Rupanya nak buat POP CORN sendiri dirumah adalah lebih mudah dan kosnyer pun amat murah. Bayangkan zue beli biji jagung dengan harga rm2.19 (siap bagi jumlah lg tu) sebanyak 0.438gm di pasaraya OTK dengan hanya ambik suku daripada biji jagung ni dan boleh dapat sebanyak 1 periuk besar..Puas makan.
Lepas tu nak buat karemelnyer pulak bagi zue yang suka agak manis bercampur sedikit masin dan ader lemak lemak gitu, zue akan tambahkan gula, sedikit garam dan butter bagi lemak-lemak manis gitu..
POP CORN BERKAREMEL
Resepinya:
2 senduk kecil jagung
1 senduk kecil gula
2 sb buttercup
secubit garam halus
Caranya:
- Masukkan butter pada periuk dan panaskan atas api
- Masukkan jagung dengan api yang sederhana
- Tutup dengan tudung periuk
- Tunggu sehingga bunyi 'POP' 'POP' dan sehingga tiada bunyi
- Tutup api
- Dalam periuk lain sapukan sedikit butter masukkan gula bersama sedikit garam dan kacau sehingga menjadi warna perang
- Masukkan sedikit air supaya ia tak terlalu pekat dan kacau sedikit
- Masukkan jagung tadi dan kacau sehingga rata
** Ada sesetengah orang letak madu tapi zue tak letak..
1 comment:
perlu ke tutup step 1-3 kalau tujuan ut berkongsi kak ? huhuhu
Post a Comment