Friday, October 28

CUP CAKES coklat tipis yg langsung tak muak..

Assalamualaikum..
Salam Pagi Jumaat..


Dah lama teringin nak makan cup cakes yang toppingnyer coklat ganache.. Kebetulan ari tu pergi kenduri doa selamat dirumah sepupu En.Hubby semperna nak ke mekah.. Secara Kebetulannya, dihidangkan cup cakes.. Rasanya memang sedap dan tak muak langsung even makan 3, 4 bijik.. teringat-ingatlah pulak..So balik tu zue try godek-godek dalam mr goggle nak cari resepi yang rasa ala-ala sama ngan kek yang zue makan ari tu (lupa lak nama blognyer).. Tapi dalam 2 minggu gak duk peram resepinyer.. tak sampai seru lagi nak buat.. Tetiba ari ni terlebih rajin so.. apa lagi.. try lah..

Actually kelebihan cup cakes yang zue buat ni tak muak sebab zue tak gunakan butter langsung.. dia punya coklat agak tipis sebab nak cover ngan coklat ganache sebagai toppingnya.. Tekstur cup cakes ni pun agak gebu macam sponch kek.. Bila makan memang terasa ringan je dimulut.. memang sedap..

2/3 cawan marjerin
1 1/2 cwn gula kastor
1 cmt esen vanila
2 biji telur
2 1/2 cmt baiking powder
1/2 cmt soda bikarbonat
3 cwn tepung gandum
1 cwn susu cair
1/4 cwn air
1 cmt serbuk koko

Caranya:-
  • Ayakkan bahan-bahan kering tadi seperti tepung gandum, soda bikarbonat, baiking powder dan serbuk koko.
  • Pukul marjerin dan gula denga speed yang tinggi sehingga kembang
  • Masukkan esen vanila bersama telur sebiji demi sebiji
  • Rendah speed masukkan bahan-bahan kering berselang seli dengan susu cair.
  • Bila dah sebati stopkan mixer
  • Masukkan dalam bekas cup cakes/muffin
  • Bakar pada suhu 180c dengan turbo fan atau 200c untuk oven tanpa turbo fan.
  • Sejukkan dan boleh diletakkan topping coklat ganache.. 
Resepi topping ganache:-

Whipping cream
mentega
Dark coklat masakan jenama berryl's

Caranya:-
Campurkan kesemuanya didalam periuk dan masakkan sehingga coklat berryl's cair (bukan sehingga mendidih). Kemudia sejukkan.. Bila sudah sejuk masukkan dalam peti ais selama 1-2 jam.. Sedia dipiping atas cup cakes..

Monday, October 24

MUFFIN YOGURT dan MANGGA


Tetiba tekak ni teringin nak makan muffin.. saje try buat muffin yang berasaskan yogurt dan campuran buah mangga yang kebetulan duk tersimpan di rumah.. So zue guna bahan-bahan yang sedia ada dirumah untuk menghasilkan muffin.. Zue paling suka kalau dalam muffin/kek/apam bila diletakkan yogurt.. ia akan sedap dan begitu lembut. Begitu juga dalam penghasilan muffin ni memang gebu dan sedap..

Zue sharekan resepi yang zue ambik daripada sebuah blog Nasi Lemak Lover dan ditranslatekan kepada bahasa malaysia..  
BAHAN-BAHAN:-

**12 muffin
125 butter (unsalted butter)
150 tepung gandum
110 gula castor
200gm buah mangga (dipotong berbentuk kiub)
100gm yogurt (perisa biasa)
2 biji telur (saiz sederhana)
1 tsp baiking powder
1/2 tsp baiking soda
1/4 tsp garam
CARANYA:-

  1. Pukul butter, garam dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati
  3. Ayakkan tepung gandum, baiking powder dan baiking soda dan masukkan ke dalam adunan tadi bersama yogurt. Pukul sehingga sebati
  4. Masukkan mangga yang dicincang tadi dan kaup balikkan adunan tadi.
  5. Sudukan ke dalam mangkuk muffin dan atasnyer letakkan sedikit mangga yang dicincang tadi.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 25 minit atau sehingga muffin keperangan.

Teksturnyer agak lembut dan gebu.. memang sedap sangat-sangat
makan pada waktu petang bersama air kopi atau teh.. Perhhh...

Saturday, October 22

PUDING ROTI BERKASTAD..

Dah masuk musim hujan ni..pagi cerah, petang hujan..sib baik ari ni ari cuti.. Leh lak menqada' tido banyak-banyak.. Tapi tak leh nak lama-lama memandangkan banyak 'tugasan' menanti di dapur dan di rumah.. Adoyai.. inilah perempuan, ibu dan isteri.. kira 3 dalam satu lah tu.. saja je nak menceceh ni.. sebab tak de idea ni.. 

Hari ni zue malas nak masak sebab hubby ajak makan steamboat kat seoul garden.. dah lama tak makan kat situ.. dia punya steamboat macam-macam ader.. memang puas hati pergi sana daripada steamboat tempat lain. Puding Roti Berkastad ni zue buat semalam sebelum tido.. Actually ni adalah resepi daripada kak Nani Blog Model 80-an. Memang zue sangat-sangat suka blog dia sebab dia banyak bercerita kehidupan harian dia dengan anak-anak dia yang berjaya.. dia lak memang pandai masak dan tak kedekut ilmu.. Roti puding berkastad ni adalah resepi yang paling sedap antara resepi yang sama zue pernah ambil dan buat dalam internet ni..Agaknyer gabungan whipping cream dan roti butter scotch yang digunakan dalam resepi ni yang menjadi  teramat sedap kot!... Try lah kalau tak percaya..


Bahan-bahan:-
Roti 10 keping (nak sedap guna roti butter seperti butter scotch)
2 cawan susu full cream
2 cawan whipping cream
1 cawan gula
6 biji telur
1 tsb esen vanila
4 tsb butter
kismis (agak-agak)
1 tsb serbuk kayu manis
badam cincang (agak-agak)
Caranya:
  1. Sapukan butter pada dasar mangkuk kaserol/loyang
  2. Susun roti di atasnya.
  3. Pukul telur sehingga sebati dan ketepikannya.
  4. Tuangkan bancuhan seperi susu, whipping cream, gula, esen vanila dan telur yang dipukul tadi. 
  5. Biarkan roti kembang selam 30 minit.
  6. Selepas kembang, taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka letakkan sedikit brown sugar.
  7. Taburkan sedikit badam cincang. (zue sj letak)
  8. Panaskan oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 160c
Kuah kastad 
bahan-bahan:-
1 liter susu full cream
gula secukup rasa
tepung jagung (agak-agak untuk likatkannya)
1 sk esen vanila


caranya:
Panaskan susu full cream bersama gula mengikut manis yang diingini.
Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan esen vanila
kacau sehingga halus dan likat
sejukkan

Friday, October 21

Jom pekena JUS MANGGA...



Saja nak perabiskan stok mangga yang dah nak sedikit buruk.. daripada buang gitu saja baik buatkan jus mangga.. Uols pernah minum jus mangga tak?.. Tetiba teringat kat air mangga gelas besar di Bukit Tok Beng, Seberang Takir.. Kat situ macam-macam jenis air buah ader.. Nak mix apa-ape jenis buah pun boleh.. Bila Zue pergi sana mesti Zue akan pilih air buah mangga mix ngan air durian belanda.. Memang yummy.. Tak delah pekat sangat dan tak delah pulak cair sangat.. Gelas lak suka hati nak pilih saiz apa.. S, M,L dan XL.. XXL pun ader tau.. Harga takdelah mahal sangat..berpatutan.. Kedai tu siap masuk rancangan Warung Kita lagi... Lepas tu sekarang dah tumbuh banyak lagi gerai-gerai air buah campuran di Seberang Takir.. pastu berjangkit lak kat kampung-kampung lain di Terengganu. Pendek kata, kalau pergi Terengganu jangan lupa cari kedai Air Buah Gelas Beso.. (Ishh.. tak sabo lak nak balik ganu raya haji ni)

Ok.. Entry ari ni zue nak sharekan resepi mudah, ringkas dan murah ni.. JUS MANGGA..


Bahan-bahannya:-
2 biji mangga masak (Jangan ambik yg buruk dah ler..)
3 cawan air (Kalau tak nak jus ni pekat.. lebihkan air)
4 sb gula kasar (lebihkan gula kalau air dilebihkan)
3-4 ketul ais batu
sedikit susu cair (untuk lemakkan jus tadi)


Caranya:-
Potong buah mangga kecil-kecil dan masukkan ke dalam blender.. Masukkan sekali air, gula dan ais batu.. Kasi blend sehingga hancur. Tuangkan dalam cawan dan atasnyer titikkan susu cair (agak-agak). Sedia diminum terus..

Thursday, October 20

CARROT WALNUT CHEESE CAKE yang agak moist

Minggu lepas besday diri sendiri.. nak beli kek membazir duit jer.. dulu bolehlah nak beli time tak reti membaking ni...tapi masalahnyer time buat untuk diri sendiri deconyer mesti tak de idea.. kalau buat untuk orang rasa cam idea mencurah-curah lak.. nampak gayenyer kena bertapa dulu sebelum deco kek untuk diri sendiri ni.. 

Malas nak berceloteh panjang sebab sekarang dah lewat malam hampir pukul 1 pagi, esok nak keje lak.. tapi 'semangat' nak mengupload entry tertangguh ni lebih dari segala-galanya so ku gagahi jugalah demi pembaca blog ni....


Saja nak try resepi yang digodek-godek dlm mr Goggle ni.. so terjumlah resepi daripada Hayati Ibrahim..


Sumber1: Hayati Ibrahim
Sumber2: DAMIRA

Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih dan kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung 130 gm gula kaster
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak: 
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis
1 1/2 suduteh baking soda 

1 sudu teh garam 
1 sudu teh ovallet
*1 sudu teh baking powder
100 gm walnut ~ di cincang kasar
 ( Bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang sedap letak walnut)



Cara-caranya:

  1. Pukul kuning telur sehingga kembang 
  2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster dan gula perang, serta lobak merah yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut) 
  3. Masukkan walnut, kacau sebati. 
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati. 
  5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga merinque (dipukul tak jatuh). 
  6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih kacau. 
  7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak. 
Frosting  120 g butter 250 g cream cheese 120 g gula aising
Caranya :  Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
Kek ni agak moist dan tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan.

Monday, October 17

KEK MARBLE TRIO

Resepi ni Zue ambik dari dapur  DTS @ MAT GEBU. Rasanyer memang sedap sangat-sangat. Actually ni adalah butter kek yang zue try search dalam En Goggle dan ramai orang dah buat dan juga semua yang buat memang puji kek ni memang sedap..!! Ni kali ke-2 Zue buat... Zue gunakan mentega buttercup so memang berbau wangi buttercup sambil tu juga zue letakkan perisa oren dan esen ros.. 

Bab deco mendeco ni zue sedikit kurengg.. dan still lagi tengah belajo.. Mula-mula buat memang tak smooth siap buka youtube (my teacher) lagi nak cari caranyer.. Lepas try banyak kali akhirnyer.. bolehlah.. nak kata cantekk.. puji lak diri sendiri.. nak kata tak cantekk... kutuk lak diri sendiri.. tapi leh bagi kreadit jugaklah sebab berani mencuba (Eceh.. puji gak tu)..Tapi tak leh lawan lah otai-otai lama dalam dunia blogging ni..

Cakap banyak nanti ader yang meluat..so direct kepada resepinyer..



Bahan-bahannyer:-
300 gm mentega (zue guna buttercup..untuk wangi)
280 gm tepung gandum
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder* (*digaul rata dan diayak)
5 biji telor gred A
1 camca besar ovallate (lembutkan kek)
30 gm gliserin*
20ml air* (*disatukan)
1 camca teh strawberry emulco (zue guna pewarna merah)
1 camca teh perisa oren (warna plain)


CARANYER:-
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. 
  4. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (zue blend jer).
  5. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian warna plain perisa oren , 1 bahagian + pewarna merah perisa esen ros . Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Topping buttercream

Bahan-bahan:
500gm Marvelo/creamlite/krimwell
250gm butter
Sugar syrup secukupnyer
150gm whipping cream (Rich) - pukul aising

resepi sugar syrup
100gm air
300ml Gula pasir kasar
2 tsp Lemon jus

caranya:
  • Gula dan air masak mcm air gula sampai likat dan sejukkan
  • pukul butter sampai kembang, masukkan creamwell dan whipping cream yang dipukul tadi dan mixkan kesemuanya .. Pukul sehingga high speed.
  • Masukkan air gula tadi (rasa dulu takut terlebih manis) dan maintainkan speed sambil pukul sehingga sebati..
**Resepi ni sesuai untuk salut kek saja tapi untuk buat bunga letakkan gula aising yang di ayak supaya aisingnya lebih  kental dan senang untuk bentukkannyer.

Sunday, October 16

SAGU MATA IKAN BERENDAM DENGAN SUSU CAIR..penyejuk badan

Orang kata sagu berendam susu cair ni banyak dihidangkan sebagai dessert dihotel.. Zue tak pasti lak.. tapi pernah makan kat hotel KLIH (Kuala Lumpur Internation Hotel)..memang ada.. Selain daripada tu.. kat restoren nelayan pun ader jugak.. mula-mula makan tak tau pulak ni dessert apa.. yang pasti sedap sangat-sangat.. Pulak tu bila makan teringat-ingat nak makan lagi skali.. yang syoknyer masa buat open house raya aidilfitri lepas, zue buatkan sebagai dessert.. kebanyakkan orang tak pernah dan tak reti nak makan.. tapi bila tengok dia orang makan.. siap menambah lagi... seronok lak kita tengok..

Bulan posa baru-baru ni, En hubby sakit mulut (ulser) dalam mulut.. kebetulan zue buatkan dessert ni.. bila En hubby makan.. selama 2 hari terus ok dan tak sakit ulser mulut dia.. ikutnyer 1 minggu kadang-kadang tak elok lagi..dan secara kebetulan hari tu En hubby pun makan buah sengkuang cicah kuah rojak.. so dia kata mungkin sebab sagu dan sengkuang ni menyejukkan badan so ulser cepat pulih.. Ari ni zue lak kena ulser.. so zue try buat lak.. harap-harap cepat sembuh.. seksa tau nak makan..nak berus gigi.. Harap-harap dengan makan dessert sagu ni..ulser zue cepat lega.. 

Jom zue sharekan resepinyer..


Bahan A
Sagu mata ikan (jenis kecil) 1/2 kg
(Zue guna sagu yang dah berwarna merah)
  • Basuh dan rendam sagu dalam penapis selama 3-5 minit
  • Rebus air sehingga mengelegak dan masukkan sagu tadi.
  • Tunggu sehingga sagu tersebut gelegak sedikit dan kacau perlahan-lahan (pastikan api kecil)
  • Sekiranya sagu tersebut putih, letakkan sedikit pewarna seperti warna merah atau untuk lagi sedap, blendkan air daun pandan (warna hijau)
  • Kalau air agak kering, masukkan air kosong dalam 1 gelas pastu tutupkan periuk dengan tudung periuk tapi pastikan api perlahan.. 
  • Kacau sekali-sekala dan kalau kering ulangkan langkah untuk masukkan air lagi tapi jangan banyak sangat
  • Sagu yang menjadi cantek adalah sagu yang tiada titik putih di dalamnyer..
  • Tutup api
  • Masukkan ke dalam bekas
  • Sejukkan  dan bila dah tak panas, masukkan dalam peti ais.

Bahan B
Susu cair 1 tin (kalau nak guna santan pun tak per)
Gula merah 1/2 kilo (dimasak dengan air yang sedikit.. biar agak likat)

Cara makan:-
Masukkan susu cair bersama gula merah (untuk manis lebih, letakkan banyak air gula merah) ke dalam sagu tadi..
***Pastikan baru keluar dari peti ais..

Saturday, October 15

Jom sarapan bersama CUCUR JAGUNG & UDANG




Uols bekpas apa pagi ni?.. Zue buatkan cucur udang dan jagung. Sedap tau.. nak-nak kalau cicah ngan sos cili thai atau sos cili maggi.. rasanyer leh abis 2 pinggan.. Pulak tu minum ngan air teh.. Perhhh... Hari ni zue nak sharekan resepi sedap lagi menarik ni.. CUCUR UDANG dan JAGUNG..

Bahan-bahan:-

2 batang jagung mentah di ambil jagungnya saja 
(nak guna jagung dalam tin pun tak per)
4 batang daun kucai
1 gengam udang kering di tumbuk
4 ekor udang dipotong kecil-kecilan
2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
2 sb mentega
1 cawan air kosong
1/2 cawan bawang goreng
2 ulas bawang kecil di racik halus



CARANYA:
Masukkan ke semua bahan tadi kecuali bawang goreng.. Kacau sehingga sebati. Panaskan minyak.. Barulah masukkan bawang goreng dan kacau sehingga sebati. Lasly boleh jemputkan dengan tangan atau sudu ke dalam kuali. Bila nampak agak perang boleh di angkat, Sedia dimakan..
Bila makan tu terasa rangup dan wangi bawang goreng... sedap...^O^

Friday, October 14

KEK CHOC MOIST II yang crazy moist..sodap

Lepas balik bercuti ni adalah entry pertama yang zue nak sharekan.. Apa taknyer, sampai jer petang isnin, terus ke dapur buat kek tempahan customer sebab malam dia nak. Tak nak ambik tak sampai hati sebab ni regular customer.. lagipun dia kata semperna besday dia.. so.. buat jer lah.. Tapi dah alang-alang buat tu, buat lebih skit.. untuk anak-anak makan.. Lagi pun kids zue memang peberet no1 kek choc moist ni.. Penat pun penatlah.. tapi yang penting dapat tunai janji orang..

Actually ni adalah resepi ke2 selain daripada CHOC MOIST CHEF ZUBAIDAH.. yang zue gunakan untuk cust. zue. Resepi ni adalah daripada Pn Munirah..

Bahan-bahannya:-


(A)
1 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko* (guna van houten lg sodap)
1 cawan susu cair*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
**Dimasak atas api yang perlahan tapi jangan sampai hangit.


(B) DI AYAK BERSAMA


3/4 cawan tepung gandun
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat


(C)
4 biji telur diblender
1 sk esen vanila


CARANYA:-

  1. Satukan bahan A (yg bertanda *) ke dalam periuk. Gaul sebati dan masakkan di atas api yg perlahan sehingga adunan menjadi licin. Rehatkan sebentar bila dah sebati.
  2. Satukan bahan B dan C ke dalam A (berselang seli dan gaul menggunakkan senduk) Masukkan sekali esen vanila dan gaul sehingga rata.
  3. Bila dah sebati tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan di alas dengan kertas.
  4. Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukuslah sehingga masak( lebih kurang 45 min bergantung saiz) loyang.

RESEPI UNTUK TOPPINGNYER..
1/2 cawan serbuk koko (guna van houten lg sodap)
3/4 cawan susu pekat
4 sudu makan minyak masak
 1 st esen vanila

CARANYA:-
Kacau ke semua bahan ke dalam satu bekas dengan cara double boiling

Thursday, October 6

KEK KAREMEL PELANGI

Dengan semangat berkobar-kobar mengentry resepi kek karemel ni sebelum pergi bercuti. Esok zue dan family akan bercuti di Langkawi so sebelum berangkat rasa tak puas selagi tak up date blog kesayangan zue ni. Ni nak cite skit tang nak p langkawi.. Zue actually booking free seat dari tahun lepas lagi.. rasa cam lama sangat-sangat.. Sekarang dah tiba masanya, rasa cam cepat sangat masa berlalu...Isshh.. dah lama tak ke Langkawi ni.. Apa yang menarik?..Sure pinggan mangkuk lerrr.. Tapi malas lah nak beli banyak-banyak buat berat flight jer.. huhuhu..Eksyen ni.. tengok2 esok sampai Ismail Group atau Idaman Suri.. rabun mata ko..!! Semua nak beli..Sabau je lah... 

Dah bercerita panjang lebar pasal Langkawi..so kita cite lak pasal kek karemel ni.. Kek ni zue buat dah dekat seminggu tapi belum sempat upload.. al maklum kijo ka..(huhuhu..) Malam ni zue sharekan resepi Kek Karemel yang dah dibuat berpuluh-puluh kali tapi still tak puas makan lagi.. Sodap.. TQ kak munirah baharum.. konpom dapat banyak pahala tu...:)
KEK KAREMEL PELANGI

BAHAN-BAHAN (A):
Untuk buat gula hangus
2 sb gula 
Taburkan pada loyang dan masakkan atas api yang perlahan sehingga gula hancur dan kaler perang.. Pastikan gula hangus tersebut menutupi semua ruang-ruang kosong pada tapak loyang tersebut.

BAHAGIAN ATAS (B):
1/2 Tin susu cair 
(nak tebalkan karemel.. tambahkan lagi banyak susu cair)
70 gm gula castor
1/2 sk esen vanila (kurangkan hanyir telor)
3 biji kuning telur (kalau tambahkan susu cair..tambahkan juga telur)

LAPISAN KEK (C):
140 Tepung gandum
70 gm gula castor
3 biji kuning telur
135 air biasa
1 sudu teh baiking powder (sudu kfc kecik)
45 ml minyak masak

MERINQUE (D)
6 Biji putih telur
70 gm gula castor
1 st krim of tartar - (Zue tak guna pun..)
***..Sukatan gula semua bahan zue kurangkan kepada 50gm..

Cara membuatnya:


  • Kacau kesemua bahan (B) perlahan-lahan tapi jangan pulak sampai berbuit nanti tak cantekk lak karemelnyer.
  • Masukkan (B) tadi ke dalam ke dalam loyang gula halus.. mesti dengar bunyi krakk.. (bunyi gula hangus tu)
  • Pukul bahan C sehingga kembang dan putih mulus.. (kalau terbalikkan bekas ia tak jatuh ke bawah tak pun bila diangkat skit dia akan bertanduk.. tapi awas.. jangan sekali-kali termasuk atau terkena kuning telur atau setitik air sebabnyer tak menjadi lah tu..)
  • Gabungkan adunan C dan D dan gaul sehingga sebati tapi penuh lemah lembut
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dengan 3 kaler dan 3 paste..
  • Masukkan ke dalam loyang dengan menggunakkan senduk yang sama saiz (untuk sama jalur) cth.. hijau kemudian merah kemudian kuning dan ulang kaler pertama sehingga habis adunan tersebut.
  • Bakar secara double boiling selama 40 minit untuk api bawah.. 20 minit untuk api atas..pada suhu 160 - 180c..tertakluk pada oven masing-masing.

***...kalau tepi karemel tu tak pecah atau melekat pada loyang itu tandanya kek tu cukup sifat aka sempurna lah tu.. dan untuk elakkan daripada karemel melekat..pastikan masa letak gula tu tadi semua bahagian dalam loyang terkena gula karemel..***

Monday, October 3

ANGRY BIRD..LADY BIRD..BEE..

ANGRY BIRD..LADY BIRD..BEE... Asalnyer daripada apam polkadot.. tapi dah dipelbagaikan versi.. Memang menarik..Tapi nak buatnyer..Perhh..Agak merumitkan..Tak taulah kalau ada yang ambik tempahan ratus-ratus tu...Bagi zue kalau nak buat untuk sikit-sikit boleh lah.. sebab nak buat apam gini memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi..

Bila zue tengok dalam tenet ni macam-macam apam polkadot dipelbagaikan versi .. memang zue teruja tapi setakat nak buat just iklankan untuk blog bolehlah.. yang zue buat ni pun kebetulan ada tempahan apam polkadot 50 biji so saja zue lebihkan lagi 50 biji hanya untuk try buat paten lain selain polkadot...tak lah menjadi sangat tapi saja nak acu..cuba..try..test..!!!

Apam pelbagai versi ni diletak pelbagai inti di dalamnya.. antaranya ialah kaya, coklat, strawberry, kiwi dan macam-macam lagilah..tapi kebanyakkan orang tua dan kanak-kanak lebih suka inti kaya dan coklat...




Untuk resepinya di sini


Agak-agak jadi tak apam angry bird ni?..Tak macam angry sangat kan..???macam burung hantu lak.. kwang..kwang..kwang..


Mari melukis..

Sunday, October 2

CUCOQ PISANG vs JEMPUT PISANG???....

Assalamualaikum... 

Bekpas apa pagi ni?.. Zue bekpas Cucoq Pisang aka Jemput Pisang.. Apa beza Cucoq Pisang ngan Jemput Pisang??... Cucoq Pisang tu panggilan orang utara.. Jemput Pisang lak panggilan bagi orang pantai timur.. Memandangkan zue ngan en hubby sorang pantai timur, sorang utara.. zue lak yang panggil cucoq.. hehehee...

Dulu zue memang tak reti langsung buat cucoq pisang ni.. try banyak kali mesti fail punya sebab mesti jadi lembik semacam.. Rupa2nya tak leh letak gandum sikit.. kena letak banyak.. baru terbentuk dan lebih keras. Untuk bentuknya pulak zue lebih suka pakai tangan.. mertua zue kata bentuk ngan tangan lagi menjadi daripada bentuk ngan sudu.. zue try dan hasilnya.. memang betul..





Bahan-bahannya ( 3 orang )
1 cawan pisang yang dilenyek
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
2 biji telur
secubit garam halus
minyak untuk menggoreng

Motip... ambik pic kat daun kari?... saje..eksyen jer tu...


Cara-caranya:

Campur semua bahan-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/dan menjadi sebati.
Panaskan minyak. Bila dah panas, ambik sejemput adunan tadi dengan ngan tangan dan ambil dengan cara sedikit sopan (cam natu ek?) jemput perlahan-lahan dan tolakkan adunan tadi dengan ibu jari ke dalam minyak panas (hati-hati jangan terendam lak jari dalam minyak panas). 
Goreng sampai perang. Lapik cucoq ni dengan kitchen paper apabila keluar dari kuali.
Siap untuk dimakan dengan air teh (^__^)
 

Designed By Izza sakura