gandum dan diselang seli bersama buttermilk sambil dipukul sehingga sebati dan sehingga adunan tadi habis.
  • Masukkan dalam loyang dan sedia dibakar pada suhu 150'c selama 30 minit atau sehingga masak.


Untuk cheese (lapisan atas)

250gm cream cheese
1 biji telur
60gm gula halus
sedikit pewarna hijau

Caranya:
  • Dalam satu bekas masukkan cream cheese, telur dan gula halus
  • Pukul sehingga sebati
  • Masukkan atas kek yang sudah dibakar tadi dan ambil sedikit adunan cheese sambil warnakan dengan kaler hijau. Sebelum tu zue guna green tea sebagai pewarna hijau tapi memandangkan kalernyer kurang terang so zue mixkan dengan pewarna hijau
  • Sedia di piping dengan betuk mengikut citarasa sendiri sambil dilorekkan dengan lidi.
  • Bakar menggunakan api atas sahaja selama 20-25 minit atau sehingga masak (zue bakar dengan sedikit garing) pada suhu 150'c.

Saturday, January 12

ROTI JALA


Assalamualaikum..

Selamat Malam.. Semperna perhimpunan hari ni zue sharekan resepi roti jala kuning (konon2 untuk bersih)... Huhuuu.. Actually ramai member2 zue kena bekerja hari ni menjaga ketenteraman awam. Kesian.. dah nasib badan tapi berbaloi ler dapat elaun untuk khidmat kepada negara.. Sabar jer teman2 gue.. bapak polisi.. 

Sebelum ni zue ader postkan entry roti jala disebabkan pic roti jala tu dah hilang sebab dihack so kali ni buat dan upload lagi.. Kali ni try resepi mudah iaitu dari blog hana. Memandangkan family zue tak ramai so sesuai sangat untuk bahannya yang tak banyak.

RESEPI ROTI JALA


Bahannya:


2 cawan tepung gandum 
2 cawan air@ susu segar@santan cair 
1 biji telur 
1 sk garam pewarna kuning 


Caranya:
  • Blend semua bahan sehingga sebati. 
  • Pastikan tiada tepung yang berketul-ketul yang boleh membuatkan acuan tersumbat. 
  • Panaskan kuali dan lengserkan sedikit minyak. 
  • Cedukkan adunan dan masukkan ke dalam acuan dan tebarkan di atas kuali. 
  • Biarkan seminit hingga roti jala masak. 
  • Angkat dan lipat@gulung ikut suka.



Actually zue punya gulai kari saja tukarkan daripada ubi kentang kepada ubi keledek. Rasanyer memang teramat sedap dan pastikan juga gulai kari amat pekat baru terasa kesedapannya..

Saturday, January 5

JUS MANGGA STOBERI SMOOTIES


Assalamualaikum...

Kebetulan petang tadi godek-godek resepi lama nak buat jus mangga tapi nak ubah selera skit sebab kebetulan ader buah stoberi so nak mixkanlah skali... Tetiba tengok semua pic dari tahun 2009 sehingga 2011 hilang... Alamak saper hack pulak blog aku ni... Aduyai... Frust sangat-sangat.. Malam ni nak try masukkan pic mana2 yang sempat masuk lah..Jenuh ni nak upload balik semua pic. Ader jugak pic simpanan yang terhilang rasernyer kena buat baru...Apa-apa pun demi my reader saya akan usahakan...cuma cepat atau lambat jer... Harap2 korang memahami yer... sebab Ia tidak disengajakan..
Hari tu jiran bagi buah pelam epal yang tak masak lagi. So zue peram sampai masak. Plan nak buat panna cotta tapi bahan tak cukup so campak-campak jerlah mana-mana yang patut..Tapi sedap jugak...
Jom layan resepi ni...
Bahannya:

Buah pelam masak
Buah stoberi
Air susu
Susu pekat
Ais batu

Caranya:
  • Kupaskan buah pelam dan potong kecil-kecil
  • Masukkan kesemua bahan dalam blender dan blend sehingga hancur, lumat dan sebati

Hiaskan dengan buah stoberi potong dan anggur potong 

MILLE CREPE GREEN TEA


Selamat malam.. sambil layan Maharaja Lawak sambil  upload MILLE CREPE GREEN TEA yang dibuat petang tadi. Sebelum ni dah pernah cuba mille crepe perisa biasa. Dah jadi cantik bila nak simpan dalam peti ais tetiba tumbang.. Bayangkan.. rasa cam nak nangis pun ader..sebab silap zue gak konon2 nak buat perisa stoberi pastu pi lah campur jem stoberi mix ngan air skit so tercairlah inti kastadnyer.. Ermmm... frust sangat-sangat..rasa cam tobat tak nak buat dah. 

Memandangkan azam baru ni nak belajar dari kesilapan...cewahhh... katernyer tu yang bersemangat balik. Google resepi yang lain lak jumpalah resepi ni.. Actually dalam resepi sebenar ni aderlah diletakkan sedikit arak tapi zue tak letak dan zue cuma tambah tepung jagung.
CREPE MILLE GREEN TEA

Sumber: Zen Can Cook
Diolah mengikut selera sendiri: tarabozu2@blogspot.com

Bahannya:

1 cawan tepung serbaguna
1 cawan susu cair/segar (zue guna susu segar)
1/2 cawan air biasa
4 biji telur (saiz A)
4 sk mentega (dicairkan)
2 sb tepung jagung
2 sb serbuk green tea
3 sk gula
secubit garam


Caranya:
  • Campurkan kesemua bahan tadi dan blender atau pukul sehingga sebati
  • Tapiskan dan sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 1/2 jam
Bahan intinya:

2 cawan susu cair/susu segar
6 biji telur kuning
1/2 cawan gula kastor
1/3 cawan tepung jagung
1 sk vanila esen
2 sb butter (suhu bilik)
2 sk sunquick
1/2 cawan whiping cream

Caranya:
  • Campurkan susu cair/segar yang disuamkan, kuning telur dan tepung jagung.
  • Kacau sehingga sebati
  • Double boilerkan bahan tadi sambil kacau 
  • Sambil tu masukkan esen vanila, sunquick dan butter
  • Kacau sehingga pekat
  • Tutup api dan sejukkan
  • Sementara itu, pukul whipping cream sehingga bertanduk
  • Bila bahan tadi dah sejuk, masukkan whipping cream yang dipukul sehingga bertanduk dan kaup balik sehingga sebati
  • Sedia melapis
Green Tea Crêpe Cake

For the green tea crêpes:

1 cup all-purpose flour
1 cup milk
1/2 cup lukewarm water or beer
4 large eggs
4 tablespoons unsalted butter, melted
3 tablespoons sugar
1 pinch salt
2 tablespoons matcha powder

1 tablespoon Cointreau or Grand-Marnier

For the pastry cream:
2 cups whole milk
6 large egg yolks
1/2 cup sugar
1/3 cup cornstarch
1 teaspoon vanilla extract
2 tablespoons butter, at room temp’
zest of 1/2 orange
1 tablespoon Grand-Marnier (optional)
1/2 cup heavy cream, whipped (optional)

To serve:
Candied orange zest (optional)

For the crêpes:
Combine all the ingredients by hand or in the bowl of a blender. Mix until smooth. Cover with plastic wrap and refrigerate for at least an hour.
Place a 6-inch nonstick or seasoned crepe pan over medium heat. Using a paper towel, coat the pan with a little butter.
Pour about 2 to 3 tablespoons of batter into the pan. Lift, tilt and rotate the pan so that the batter forms an even, very thin layer. Cook until golden. Turn the crêpe over and cook a little longer. Remove the crêpe to a piece of wax paper. Continue cooking the rest of the crêpes.





  • In a small saucepan, bring the milk to a boil over medium heat.

  • Whisk the yolks, sugar and cornstarch together in a bowl. Drizzle a quarter of the hot milk and whisk vigorously. Pour the rest of the milk and keep whisking. Return the custard to the pan and add the vanilla extract and orange zest. Place over medium heat and bring to a boil while whisking energetically for 1 or 2 minutes. The mixture will be thick. Stir in the Grand-Marnier if using.
  • Set the bottom of the pot in a ice-water bath to cool, stirring frequently so that the mixture remains smooth. Cool to 140′F (warm to the touch) and stir in the butter and the orange zest until completely incorporated. Cool and refrigerate.
  • When ready to use, place the put the pastry cream in a food processor and process for 10 seconds for the best consistency. Fold in the whipped cream if using.
  • To assemble the Mille Crêpes:
  • Lay 1 crêpe on a cake plate. Using an icing spatula, completely cover with a thin layer of pastry cream. Cover with a crêpe and repeat to make a stack of 15 to 20.
  • Chill for at least 2 hours. Serve cold. If you have a blowtorch for crème brûlée, sprinkle the top crêpe with 2 tablespoons sugar and caramelize with the torch. Slice like a cake. Serve with candied orange zest.


  • Yang bestnyer bagi kat member dapat pujian dia kater wangi dan sedap. Kalau kat kedai ni sepotong rm9-10. Sebab ari tu gi IOI Puchong lalu depan kedai crepe mille pastu dapatlah sebesar ibu jari tangan untuk percubaan...Rasernyer memang sedap sangat-sangat tu yang semangat nak try buat versi sendiri..
     

    Designed By Izza sakura