Selamat malam..
Ini adalah projek minggu lepas sebenarnyer tapi kesibukan melanda tak sempat mengupload resepi dan gambarnya sekali.
Dah lama teringin nak buat KEK KAREMEL COKLAT MOIST ni. Alhamdulillah menjadi jugak sebabnyer kebetulan Zue ke rumah kakak ipar yang buat makan-makan so tak de apa nak bawa.. try ler resepi baru ni.. Hasilnya... memang sedap.. Mula-mula zue ambik seketul.. rasa cam manis melekat kat tekak jer.. Pastu dah tak lalu nak makan. Terus simpan dalam peti ais kemudian bila pergi umah kakak ipar di angkat yang sejuk-sejuk.. Perhhh... memang sedap.. tak de lah terasa manis sangat macam yang mula-mula makan dulu tu...
BAHAN KARAMEL:
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir di tabur dlm loyang
STEP 2:
letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..
letak loyang atas dapur gas utk mencairkan gula menjadi karamel dgn menggunakan api perlahan..
Pastikan karamel td memenuhi ruang loyang tu dengan menyengetkan loyang tu masa masak karamel supaya ia tak selonggok kat bahagian tertentu saje.. dah siap ketepikan..
STEP 3:
1/2 tin susu cair
50gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
****kalau nk karamelnye tebal, tambahkan susu cair dan kuning telur
STEP 4:
Kacau perlahan bhn2 kat atas mengunakan whisker atau garpu dan tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
STEP 5:
Bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min ~ ( nak kukus pun boleh aku .. dlm stgh jam)
Sementara tu, siapkan bahan untuk KEK CHOCOLATE MOIST
BHN A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
Caranya:
- Satukan semua bahan dlm periuk
- kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil kacau hingga sebati, dah sebati, padamkan api dan rehatkan sekejap
BHN B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak
BHN C:
4 biji telur - pukul dgn whisk atau blend (blend jer)
Caranya:
- satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
- tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
- bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hingga masak atau bergantung kpd oven masing2
- ( nak kukus pun boleh dlm 1 jam stgh..)
- Dah masak, biar kek sejuk atau hingga kek meregang baru di terbalikkan kek
- simpan kek dlm peti ais
11 comments:
As-salam. Sangat menarik dan cantik kejadian kek ini w/pun tidak dpt merasa. Terima kasih kerana sudi kongsi resipi.
perggghhh, nmpk pun dah tau sedap...kek peberet family akk ni...mmg berbaloi buat kek ni kan...
wah sedapnya, makan sejuk lg sedap kan
Junie Octovian ~ tq... harap mencubanya sbb ia sgt sedap
Liza~ btl tu kak Liza ~memang mabeles kek ni.. makan yg tak puas
Tina Othman ~ tq tina.. harap mencubanya
It's so lucky for me to find your blog! So great! Just one suggestion: It will be better and easier to follow if your blog can offer rrs subscription service.
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/
I just couldn't depart your web site before suggesting that I really enjoyed the standard information a person provide for your visitors? Is gonna be back often to check up on new posts
Hi, nak tnye kukus karamel sampai betul2 masak atau separuh masak ye? bkobar2 nak cuba ni :D
boleh cuba ni ;)) nampak sedap..
X blh print ke resepi ni..
nee nee ~ kukus karemel sehingga masak
dapurCikWan ~ buat lah.. mmg x rugi sbb kompom sedap
Anonymous ~ boleh print tp try copy paste pada word dulu..
This is a good blog message, I will keep the post in my mind. If you can add more video and pictures can be much better. Because they help much clear understanding. :) thanks Cavalieri.
HTTP://www.CoolMobilePhone.net
Post a Comment