Tuesday, July 20

ROTI JALA






Bahan-bahan:-

Setengah Kilo Gandum
Setengah tin susu cair
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
sedikit air
Daun pandan (untuk percikkan minyak ke atas roti jala)

caranya :-



Masukkan gandum dan secubit garam ke dalam bekas. Masakkan sedikit planta (untuk mengaringkan roti jala) kemudian masukkan sebiji telor dan kacau sehingga sebati.






Kemudian masukkan air dan susu cair setengah tin dan kacau lagi. Kemudian masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau sehingga sebati.(Jangan terlampau pekat/cair)


Tapiskan adunan tadi untuk mengelakkan daripada corong roti jala tersumbat. Kemudian barulah kita menjala di atas dapur. Gunakan corong (ada dijual dikedai) - khas untuk buat roti jala. Teknik menjala - jangan terlalu tinggi atau terlalu rendah cara jalanya untuk mengelakkan daripada berketul atau putus-putus roti jala tersebut.



Masukkan sedikit minyak dan Jalakan di atas kuali yang rata. Sambil percikkan sedikit minyak dengan menggunakan daun pandan pada roti jala didalam kuali bg mengelakkan daripada hangus dan melekat.


Roti jala ni boleh dimakan bersama kuah sekaya hijau, kuah serawa durian dan kuah kari.

resepi kuah sekaya hijau

Bahan-bahan

1 cawan santan pekat
gula melaka / gula pasir
secubit garam
daun pandan diblend dan diambil airnya 1 cawan.

Cara:
Didihkan air dan gula seketika
Kemudian masukkan santan dan garam
Biarkan beberapa ketika.
Sedia untuk dihidang...



-SELAMAT MENCUBA-

Friday, July 9

Lasagna



Resepi ni aku ambik daripada satu laman web. Nama resepi ni resepi garfield lasagna. Alhamdulillah first time buat kira jadi. And paling happy bila hubby puji kata best. Kat sini aku turunkan ilmu yang aku ambik untuk korang try lak.

Lasagna jenama San Remo (aku guna yg ni)- pre cooking



Bagi Adunan Cheese

Keju Parmesan. (aku guna brand Perfect Italiano)- pastikan halal



Minyak Zaitun
Telur 2 biji
Daun Basel

Untuk Sos
Sos tomato
Sosej ayam
Fudge daging (guna danging kisar ramly burger)
Frozen vegetables
Bawang besar
Oregano

Keju Mozarella perlu letak banyak untuk lebih rasa kejunya.

Caranya:-
Calitkan baking pan dengan sedikit marjerin untuk tidak melekat.
Parutkan cheese (untuk yg ketul)

Masukkan cheese yang telah diparut tadi ke dalam satu bekas. Selepas tu, telor dipecahkan untuk dimasukkan ke dalam cheese tadi. Bersama-sama itu, masukkan sedikit daun basel dan minyak zaitun (satu camca). Pukul cheese,telur dan bahan2 tadi menjadi satu adunan yang sebati seperti dalam gambar di bawah ni.


cheese yang telah diparut.



Potong bahan-bahan utama seperti daging,sosej, bawang dan veggies dan jangan terlalu kecil.



Sos tomato dimasukkan ke dalam bekas bersama2 bahan2 tadi. Masukkan sedikit sos cili. Kemudian, tambahkan dengan oregano dan gaulkan lagi hingga sebati.



Cara menyusun.

Mi lasagna disusun di dasar baking pan tersebut dan seboleh2nya cover kesemua permukaan baking pan tersebut sebab mi lasagna inilah yang akan jadi tapak kepada lasagna kita. Kemudian, tuang separuh daripada adunan cheese kita tu ke atas mi lasagna tersebut. Ratakan adunan supaya tidak terlalu tebal, dalam 0.5-1 cm.




Di atas lapisan cheese itu tadi, letakkan separuh daripada sos kita tu, dan ratakan juga kerana ia akan menjadi inti utama lasagna.



Setelah kita ratakan sos tu, taburkan keju mozarella di atas sos itu pula. taburkan sebanyak mana yang anda suka.

Ulang balik step2 di atas untuk layer kedua. Mula dengan susunan mee lasagna di atas mozarella tadi tu, diikuti dengan adunan cheese, sos dan mozarella balik.


untuk oven, sila pre-heat ke 190 darjah celcius terlebih dahulu. Bakar dalam oven untuk 30-40 minit

Tuesday, June 8

JUS ASPOKAT (Avocado)



First time minum masa aku ke Bukit Tinggi, Indonesia. Memang Best..Pastu tak sangka kat Malaysia pun ada iaitu kat Restaurant ayam penyet di curve..Rasanya memang lemak-lemak manis so aku try wat resepi sendiri. tak sangka sedap jugak!!!

Bahan-bahan:-

2 Biji buah avocado yang sudah masak
3 sudu serbuk milo
3 sudu susu pekat manis (ikut selera anda untuk manis atau kurang manis)
3 cawan air masak






caranya:-

Avocado dipotong kecil-kecil untuk diblendkan.
Serbuk milo dicampur dengan susu pekat manis dan masukkan sedikit air suam (buat pekat)
campurkan air milo kedalam jus avocado yang diblend dan kacau.
Untuk lebih sedap, masukkan ketulan ais.
Sedia untuk diminum.

Sukun Goreng






bahan-bahan:-


3 cawan tepung beras

setengah sudu kecil garam

sedikit serbuk kunyit

1 biji telor

air kosong


caranya:-


Satukan kesemua bahan-bahan tadi. Air dimasukkan ke dalam bahan-bahan tadi jangan terlampau cair dan jangan terlampau pekat. Potong buah sukun menjadi 3 segi. dan celupkan kepingan sukun tadi ke dalam bahan-bahan yang telah disatukan.


Panaskan minyak dan sedia untuk di goreng.

Monday, April 19

Kuey teow goreng

Kuey Teow goreng ni adalah menu wajib bagi kami satu family. Setiap minggu wajib bagi kami untuk makan di gerai Kuey teow. So bila dah selalu makan, rasanya dah tau sedikit sebanyak apa yang diletakkan dalam ramuannya. So kat sini zue publishkan resepi Kuey Teow goreng ala-ala air tangan zue..

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
1 bungkus kuey teow
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
2 sudu besar kicap manis
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
5 batang daun kucai
sedikit kerang
10 ekor udang
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air


Cara-cara

cuci dan toskan kuey teow
blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
panaskan minyak dan tumis bawang+bawang putih+cili boh/giling dan tumis hingga garing
masukkan udang dan kerang
masukkan sos tiram dan kicap manis dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
daun kucai dipotong sepanjang setengah inci dan masukkan sekali
masukkan juga garam+perasa dan kacau rata
pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
masukkan taugeh dan kacau hingga sebati
masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

Saturday, April 3

Cucur Udang



Bahan-bahannyer:--

setengah kilo tepung gandum (5 orang makan)
4 ulas bawang merah
daun kucai
8 ekor udang
setengah cawan udang kering
sedikit garam
1 biji telur
air suam (agak-agak)

cara membuatnyer:--

campurkan tepung gandum bersama sedikit garam dan kacau biar sebati. kupas bawang merah dan ricik halus-halus. Manakala udang dibuang kulitnya dan dipotong 3 bahagian (ikut suka kita). manakala udang kering ditumbuk atau diblender kering sehingga hancur. Udang segar dan udang kering dimasukan sekali kedalam tepung gandum tadi dan daun kucau harus dipotong jangan terlampau halus. last sekali masukkan telur. kemudian masukan air suam (jangan terlampau cair). dan kacau sehingga rata dan sebati kesemua bahan-bahan tadi.

siap sedia untuk digoreng. Untuk dapatkan bentuk yang cantik adalah lebih baik menggunakan tangan atau dua sudu.


~~selamat mencuba~~

Sunday, January 24

VANILA CUP CAKES

Baru-baru ni aku pergi ke kelas masakan Ani 2020 di Puchong untuk belajar buat cup cake. Dengan bayaran RM150 dapatlah sedikit ilmu untuk buat cup cakes ni.
Ni dia hasil yang dapat aku pelajari dikelas tersebut.



bahan-bahan..

450 gm vanila spooch mix
7 biji telur
90 gm air kosong
90 gm buttercup

caranya:-




pukul butter dan telur sehingga naik gebu dengan kelajuan yang tinggi dalam 10 minit. kemudian masukkan pewarna dalam 4 stp. Putar dengan kelajuan yang rendah sambil masukkan air sedikit-sedikit. last sekali masukkan butter yang double boiler (disejukkan) dan terus pukul dengan tangan.








Untuk Perisa perlu masukan perisa pandan (pilihan aku) untuk cup cakes ni





pilihan cup aku adalah jenis lin 11. kemudian masukkan dalam 1 scop ice cream ke dalam cup tadi dan masakkan didalam oven dengan suhu 150-160c selama 25 minit.





Barang-barang untuk buat topping atas cup kek. aku guna sugar doh ready made jenis pettinice.



Uli sugar doh tersebut dengan tangan untuk melembutkan bahan tersebut dan mudah digelek. Kemudian masukkan setitik pewarna (warna biru pilihanku) dan uli sehingga sebati. Gelekkan sugar doh tadi diatas tempat rata dan tekap untuk buat topping atas cup cakes. Untuk melekatkan topping sugar doh tadi, aku guna gam khas (dibuat daripada air gula).

 

Designed By Izza sakura