Tuesday, March 1

AIR SOYA dan PUDING TAUFU FA SEGERA


Assalamualaikum...

Penah buat soya homemade tak? Nak buat sangat mudah tapi agak payah sedikit. Dulu masa anak sorang sangat rajin buat tapi sekarang Zue lebih suka beli kat pasar malam. Kebanyakkan kat pasar malam tak kaw airnya sebab tak pekat dan ada yang kurang manis. So Zue pun try buat sendiri memandangkan tetiba mood nak memerah datang.. 

Bagi resepi taufu fah Zue lebih suka buat ala-ala jelly sebab kebetulan hari tu tak de GDL (bahan pengeras untuk soya).. Kira buat kerja mudah lah ni.. Tapi hasilnya... sedappp..

 


AIR KACANG SOYA

Bahannya:

200gram kacang soya 
2 litre air 
1 cawan gula 
3 helai daun pandan yang disimpul 
1/2 sudu kecil garam 


 



 Caranya:
  • Kacang soya direndam semalaman. Esoknya buang kulit kacang (untuk elakkan air bau hamis) 
  • Basuh dan toskan air yang berlebihan. 
  • Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga beberapa cawan air untuk diblend.
  • blender sehingga halus, gunakan tapis kain (guna kain lampin anak yang bersih tau), kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya.
  • Perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. 
  • Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar. 
  • Sebelum di masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. 
  • Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau. 
  • Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh. 
  • Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. 


Sedap diminum sejuk-sejuk tambah pulak dengan bebola pearl yang dibuat sendiri daripada tepung beras (diletak kaler hitam) dan direbus. Bila makan agak-agak kenyal... sedapp

Bagi resepi untuk agar-agar soya taufu fah pula, Zue ambik air soya yang siap masak tadi dan masukkan serbuk agar-agar. Biarkan dalam peti ais dalam 1-2 jam dan tadaaa... siap.. boleh makan dengan air gula melaka yang dibuat sendiri.






RESEPI PUDING TAUFU FA

Bhn2

  • 1 ltr air kacang soya 
  • 2 1/2 sk agar2 serbuk (kalau ingin lebih keras bubuh 1 peket sekali) 

Caranya:
  • Masak air soya bersama serbuk agar2 hingga larut dan mendidih sedikit. Matikan api.
  • Tuangkan ke dalam mangkuk2 kecil atau bekas yg lebih besar dan sejukkan.Simpan di dalam peti ais.
  • Puding soya juga enak dimakan bersama air gula sahaja seakan2 tau fu fah.


Air Gula Melaka :

4 keping gula melaka /nise - lbh kurang 200 gm.
1/2  cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan

Caranya:-
  • masukkan semua dalam periuk dan masak hingga gula hancur.
  • sejukkan dan enak dimkn dgn tau foo fa.




No comments:

 

Designed By Izza sakura