Teringat masa zaman anak dara dolu-dolu, jiran sebelah rumah (orang kelantan) suka sangat bagi kami satu family bubur biji nangka. Rasanyer yang sedap menjadi peberet kami. So bila dah kawe tetiba teringin nak buat sendiri. Resepi tu dah tanya mak. Siap salin lagi. Sebelum masak pergi ke kedai nak beli barang-barang nak buat bubur ni.
Actually Zue baru berjinak-jinak ngan masak memasak ni so ingatkan tepung pulut tu sama jer ngan tepung beras. Masa beli main ambik jer. Bila time nak masak, gentel-gentellah tepung beras tu dalam air yang menggelegak. Tapi heran, pesal biji nangka ni tak timbul-timbul. Tapi ingat tak de apa2 so buat sampai habis. Siap masak, time makan pesal rasa lain jer.. tak sama ngan rasa bubur biji nangka yang slalu duk makan.. Bila tanya mak, mak tanya tepung pulut ke tepung beras.. Zue kata tepung beras.... Mak kata larrr..... patut pun!!!
Moral of the story... check betul-betul resepi tu dan belajar daripada kesilapan..sampai ari ni dah dapat bezakan tepung pulut dan tepung beras..
BUTIR NANGKA KALEFUL
Bahan-bahan
3 cawan tepung beras pulut
air (agak-agak jgn terlalu cair)
pewarna ikut selera sendiri
(bahan utk kuah)
santan dari setengah biji kelapa
gula
garam
halba
simpulan daun pandan (untuk bau yang wangi)
Cara-cara
masukkan sedikit air bersama tepung pulut ke dalam bekas agak sendiri kerana adunannya tidak boleh terlalu cair nanti susah untuk mengentelnyer. Kemudian masukkan pewarna. kacau sehingga sebati. Pastikan adunan tidak melekat di tangan. panaskan air hingga mendidih, masukkan adunan yang telah digentelkan cepat-cepat. Untuk memastikan adunan dah masak, ia akan timbul sendiri dan terus cedokkan untuk dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air.
Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan ke dalam periuk, masaklah sehingga mendidih. Kemudian masukkan butir nangka.Tutup api.
lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba.
No comments:
Post a Comment