Monday, November 21

PAU ROSE MERAH

Geram betul tengok blogger yang dah buat pau rose ni.. zue dah siap print tapi still lagi simpan resepinya kat peti ais.. nak tunggu semangat datang.. Hari ni dah ada semangat dan feel nak membuat kuih so terus zue capai resepi ni dan buatlah apa yang patut.

Actually ikut resepi asal adalah sekali ganda dia punya bahan-bahan tapi memandangkan anak zue kurang makan pau ni dan zue dalam proses testing so terpaksa buat separuh dulu adunannya. Untuk resepi asal adalah disini . Geram betul tengok rose pink kat blog tersebut.. so zue try cara zue lak dengan membuat rose kaler merah..

Bahan:

120gm tepung pau
4 gm yis mauripan
50gm gula
2 sb susu tepung (zue tambah)
25gm minyak masak/minyak jagung
120gm air (boleh tambah jika perlu)
sedikit pewarna merah



Cara: 

  1. Gaul tepung dengan yis. 
  2. Larutkan gula dalam air.
  3. Tuangkan larutan gula sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan gaul secara perlahan-lahan dengan hujung jari
  4. Campurkan minyak terus sambil menguli dan juga masukkan lebihan air dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal
  5. Rehatkan adunan selama 10-15 minit dan tutup dengan tuala basah
  6. Panaskan kukusan 
  7. Bulatkan adunan menjadi bulatan yang kecil-kecil sambil masukkan intinya dan bentukkan bunga ros 
  8. Lapikkan dengan daun pisang atau plastik mengikut saiz pau
  9. Biarkan pau naik selama 30 minit dan kukus selama 10-15 minit.

BUNGA ROS MERAH CARAKU

  • Bulatkan adunan dalam 4-5 bulatan dan masukkan inti dalam salah satu bulatan tersebut
  • Gelekkan secara memanjang pada adunan atau penyekkan adunan menggunakan tangan sambil menarik adunan arah memanjang dan picitkan dibahagian atas untuk menghasilkan kelopak bunga dan lekatkan pada adunan bulat tadi sambil tarik ke bawah
  • Ulang sehingga habis dan terbentuk bunga ros
  • Kemaskan dibawah bunga ros tersebut dengan melapikkan plastik atau daun pisang.
  • Sedia di kukus

2 comments:

ady said...

as-salam
cantik pau rose merah tu..menarik!!!!

..::tarabozu::.. said...

w/slm..
tq ady..

 

Designed By Izza sakura