Friday, February 1

MELTY HERSHY

Assalamualaikum... selamat malam..

Hari ni cuti hari wilayah bagi yang bekerja di daerah Kuala Lumpur so dengan berbangganya zue bercuti tak kerja..Tapi en somi dan mykids terpaksalah kerja dan sekolah...

Boring jer duk umah sorang-sorang so godek-godek resepi terbaru jumpalah resepi MELTY HERSHY.

Sape yang pernah makan dessert ni ia lebih kurang sama ngan triffle atau tiramisu.. Makan kenalah yang sejuk atau baru keluar dari peti ais baru awesom..

Ada banyak versi MELTY HERSHY ni.. Tapi resepi yang zue buat ni versi Auni Azalia (thanks yer) so zue tak letak cream cheese. Tengah-tengah diet ni fikir 10 kali nak makan makanan berunsur cheese ni.. 

Actually gabungan pelbagai bahan atas dessert ni menjadikan MELTY HERSHY amat sedap.. antara bahan yang zue tambah seperti kacang pistachio, buah stoberi dan masmallow... Sesuka hati jerlah nak tambah apa-apa atas dessert ni.. janji ikut selera sendiri..
Sumber: Auni Azalia
              Mai. i share

Bahannya:

Biskut digesstive/ biskut marie atau kek span 
(zue guna biskut digesstive)
Susu segar atau susu cair
choc chip/gula-gula m&m/parutan keju/ parutan dark or white choc 

Untuk Sos coklat kalau tak guna hershy
200gm dark choc
150ml whipping cream
1/2 sb butter

Caranya:
  • Masak secara double boiler bahan tersebut sehingga sebati, cair dan pekat

atau pilihan lain untuk guna creamcheese

250gm cream cheese 
4 sb susu pekat
3 sb susu cair/susu segar
1 sk jus lemon

Caranya:
  • Pukul cream cheese sehingga kental dan masukkan susu pekat, susu cair/ susu segar dan pukul lagi sehingga sebati 
  • Masukkan jus lemon dan kaup balikkan semua bahan
atau

250ml whipping cream
4 sb susu pekat

Caranya:
  • Pukul whipping cream sehingga kental dan masukkan susu pekat dan pukul lagi sehingga sebati

Biskut marie dilembut kan dengan susu
Masukkan whipping cream

Masukkan sos coklat


Masukkan kembali whipping cream dan sedia dideko...

Masukkan dalam peti ais... sedia di ngappp... yummyyyy...

2 comments:

Rohah said...

betul2 mengiurkan...terbayan kenakannya..

..::Zue::.. said...

Mmg sedap.

 

Designed By Izza sakura