Monday, February 18

PUFF NANGKA BERCHEESE


Assalamualaikum.. Selamat malam.. Memandangkan siang kerja so hanya malam hari zue akan update blog. Hari hujan turun dengan lebatnyer diKL dan Selangor. Bayangkan dari opis keluar pukul 5 sampai rumah hampir pukul 8. Gara-gara jem teruk.. Letih.. Ni mata pun dah ngantuk tapi rasa tak puas kalau tak de entry untuk blog kesayangan ni...

Terima kasih pada yang banyak bagi sokongan pada blog zue. Ramai jugak rupanyer silent reader ni.. Sms, pm facebook dan whattsupp.. Banyak zue terima soalan berkenaan resepi yang dipublishkan. Insyaallah zue akan jawab samaada cepat atau lambat  Actually zue bukannyer pro sangat tapi zue suka mencuba dan belajar dari kesilapan yang pernah zue lakukan dalam mencuba sesuatu resepi tu..


Hari tu beli nangka rm2 punyalah banyak. Nak pakai sikit jer. Kalau kat pasar chow kit ni semua barang murah. Itu yang zue lebih suka singgah sini daripada pasar lain. Bayangkan zue duduk kat puchong tapi gi pasar chow kit sebab kerja kat KL. Tapi tak de lak nak beli barang basah.. jenuh nak bawak usung naik opis...

Lebihan nangka ni zue buat jem. Resepi jem main campak-campak jer..Kebetulan ader cheesedale yang anak buat makan ngan roti terus mixkan.. jadi jugak..

So dapat plan lak nak buat puff sendiri, marjerin untuk puff lak tak de so gi lah kat pasaraya area rumah cari puff jenama KAWAN.. Tak de so gi TESCO dapat jenama PAMPAS PUFF PASTRY.. rembat jer..rega dalam rm7 satu ketul. Satu ketul bila boleh dibahagi 4 bahagian.

Jom layan resepi syok sendiri zue ni.. memang best sangat-sangat.. Ader manis dan masin dalam satu puff yang rangup.

PUFF NANGKA BERCHEESE
tarabozu2@blogspot.com

Bahan untuk jem nangka:

3-5 ketul nangka masak
2 senduk gula
2 biji cengkih 

Caranya:
  • Potong nangka kecil-kecil dan masukkan dalam blender
  • Blend nangka dengan sedikit air
  • Masakkan atas dapur dengan campurkan gula dan bunga cengkih
  • Masak sehingga air kering dan pekat
Bahan lain:

Kulit puff
2 keping cheese dale
buah ceri (hiasan)
  • Canaikan puff tersebut sehingga menjadi sedikit nipis (Jangan terlampau nipis) dan bahagikan kepada 5 bahagian
  • Letakkan jem nangka atasnyer
  • Bakar selama 25-30 minit pada suhu 150'c atau sehingga masak
  • Sejukkan 
  • Sedia memarut cheesedale atasnyer
  • Hiaskan dengan buah ceri

3 comments:

mama sara nur said...

assalam
salam kenal & follow ye Zue
cantik blog awak ni bersama menu2 yg sedap jg

Asyifa Mustaffa said...

menarik juga..sy pun slalu guna jenama kawan...:-)

bole cuba ni nnti....

..::Zue::.. said...

@mama sara nur~ salam kenal kembali.. Tq kerana mengfollow blow zue.

@Asyifa Mustaffa~ trylahlah buat.. memang sedap.. Rasa cam ala2 kat kedai gitu..huhuu

 

Designed By Izza sakura