Sunday, April 3

Homemade PIZZA



Hari Jumaat malam sabtu lepas, sambil layan Maharaja Lawak sambil buka resepi-resepi dalam internet tercari-cari nak bekpas apa pagi nanti... mula-mula fikir nak buat donut jer.. tapi rasanyer tak menarik.. Sambil buat menu baru sambil boleh update blog.. tak gitu.. nak harap saja-saja buat masa tak menginzinkan pulak.. orang bekerja + ada anak kecik ni susah skit.. lainlah suri rumah sepenuh masa.. Nak buat pa-apa anytime jer..


Melalut pulak.. Zue ternampak satu resepi pizza dalam laman web online resepi so try buat.. Alhamdulillah.. kira jadik jugak.. rotinya agak lembut sehingga petang. Tapi tak lah sama ngan pizza hut peberet kami sekeluarga. Atleast kata orang agak sedap sebab homemade punya..


Bahan Doh Pizza :
280 g tepung berprotein tinggi
15 g butter
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil susu tepung penuh berkrim
1 sudu kecil garam
180 mlm air sejuk (dari peti sejuk) atau boleh juga gunakan air suam
1 sudu kecil yis segera
Bahan-bahan topping :
Udang
Sosej
Lala
Sotong
Sos Pizza
Capsicum
Cendawan
Parutan Keju Cheddar & Mozarella (zue guna mozarella sbb ia cheese yg sedap dan ala2 cheese pizza hut gitu)
* semua bahan di atas terpulang kepada minat masing-masing. kalau suka letak lebih.. sediakan la setiap satu bahan tu dalam sukatan yg banyak. ianya juga boleh di tukar ganti kepada ayam atau daging juga sayur-sayuran lain.


Cara-cara membuat pizza :
1. Gaulkan tepung dengan yist dalam mangkuk adunan.
2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
3. Cairkan butter.
4. Kemudian masukkan air dan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sekaran dan uli hingga licin.
5. Uli di atas permukaan yang rata yg telah di tabur sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
6. Bulatkan doh tersebut dan simpan di dalam mangkuk adunan yg di lenser dgn sedikit minyak dan di tutup dengan cling film.
7. Biarkan ianya mengembang lebih kurang 40-60 minit atau hingga doh mengembang dua kali ganda.
8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
9. Canai adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz dan bentuk yang anda suka.
10. Letakkan di atas dulang pembakar dan biarkan seketika.. hingga kembang sedikit.
11. Cucukkan adunan tersebut dengan garpu supaya ianya tidak mengelembung semasa di bakar.
12. Kemudian sapukan dengan sos pizza di seluruh permukaan pizza. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut suka, dan akhir sekali taburkan sebahagian lagi keju di atasnya.
13. Bakar dalam suhu 180c kira-kira 15 minit.
Sekiranya anda tidak mempunyai sos pizza, cuba gunakan resepi berikut ..



Sos Pizza
1 labu bawang besar } di cincang
2 ulas bawang putih } dicincang halus
2 sudu besar minyak
2 biji buah tomato } dicincang
3 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
3/4 sudu kecil gula
1 sudu kecil oregano
garam secukup rasa

Cara membuat sos:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar,bawang putih sehingga layu
Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri, oregano, gula dan garam
Kacau sehingga pekat




No comments:

 

Designed By Izza sakura