Tuesday, February 5

BUTTER PRAWN

Assalamualaikum... 
Selamat Malam.. Entry penutup malam ni ialah BUTTER PRAWN yang dibuat semalam. Minggu lepas punyalah banyak lebihan kuning telur yang dibuat pavlova untuk customer .. Tak tau nak buat apa.. Google punya google dalam tenet terus dapat idea buat butter prawn..

Kebetulan ada pasar malam kat umah terus singgah gi beli udang fresh. Actually kalau nak buat butter prawn ni kena guna udang saiz besar dan yang fresh baru sedap..

Rasa cam lagi sedap buat sendiri daripada makan kat kedai. Almaklum buat sendiri kita tau citarasa sendiri.. nak masin ke atau nak tawar.. Lagi pun kerak butter prawn ni tak crunchy cam kerak goreng pisang tu.. Kalau crunchy tu rasa tak sedap macam hampas kelapa lak... Bagi zue lah.. bagi orang lain mungkin tak kut..
BUTTER PRAWN

udang (saiz M atau L)
BAHAN UNTUK GORENG UDANG

2-3 sb minyak masak
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 tangkai daun kari (ambil daun saja)
3 biji cili api (potong kecil-kecil)
3 sb susu cair
garam secukup rasa

BAHAN UNTUK SERDAK

5 biji telur kuning
5 sb butter
garam secukup rasa
perisa ayam maggie (secukup rasa)
Caranya:
  • Lumur garam dan kunyit pada udang
  • Goreng dengan minyak panas dan ketepikan
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau
  • Masukkan daun kari, susu, garam dan cili api kacau sebati
  • Dan masukkan udang dan kacau lagi



CARA BUAT SERDAK

  • Pukul kuning telur bersama kiub ayam maggi dan sedikit garam
  • Didalam kuali, masukkan butter sehingga cair bersama sedikit minyak dan perlahankan api ke tahap sederhana
  • Kacau minyak tersebut ikut putaran jam hingga ada pusaran ditengah
  • Tangan kanan untuk kacau minyak manakala tangan kiri masukkan bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit
  • Ia perlu dilakukan dengan pantas dan selamat.
  • Putaran yang pantas menghasilakn serdak halus dan ia akan jadi rangup
  • Dengan pantas toskan serdak tadi secepat mungkin supaya ia tidak diserap minyak
  • Gaulkan udang tadi bersama serdak tersebut.

2 comments:

ady said...

as-salam
Mmmm…I can smell (and almost taste) the buttery aromas now!

..::Zue::.. said...

W.slm.. Tq ;-)

 

Designed By Izza sakura