Monday, September 2

PUDING ROTI MUDAH


Assalamualaikum...

Selamat malam. Minggu ni adalah minggu yang terakhir untuk open house. Hari ni pulak dapat 4 jemputan tapi mampu pergi 3 saja. Kebetulan hujan lebat sangat so bila lalu ikut Giant, Shah Alam jalan disana ditutup memandangkan banjir. Nasib baik tak delah terperangkap dalam jem. Tapi ini penyebab zue sampai lambat ke rumah ke dua so rumah ke tiga trus skip. Rumah keempat dah sampai lepas magrib. Nasib baik tuan rumah still open dia punya rumah.

Minggu lepas Zue ada buat open house antara menu peberet ialah puding roti. Cara yang zue buat ni amat ringkas dan mudah lagi sedap. Kalau nak dibandingkan kesemua resepi puding roti ni, kebanyakkan adalah lebih kurang sama cara pembuatannya yang menjadi sedap sebab zue guna roti butterscoth. Ia dah berlemak sedap so  bila dibuat puding roti, bertambahlah sedap. Jom try.


Bahannya:

9-10 keping roti butterscoth
2 cawan susu kotak full cream 
4 sb gula halus
2 biji telur
1 st esen vanila
2 sb mentega 

Bahan taburan:
Kismis, ceri, kacang hirisan almond dan coklat chip

Bahan untuk kastad:

1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sb tepung kastad
2 sb gula castor



Caranya:
  • Dalam satu mangkuk, koyakkan roti menjadi kecil-kecil 
  • Tuang susu full cream
  • Dalam mangkuk lain, campurkan mentega, esen vanila, gula dan telur
  • Kacau sehingga sebati dan tuangkan atas roti
  • Lastly tabur bahan hiasan di atas adunan tadi.
  • Bakar pada suhu 180'c selama 25-30 minit atau sehingga masak


Bahan kuah kastad:


  • Campurkan kesemua bahan dan kacau di atas api yang sederhana sehingga pekat



Wednesday, August 14

BUBBLE RICE BERSALUT COKLAT



Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Hari ni zue masuk opis agak lambat sebab menguruskan persekolahan anak untuk kemasukkan darjah 1. Actually dah daftar dalam internet cuma datang ke sekolah untuk pengesahan pendaftaran. Ah.. lega dah settle. 

Hari ni jugak zue puasa enam sekali puasa ganti. Almaklum tak nak jadi macam tahun lepas esok nak puasa hari ni still lagi ganti. Nasib baik settle..Ermm kalau tak kenalah bayar fidyah. Puasa ganti zue sebenarnya adalah untuk cover balik yang makan banyak masa hari raya. Bila tengok balik pic yang diambik masa hari raya, malu lak tengok.. pipi betul-betul chubby sampaikan en somi boleh perasan... sabo jer lah.. 

Hari ni zue nak share resepi paling mudah iaitu BUBBLE RICE BERSALUT COKLAT. Ia sangat sedap. Buat untuk bawak balik umah mertua tapi anak zue lak yang habiskan. Katernyer sangat sedap.
 
BUBBLE RICE BERSALUT COKLAT

Bahannya:

1/2 kg bubble rice
1 bar coklat masakan
paper cup secukupnya
coklat putih sebagai hiasan
coklat manik sebagai hiasan


Caranya:


  • Cairkan coklat masakan secara double boiler
  • Setelah cair, masukkan bubble dan gaul mesra
  • Sudukan ke dalam paper cup
  • Cairkan coklat putih dan piping sedikit untuk membuat corak pada atasnya
  • Taburkan coklat manik hiasan
  • Sejukkan

Tuesday, August 13

TIRAMISU COKLAT GRATED


Assalamualaikum...

Ramadhan sudah pun berakhir, kini syawal pun dah tiba. So sesi open house dah bermula. Tahun ni kemungkinan besar Zue akan buat open house tapi tak de lah buat secara besar-besaran just buat sekadar termampu. Nanti tak menang tangan nak masak banyak-banyak. 
 
Kebetulan line internet kat opis hari ni ok, terus zue upload entry tertunggak dan yang Zue pernah share dalam buku AROMA keluaran MEI 2013 iaitu TIRAMISU COKLAT GRATED. Resepinya amat mudah...




TIRAMISU COKLAT GRATED

Bahannya:

Biskut tiramisu
200gm cream cheese
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan whipping cream
sedikit esen vanilla
3 cawan air bancuhan nescafe
2 sk serbuk koko
sedikit parutan coklat

Caranya:

  • Masukkan cream cheese dan gula dalam satu loyang
  • Pukul sehingga kembang dan sebati
  • Masukkan sedikit esen vanila dan whipping cream
  • Pukul lagi
  • Masukkan biskut tiramisu dan air bancuhan nescafe
  • Susun dalam satu bekas
  • Atas biskut tersebut letakkan adunan yang dibancuh tadi
  • Selang selikan dengan biskut dan akhiri dengan cream cheese
  • Atasnya taburkan serbuk koko
  • Dan akhirnya parutkan coklat pada atasnya.



Saturday, August 3

BISKUT ALMOND CLUSTER




Assalamualaikum...

Selamat tengahari... Pejam celik, pejam celik puasa dah nak habis tinggal lebih kurang seminggu lagi nak raya. Persiapan zue separuh siap, tinggal kasut anak tak beli lagi. Duk plan hari ni nak beli tapi malas lak nak keluar..Ermm... Kebetulan raya tahun ni giliran diPenang sebelah suami so plan nak gi beli kat Pasific lah. Kat situ design kasut memang cantik. Ader member zue kata Penang adalah tempat shopping handbeg dan kasut yang terkini... Rasanya betul jugak. Kalau nak shopping kat Sogo ni.. mintak ampun.... memang murah tapi lautan manusia tau... Even zue kerja berdekatan dengan sogo pun zue tak suka pergi tempat sesak cam gitu.

Berbalik pada entry hari ni BISKUT ALMOND CLUSTER adalah resepi ke2 sepanjang bulan ramadhan tahun ni. Nak buat lebih lagi memang tak sempat. Dapat buat yang ni pun kira Alhamdulillah... Yang selebihnya... order jer lah...



ALMOND CLUSTER

Bahannya:

Dark Coklat masakan jenama beryls (zue guna suku)
500 gm kacang almond
Coklat rice
 papercup saiz paling kecil


Caranya:

  • Goreng atau sangai kacang almond sehingga sedikit garing
  • Double boilerkan coklat masakan jenama beryls
  • Campurkan kacang almond yang disangai tadi
  • Gaul sehingga sebati
  • Masukkan dalam papercups
  • taburkan coklat rice atasnya sebagai penyeri
  • Sejukkan dalam peti ais sebentar


Monday, July 22

TEPUNG PELITA ALA-ALA TERENGGANU



Assalamualaikum...

Selamat tengahari... Pagi tadi sahur tak uols? Zue bangun sahur tapi tak makan makanan berat cuma ambik buah kurma, susu anlene bersama quaker oats... Almaklum dah semakin berumur ni rasanyer kesihatan perlu diutamakan daripada keenakan rasa... Kalau ikut selera semua makanan nak ditelannya terutama bulan puasa ni. Jual apa pun makanan semua laku kalau kat pasar Ramadhan tu... sedap tak sedap kemudian kira... Sakit perut esok punya cerita... Actually kalau zue berbuka kat rumah zue lebih suka makan evenpu masak menu yang sama macam ayam goreng kicap sekali pun.... Anak-anak zue lebih suka air tangan mama dia daripada beli kat kedai... 

Kalau hari kerja zue akan membeli tapi membeli kat kedai yang biasa beli sebelum puasa sebab dah tahu sendiri rasanya macamana.. Tetiba teringin makan tepung pelita ori di Terengganu, kalau kat KL ni ader tapi cam kuih taco jer.. Pastu lapisan bawah dia dah dicampur dengan gula siap-siap..ermmm... tak best.. so alternatif lain buat lah sendiri... Inilah hasilnya... Kalau design daun pisang semacam jer abaikan saja.. ^_*

TEPUNG PELITA

sumber: Hanieliza

Bahan-bahan A disatukan

lapisan bawah 

1 cawan tepung beras  
sedikit air kapur 
7 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya anggaran 3 cawan) 

Bahan B  disatukan 

lapisan atas

3 cawan santan pekat 
1 senduk tepung beras 
secubit garam 

 Bahan C 

Gula pasir secukupnya 
Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

 


Caranya:


  • Didihkan air untuk mengukus.
  • Masukkan 1 sudu gula atau lebih (ikut manis yang dikehendaki) dalam setiap bakul daun pisang. 
  • Kemudian masukkan adunan A agak-agak ½ atau ¾ bakul.
  • Kukus sehingga masak. 
  • Masakan bahan B anggaran panas. 
  • Kemudian masukkan hingga penuh bakul. 
  • Kukus lagi sehingga lapisan atasnya masak  (untuk memastikan kuih betul-betul masak, cucuk dengan garpu atau lidi. Kalau tak melekat, masaklah tu
  • Masukkan dalam peti ais. 

***Sekiranya daun pisang tiada boleh diganti dengan mangkuk kecil


 

Sunday, July 21

PUDING BUIH BERKUAH




Assalamualaikum dan selamat malam....

Hari ni dah 11 hari kita dalam Ramadhan. Amalan apa yang dah anda buat?.. Zue macam biasa akan amalkan surah pembuka rezeki iaitu Al- Waqiah.. Alhamdulillah berkat membaca dan mengamalkan ayat ni zue dipermurahkan rezeki terutama pada bulan yang mulia ini. Jom kita amalkan...

Waktu malam rasanya dapat jugak upload resepi terbaru zue. Waktu siang hari memang tak ada masa langsung nak upload. Alhamdulillah malam ni sempat jugak zue share resepi ni. Ini pun disebabkan permintaan ramai untuk mencuba resepi yang amat mudah ni. Rugi tau sape tak buat sebab ia sedap dan mudah dibuat walaupun sedikit cerewet dengan cara pembuatannya...



PUDING BUIH BERKUAH




Puding
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/2 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna

Caranya:


  • Masukkan air  ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan)
  • Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue
  • Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu.
  • Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
  • Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
  • Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar)
  • Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas
  • Sejukkan puding di dalam peti ais 

p/s: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih. 



Kuah Custard

1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla

Caranya:

  • Larutkan custard didalam air terlebih dahulu
  • Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
  • Kacau sehingga mendidih dan naik bau.


p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan. Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk

Sunday, July 14

AYAM PANDAN ALA BBQ


Assalamualaikum..

AYAM PANDAN ni adalah menu berbuka zue semalam. Rasanya amat sedap dan wangi terutama masa ia dibakar dalam oven (wangi daun pandan satu rumah). Actually resepi ni boleh di goreng tapi zue lebih suka bakar dalam oven sebab ia tak delah berminyak sangat. Resepi ni lebih kurang seperti perapan ayam bbq cuma bezanya ia dibalut dengan daun pandan. Cara balutan daun pandan adalah sesuka hati sendiri. Disebabkan potongan ayam sedikit besar so zue menggunakkan 2 helai daun pandan. 

Jom cuba resepi yang amat mudah ni untuk berbuka puasa ....
 
Bahannya:

Dada ayam atau paha ayam (potong kiub )
1 biji bawang putih, dicincang halus 
1/2 sb Halia dicincang halus 
2 sb Sos cili 
1 sb sos tomato
1 sb Sos tiram
1 sb Kicap pekat
2 sk Serbuk lada sulah
1/2 sk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1 sb madu 
Daun pandan 
Lidi 

 

Caranya:

  • Bersihkan ayam dan potong kiub 1 inci x 1 inci dan toskan airnya.
  • Campurkan kesemua bahan-bahan yang tadi yang digaul sehingga rata bersama ayam. 
  • Perap selama 1 jam paling tak lama dan semalam paling lama (lagi lama lagi sedap)
  • Sediakan daun pandan dan balut ayam tadi dengan menggunakan daun pandan. 
  • Masukkan dalam oven selama 25-30 minit untuk 150'c dan sedia di bakar. (nak goreng pun boleh) 
  • Kalau goreng jangan terlalu lama nanti ayam jadi kering.
 

Designed By Izza sakura