Orang kata sagu berendam susu cair ni banyak dihidangkan sebagai dessert dihotel.. Zue tak pasti lak.. tapi pernah makan kat hotel KLIH (Kuala Lumpur Internation Hotel)..memang ada.. Selain daripada tu.. kat restoren nelayan pun ader jugak.. mula-mula makan tak tau pulak ni dessert apa.. yang pasti sedap sangat-sangat.. Pulak tu bila makan teringat-ingat nak makan lagi skali.. yang syoknyer masa buat open house raya aidilfitri lepas, zue buatkan sebagai dessert.. kebanyakkan orang tak pernah dan tak reti nak makan.. tapi bila tengok dia orang makan.. siap menambah lagi... seronok lak kita tengok..
Bulan posa baru-baru ni, En hubby sakit mulut (ulser) dalam mulut.. kebetulan zue buatkan dessert ni.. bila En hubby makan.. selama 2 hari terus ok dan tak sakit ulser mulut dia.. ikutnyer 1 minggu kadang-kadang tak elok lagi..dan secara kebetulan hari tu En hubby pun makan buah sengkuang cicah kuah rojak.. so dia kata mungkin sebab sagu dan sengkuang ni menyejukkan badan so ulser cepat pulih.. Ari ni zue lak kena ulser.. so zue try buat lak.. harap-harap cepat sembuh.. seksa tau nak makan..nak berus gigi.. Harap-harap dengan makan dessert sagu ni..ulser zue cepat lega..
Jom zue sharekan resepinyer..
Bahan A
Sagu mata ikan (jenis kecil) 1/2 kg
(Zue guna sagu yang dah berwarna merah)
- Basuh dan rendam sagu dalam penapis selama 3-5 minit
- Rebus air sehingga mengelegak dan masukkan sagu tadi.
- Tunggu sehingga sagu tersebut gelegak sedikit dan kacau perlahan-lahan (pastikan api kecil)
- Sekiranya sagu tersebut putih, letakkan sedikit pewarna seperti warna merah atau untuk lagi sedap, blendkan air daun pandan (warna hijau)
- Kalau air agak kering, masukkan air kosong dalam 1 gelas pastu tutupkan periuk dengan tudung periuk tapi pastikan api perlahan..
- Kacau sekali-sekala dan kalau kering ulangkan langkah untuk masukkan air lagi tapi jangan banyak sangat
- Sagu yang menjadi cantek adalah sagu yang tiada titik putih di dalamnyer..
- Tutup api
- Masukkan ke dalam bekas
- Sejukkan dan bila dah tak panas, masukkan dalam peti ais.
Bahan B
Susu cair 1 tin (kalau nak guna santan pun tak per)
Gula merah 1/2 kilo (dimasak dengan air yang sedikit.. biar agak likat)
Cara makan:-
Masukkan susu cair bersama gula merah (untuk manis lebih, letakkan banyak air gula merah) ke dalam sagu tadi..
***Pastikan baru keluar dari peti ais..
No comments:
Post a Comment