Thursday, October 20

CARROT WALNUT CHEESE CAKE yang agak moist

Minggu lepas besday diri sendiri.. nak beli kek membazir duit jer.. dulu bolehlah nak beli time tak reti membaking ni...tapi masalahnyer time buat untuk diri sendiri deconyer mesti tak de idea.. kalau buat untuk orang rasa cam idea mencurah-curah lak.. nampak gayenyer kena bertapa dulu sebelum deco kek untuk diri sendiri ni.. 

Malas nak berceloteh panjang sebab sekarang dah lewat malam hampir pukul 1 pagi, esok nak keje lak.. tapi 'semangat' nak mengupload entry tertangguh ni lebih dari segala-galanya so ku gagahi jugalah demi pembaca blog ni....


Saja nak try resepi yang digodek-godek dlm mr Goggle ni.. so terjumlah resepi daripada Hayati Ibrahim..


Sumber1: Hayati Ibrahim
Sumber2: DAMIRA

Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih dan kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung 130 gm gula kaster
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak: 
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis
1 1/2 suduteh baking soda 

1 sudu teh garam 
1 sudu teh ovallet
*1 sudu teh baking powder
100 gm walnut ~ di cincang kasar
 ( Bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang sedap letak walnut)



Cara-caranya:

  1. Pukul kuning telur sehingga kembang 
  2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster dan gula perang, serta lobak merah yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut) 
  3. Masukkan walnut, kacau sebati. 
  4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati. 
  5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga merinque (dipukul tak jatuh). 
  6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih kacau. 
  7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak. 
Frosting  120 g butter 250 g cream cheese 120 g gula aising
Caranya :  Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.
Kek ni agak moist dan tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan.

No comments:

 

Designed By Izza sakura