Zue pernah makan Pai Epal yang original versi omputeh.. memang sedap so zue buat ler research dalam youtube versi omputeh punya pai epal...
Comform memang sedap tau.. Masa bakar satu rumah berbau wangi butter dan serbuk kayu manis.. bila dah masak tak sabar-sabar nak makan.. mula-mula tu makan rasa macam terlebih serbuk buah pala.. Anyway simpan sikit nak bawa opis esoknyer.. konon-konon nak bekpas ala mat salleh ler.. ade lah sorang dua member yang makan.. diaorang puji..seeedap!.. bila zue rasa untuk kali ke-2, rasa terlebih serbuk buah pala tu dah hilang.. memang cukup rasa..atau kata lain sodap sangat-sangat.. kalau nak best lagi, makan dengan aiskrim atau letakkan sedikit jem apple..jom try!
Kulitnya:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan gula
secubit garam
1 cawan butter yang sejuk
1/3 cawan air sejuk (masukkan ketulan ais dalamnya)
sedikit kuning telur
sedikit kuning telur
Caranya:-
- Masukkan tepung gandum bersama gula, garam dan butter dan pukul sehingga sebati
- Gunakan tangan dengan masukkan sedikit demi sedikit air sejuk sambil diuli sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk
- Buatkan 2 adunan bulat dan masukkan dalam plastik wrap
- Masukkan dalam peti ais selama 20 minit
- Keluarkan 1 adunan dan canai mengikut saiz loyang
- Canai nipis adunan doh dengan menekankan rapat sambil dibentukkan seperti ombak disekeliling acuan pie.
- Cucuk atas pie dengan garpu beberapa kali supaya wap dapat keluat semasa pie dibakar.
- Panaskan oven selama 5 minit
- Masukkan inti apple tadi
- Di atas inti tadi letakkan kiub butter yang dipotong kecil-kecil
- Ambil 1 lagi adunan dan canai mengikut citarasa sendiri macam zue potong dengan pisau adunan tersebut dan letakkan sebagai penutup atas dengan berselang-seli (ala-ala tikar tak jadi gituuu..~ malas nak anyam..)
- Sapukan kuning telur atasnya
- Masakkan selama 40-45 minit dengan suhu 200c bergantung pada oven masing-masing
Bahan untuk intinya:-
6 biji epal hijau
3/4 cawan gula
secubit garam
1/4 cawan tepung kentang (guna tepung jagung pun boleh...)
1/2 sk serbuk buah pala (ground nutmeg)
1/2 sk serbuk kayu manis (ground cinnamon)
1 sk jus limau
2 sb butter (guna buttercup) di potong berbentuk cube kecil-kecil
Caranya:
- Kupas epal hijau dan potong secara nipis-nipis
- Masukkan epal tadi ke dalam periuk bersama gula, garam, serbuk pala, serbuk kayu manis dan jus limau dan gaulkan dengan menggunakan api yang perlahan
- Kacau sehingga epal tersebut sedikit layu.
- Lastly masukkan tepung kentang dengan sedikit bancuhan air ke dalam periuk tadi dan kacau sehingga sedikit pekat
- Sejukkan
Sumber daripada youtube betty's homemade Apple Pai Recipe, dailydelicious dan beberapa sumber untuk resepi apple pai.
1 comment:
Maaf cakap, saya try n sangat kecewa sebab tersangat sangat sangat manis medu... makan satu slice je pun dah sampai pening kepala.... betul ke gula nya 3/4?? ke 1/4??? memang tak boleh nak makan dh tu, tapi kerak memang sedap..... kecewa sbb xleh nak makan dgn inti epal sbb tlalu manis.
Post a Comment