Monday, June 22

Juadah berbuka pada 5 Ramadhan NASI PLANTA BERSAMA AYAM ROSTED BBQ



Assalamualaikum.. 

Hari ni dah 5 hari kita berpuasa. Kiranya dah lebih daripada 5 menu kita masak. Zue tak delah nak masak meriah bagai kecuali hari minggu boleh masak sepenuhnya. Kalau hari kerja terkejar-kejar pulak. Sampai rumah pun pukul 6 lebih. Setakat nak masak simple2 boleh lah tapi nak masak yang lebih2 tak sempat.


Resepi semalam zue masak nasi planta. Tak pernah try kira ni 1st time try. Macam nasi ayam dan makan nasi saja pun dah sedap. Mungkin rasa lemak planta pada nasi tu yang membangkitkan selera pada nasi planta. Nasi planta ni zue makan dengan ayam yang dibakar dalam oven bersama sos bbq. Yang ni Zue punya citarasa sendirilah. Kalau uols nak makan ngan gulai pun tak per. Lagi satu zue tambah ngan sup kaki ayam sebab tak nak bagi makan nasi yang kering saja.


NASI PLANTA

sumber; sajian bonda

Bahan-bahannya:
5 cawan beras biasa – dibasuh dan ditoskan 6 cawan air – guna sukatan cawan beras
2 senduk nasi penuh Planta
1 batang serai dititik
2 helai daun pandan – dikoyak dan disimpul
1 kiub ayam Knorr
1/2 sudu besar garam
1 sudu kecil pewarna kuning (yellow egg)
1 ½  sudu besar gula

Bahan-bahan Tumis:
50 gram halia muda   
1 biji bawang besar    
**disatukan di dalam blender dan dikisar lumat 3 ulas bawang putih   
2 inci kulit kayu manis

Bahan-bahan Hiasan:
Timun atau Salad
Tomato

Cara-cara Membuatnya:

  • Basuh beras sehingga bersih dan toskan. Ketepikan.
  • Panaskan periuk (gunakan periuk nasi rice cooker) di atas dapur. Masukkan planta dan kacau sehingga cair sepenuhnya, masukkan kayu manis dahulu diikuti dengan bahan-bahan tumis lain. Tumis sehingga naik bau dan bawang bertukar kekuningan.
  • Masukkan beras yang telah ditoskan tadi dan kacau rata sehingga bergaul dengan bahan-bahan tumisan tadi. Kemudian masukkan 6 cawan air, kiub ayam Knorr, serai, daun pandan, pewarna kuning (yellow egg) garam, dan gula. Masak sehingga air mendidih dan beras ½ masak.
  • Kemudian angkat periuk nasi dan masukkan ke dalam rice cooker. Switch on dan biarkan ia masak seperti biasa. Bila nasi telah masak dan nampak kering, gaul dan gemburkan nasi. Tudung semula.
  • Dah siap.  Boleh dihidangkan bersama ayam goreng berempah atau roasted chicken, beserta sup, sos cili, dan timun.




RESEPI AYAM ROASTED

Bahannya:
7-8 ketul ayam
2 sb sos cili
3 sb sos tomato
2 sb sos tiram
2 sb madu
1 sk rempah

Caranya;
Gaul rata dan perapkan selama 1/2 jam.
Sedia dibakar selama 45 minit pada suhu 150'c atau sehingga masak


RESEPI SOS BBQ SPECIAL

Sumber; sajian dapur

Bahannya:
 3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
2 sb sos cili Maggi
5 tbsp sos tomato
3 tbsp kicap cair
1/2 tsp serbuk rempah
5 1 tsp lada hitam kisar
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.

Kemudian masukkan kesemua bahan²yang lain dan masak hingga mendidih. 

Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.  Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan kegemaran.

No comments:

 

Designed By Izza sakura