Saturday, July 13

NASI GORENG NENAS


Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari ke4 umat islam berpuasa. Rasanya macam-macam menu kita nak buat untuk berbuka puasa terutamanya hari ni hari cuti bekerja. Dalam fikiran zue ni rasa nak buat macam-macam. Semangat memasak tu amatlah tinggi. Kalau hari kerja memang tak sempat jem sangat-sangat. Sampai  kat rumah dekat pukul 7. Letih terkejar-kejar untuk berbuka. Sempat beli lauk lepas tu balik rumah masak nasi jer. 

Semalam singgah beli kat kedai kelantan di pantai dalam, beli lauk daging kawah, akok 3 bekas, sambal belacan 1 bekas kecil (nak buat kut tak sempat) dan kerabu sarang (orang kelantan panggil)... Tup-tup time bayar rm29. Terkedu jap... mahalnyer... tak tau apa yang mahal sangat tu. Kalau sehari beli dalam rm29 bayangkan kalau untuk sebulan... bangkrup not... 

Pagi tadi zue bersahur dengan nasi goreng nenas.. Jom try buat..

NASI GORENG NENAS

Bahannya:

2 mangkuk Nasi Putih (disejukkan)
1 biji Bawang Merah (dihiris nipis)
¼ biji Nenas (dipotong dadu)
Bawang Putih (dicincang)
Cili Merah (dipotong nipis)
4 cm Kunyit (ditumbuk lumat)
4 sudu besar Minyak Masak
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar Sos Ikan
2 sudu besar Sos Tiram
1/2 sudu kecil lada sulah
sedikit ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil Garam
1/2 sudu kecil gula


Caranya:


  • Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih
  • Tumis sehingga naik bau 
  • Masukkan kunyit, cili giling, sos tiram, sos ikan, sos tomato, sos cili, gula dan garam.
  • Apabila tumisan sudah naik bau, masukkan ayam yang dipotong halus bersama sedikit air
  • Tutup dengan tudung periuk sekejap untuk bagi ayam masak
  • Kemudian, masukkan nasi bersama sedikit lada sulah dan juga nenas yang dipotong kecil-kecil dan cili yang dipotong nipis-nipis kemudian goreng sehingga semua serata.

Thursday, July 4

BINGKA UBI KAYU


 

Assalamualaikum...

Selamat malam... Tak sampai 1 minggu kita akan menghadapi bulan Ramadhan.. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan kali ini. Azam zue tahun ni nak masak sepenuhnya tanpa membeli di pasar Ramadhan (harap-haraplah...). Almaklum kalau membeli ni ader jer yang tak kena. Sehari dua ni makanan still sedap masuk jer hari ketiga penjual dah start recycle makanan semalam... Panaskan dan jual balik. Perut kita ni pulak dah lah sehari tak makan termakan ngan makanan semalam yang mungkin basi.... Aduyai... berulang toilet ler jawabnyer...  

Selain daripada tu azam zue jugak nak merasa berterawih di masjid sebab tahun lepas tak berkesempatan disebabkan anak zue yang paling kecik tu noty sangat-sangat.. (sembahyang pun tak khusyuk) tahun ni cerdik sedikit rasenyer si haiqal ni . (Harap-harap lah...) Semoga urusan Zue dipermudahkan olehNya.. Ameen..

 

BINGKA UBI

Bahan-bahan:- 

Atas 

400 ml santan
1 cwn tepung beras 
2 sk garam 

Bawah 

3 batang Ubi kayu sederhana besar 
1/2 cawan gula putih 
5 helai daun pandan 

Caranya:- 

ADUNAN A 

Bahagian bawah 


  • Blend daun pandan menggunakan air yang banyak 
  • Potong ubi kayu menjadi sebesar ibu jari dan masukkan air daun pandan tadi untuk diblend kali kedua
  • Blendkan dengan memasukkan air daun pandan yang banyak.
  • Tapiskan untuk diambil isinya sahaja. 
  • Isinya diletakkan atas kuali dan digoreng bersama gula putih. 
  • Kacau sehingga pekat seperti jem. 



ADUNAN B 

Bahagian atasnya 


  •  Masukkan santan bersama tepung beras yang dibancuh dengan air dan kacau. 
  • Masukkan juga garam (agak2 jangan terlampau masin). 
  • Kacau sehingga menjadi pekat. 
  • Masukkan adunan A ke dalam loyang dan baru masukkan adunan B ke atasnya. 
  • Sejukkan sebelum dimakan

Sunday, June 30

KEK SARANG SEMUT aka KEK GULA HANGUS


 
Assalamualaikum.. 

Selamat petang.... Semalam zue try buat kek sarang semut aka kek gula hangus.. Lega menjadi.. Tak manis sangat resepi ni. Actually dah lama nak try tapi tak de kesempatan so semalam kebetulan nak berholiday, itu yang merajinkan diri nak buatnya. Nak buat kek ni agak mudah tapi perlu berhati-hati sebab agak cerewet dengan gula yang dihangitkan takut meletup-letup terkena jari (sebab zue dah kena). Ikutkan resepi kena perap 3-4 jam tapi zue perap sejam lebih jer but still cantik lubang-lubang semut tu..
  

KEK SARANG SEMUT AKA KEK GULA HANGUS

Bahannya:

1 cawan gula castor
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 st soda bikarbonat
4 biji telur
2 sb mentega

   

Caranya:

  • Gula dimasak dengan api yang sederhana sehingga hangus
  • Masukkan air panas dan kacau perlahan-lahan (Part ni yang kena jaga-jaga)
  • Tutup api dan masukkan mentega.
  • Sejukkan dan ketepikan
  • Pukul telur sehingga kembang dan pekat
  • Masukkan susu pekat dan kacau sehingga sebati
  • Ayak tepung bersama soda
  • Masukkan sedikit demi sedikit kedalam gula hangus bersama telur yang dipukul tadi
  • Kacau rata dan perap selama 3-4 jam
  • Bakar pada suhu 180'c selama 45 minit sehingga 1 jam

Friday, June 28

BUBUR CHACHA



Selamat pagi...

Alhamdulillah... Hari ni adalah hari jumaat, penghulu segala hari. Cuaca pun elok jer, jerebu dah berkurangan rasa nyaman jer tidur semalam tak lah kepanasan macam biasa. Kalau pakai aircond pun tak elok jugak untuk kesihatan kita. Opis pun pakai aircond dan kat rumah pun aircond. Inilah punca penyakit sebab peluh tak keluar... Ermmm

Berbalik pada resepi hari ni BUBUR CHACHA. Biasa beli chacha yang dah siap kali ni zue nak share resepi yang homemade punya...lagi sedap. Teringat masa kecik-kecik dulu my mom selalu buat bubur chacha dan bubur gandum homemade. Dulu tak de lah nak main ngan kaler-kaler ni so hari ni zue letak jer kaler lagi makin selera nak makan...+__+
   
Resepi Bubur Chacha 

Bahan chacha: 

240 g tepung beras 
Air secukupnya 
pewarna (jika suka) 

Bahan Kuah 

250ml air 
200gm santan pekat 
125 ml air gula melaka 
2- 3 sudu besar gula ( ikut kemanisan yang di ingini ) 

Cara penyediaan : 


  • Bagi membuat doh, satukan tepung beras dan garam dengan secukup rasa di dalam mangkuk adunan sambildigaul rata. 
  • Tuangkan air sedikit demi sedikit untuk membuat doh. 
  • Pastikan ia tidak terlalu cair atau terlalu keras. 
  • Gentel kecil kecil, buat hingga habis. 
  • Masukkan doh tadi dalam air yang telah mendidih. 
  • Apabila doh tadi timbul di permukaan air angkat dan toskan. 
  • Untuk membuat kuahnya, satukan semua bahan kuah dalam 1 periuk dan didihkan. 
  • Perlahankan api agar santan supaya tidak pecah dan kemudian masukkan air gula melaka dan doh yg digentel tadi.
  • Sedia dihidangkan.

Thursday, June 27

JUS AVOCADO GULA MELAKA

 Selamat pagi..

Alhamdulillah jerebu makin berkurangan. Anak-anak dah mula pergi sekolah hari ni. Dia orang dah tak sabar-sabar nak masuk sekolah. Lega diaorang tak de yang demam. Mama dia orang jer yang demam dan sakit tekak. Hari ni dah rasa sihat sikit badan mungkin sebab banyak minum air kosong. Ia membuang toksik dalam badan. Zue ni jenis liat jugak nak minum air masak tapi fikir untuk jangka masa panjang telan jugak lah.

Antara jus peberet zue adalah jus avocado. Dah banyak kali buat dan banyak kali papar kat dalam entry blog zue. Minum jus ni memang tak puas. Kalau pergi kat ayam penyet tu minum segelas kiran dalam dekat nak 10 henggit ... mahal tau.. buat sendiri lagi puas hati..

Kebiasaan duk try resepi sama kali ni try resepi letak gula melaka pulak.. 
   
JUS AVOCADO GULA MELAKA 
sumber: mustsweet

2 biji avocado yg masak 
1 cawan susu segar 
1 sudu gula air gula melaka ( masakkan gula melaka dgn air) 
ais batu

Caranya:-
  • Isi avocado, gula serta di campur dengan susu dan kisar sebentar. 
  • Letakkan ke dalam cawan dan tuang air gula melaka. 
  • Masukkan ais dan sedia dihidangkan

Wednesday, June 26

MACARONI ala MURTABAK



Assalamualaikum.. .

Cuaca seminggu ni amat berjerebu.. Kesihatan betul-betul terjejejas.. Rasa badan ni lemah sangat-sangat. Ngantuk nak tidur jer. Semalam Alhamdulillah hujan kurang skit jerebu tu.. Waktu jerebu gini nak pergi kerja langsung tak jem. Mungkin sebab budak tak pergi sekolah kut. Rasa lega otak ni..

Jom tengok resepi ni..


MURTABAK MACARONI


BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
100ml minyak - untuk menumis
1 pkt rempah 4 beradik (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis & buah pelaga)
10gm cili kisar
1 inci halia - dimesin
20gm bawang putih - dimesin70gm bawang merah - dimesin
10 helai daun kari
40gm serbuk kari ayam/daging + kurma +100ml air = cairkan
(dihiris kecil)
500gm mix vegetable (saya hanya guna karot yg dipotong dadu)
150gm bawang besar - dipotong dadu
100ml air - untuk dicampur jika filling pekat
2 tangkai daun sup
sedikit garam, gula
Bahan C
200gm macaroni - direbus hingga masak
10 biji telur


 

CARA-CARANYA:-

  • Tumis bahan A sehingga naik bau dan wangi
  • Masukkan bahan B kecuali daun sup dan perasa. 
  • Masak sehingga semua bahan masak dan jika pekat masukkan sedikit air. jangan sampai terlalu berair sangat. 
  • Masukkan daun sup dan bahan perasa, masak hingga pekat. Sejukkan dahulu. Apabila telah sejuk, masukkan macaroni dan masukkan telur yang telah dipukul sedikit. 
  • Alas pasment paper dalam loyang.
  • Masukkan adunan kedalam loyang (untuk adunan ini guna loyang 10 x 10 x 2)

  • Bakar didalam oven selama 1/2 jam 180C 








Saturday, June 22

STRAWBERRY SWISS ROLL POLKADOT


 

Assalamualaikum.. 

Selamat petang. 

Petang ginikan best dapat menikmati juadah enak. Tetiba zue merajinkan diri lak nak buat swiss roll. Actually zue fobia betul nak buat swiss roll sebab tak reti nak gulung. Gulungan tu menyebabkan swiss roll pecah. Punyalah lama nak buat balik...study dan study caranyer so alhamdulillah hari ni jadi pulak... Ermm pasni mereka cipta pulak ler patern swiss roll  ni... Hehehee...
 
STRAWBERRY SWISS ROLL POLKADOT 

Bahannya: 

70gm tepung gandum* ayak 
1 cb susu tepung * ayak 
3 biji telur (gred A) 
60 gm gula halus 
60ml minyak jagung 
2 ct ovallet 
1 ct esen vanila pewarna pilihan
Caranya;

  • Satukan kesemua bahan kecuali minyak, whipping cream dan strawberry dan pukul sehingga sebati
  • Bila adunan dah gebu, masukkan minyak dan kaub balik sehingga rata
  • Simpan sedikit untuk mewarnakannya
  • Sedia loyang 7x 10 inci dan alas dengan kertas minyak
  • Sedia memasukkan adunan tadi kedalam loyang dan ratakan 
  • Dotkan dengan pewarna mengikut kreativiti anda
  • Panaskan oven pada suhu 175'c dan bakar selama 15-20 minit mengunakan kipas 
  


  • Pukul whipping cream sehingga kental
  • Potong buah strawberry
  • Swiss roll dah masak, terbalikkan atas plastik cling
  • Buang lapik kertas
  • Letakkan whipping cream dan buah strawberry potong
  • Gulung menggunakan plasti cling tersebut
 

Designed By Izza sakura