Saturday, May 21

Apam yogurt with Dragon Fruit



Jenguk Dapur kak Nor kat SINI, duk berkenan apam yogurt. Mula-mula buat ia tak mekar dan bantat sebab tersilap letak baking powder bukan double acting baking powder (ingatkan sama-rupanyer sedikit lain).. Pastu tak puas hati terus tambah lah air soda nak bagi mekar. Last-last jadi tak naik terus aka bantat. Tapi teksturnyer still lagi lembut dan sedap. Zue tak puas hati buat pulak kali kedua..Alhamdulillah..mekar nyer membuatkan hatiku ini menjadi mekar setaman. Yang syoknyer anak-anak tak cukup mintak buat lagi.


Teksturnyer agak lembut dan gebu memang sedap. Baunyer pun memang wangi. Yelah zue letakkan susu tepung anak so bau nyer, wangi macam bau susu gitu. Ikut resepi asal ada letak choclate kat atas tapi zue buat sedikit kelainan sebab kebetulan ada buah dragon fruit so try jelah letak atas. So sweetkan?...




Resepinyer:-

1/2 setengah cawan gula castor 1 sk ovallete

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan plain yogurt + susu cair (zue guna susu dugro anak )- lagi sodap

2 biji telur

1/2 sk double acting baking powder

4 sudu air buah dragon fruit (yang diblend pekat) 




Caranya:-
Masukkan kesemua bahan tadi (kecuali air dragon fruit) bersama-sama ke dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati dan menjadi putih gebu. Ambil 1 cawan adunan asingkan dan masukkan air dragon fruit tadi dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 2 sudu besar adunan yang dipukul tadi ke dalam cup dan 1 sk adunan yang dicampurkan dengan dragon fruit tadi ke atas adunan kaler putih. Kukuskan selama 15-20 minit dengan api yang kuat.

Thursday, May 19

spoon kek yang lembut dan gebu


Teringin nak buat sendiri kek sponge ni so zue buatkan hari ni. Selama ni kalau nak makan duk beli jer kat kedai. Dah sedikit ada ilmu untuk membaking ni, kira jimatlah sedikit sebanyak bahagian ni. Ni tak termasuk lagi ambik tempahan yang diterima daripada member opis dan member lama. Alhamdulillah rezeki hujung bulan katakan.. Almaklum keje ngan orang ni tak sampai hujung bulan dah habis.


Bercerita pasal kek ni.. kek Sponge ni teramatlah gebu rasa macam makan kapas jer. Kata orang cair dimulut. Selama ni kat umah zue buat sebiji kek tu nak habiskan ambik masa 4-5 hari baru licin. Itu pun terpaksa bawak opis untuk clearkan. Almaklum anak-anak still lagi kecik so makan takdelah banyak tengah seronok main katakan. En hubby lak bukan peminat kek yang tegar. Tapi alhamdulillah buat kek ni, rasanya dalam 2 jam dah abis kut!..tapi still simpan untuk bawa 'sample' kat opis jugak huhu.. pendek kata kek ni memang sodap!


Bahan:

4 biji telur-asingkan putih dan kuning

3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung jagung-ayak
1/2 cawan tepung kastad-ayak
1 sudu teh cream of tartar-ayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat-ayak

2 sudu serbuk koko- ayak
1 sk perisa coklat
secubit garam-ayak






Cara-caranyer:
Mula-mula pukul putih telur dan gula hingga kental atau marique. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi lebih kurang 5 min gitu. Bahan-bahan yang di ayak tadi di ambil dan masukkan kuning telur dan pukul lebih kurang 5 minit. Masukkan perisa coklat dan Kemudian campurkan putih telur yang marique tadi dan kaup balikkan kesemua bahan-bahan tadi. Masukkan dalam loyang  bahan2 size 8x8 dan bakar pada 180'c selama 25min.

*Actually kek ni boleh dipelbagaikan perisa samaada perisa plain (vanila/strawberry/pandan)


Wednesday, May 18

TRIFFLE WHIPPING CREAM with dragon fruits



Resepi Triffle ni sebenarnyer di ambil daripada blog model 80an iaitu kak Nani Rostam, mak kepada blogger Hanis Zulaikha, mula-mula jenguk resepi ni cam menarik jer, pastu kali ke-2 tengok cam teringin dan kali ketiga  terus buat tapi versi zue yang dah diubah suai skit resepinyer. Rugi sape tak try buat sebab rasanyer sedap sangat.





Zue ubahsuai letakkan dragon fruit.. Mula-mula plan nak letak strawberry, tapi pergi 2 hypermarket tak de lak time nak beli.. last-last tengok ada jual dragon fruit (agak menarik kerana kalernyer), terus zue angkat!



Jom tengok resepinyer...

Bahan-bahan:-
kek swiss roll / kek span/ kek biasa
1 cawan whipping cream
1/2 tin susu cair + 1/2 tin air kosong + 2 sb kastad yg dicampur sedit air +5 sudu gula (kalau tak suka manis kurangkan)
1/2 tin jem strawberry homade + 1 cawan air (didihkan)
buah-buah dalam tin / laici
1 peket jeli konukuniya
buah untuk hiasan - dragon fruit/ strawberry

Caranya:

  • Mula-mula zue buat kek (biasa zue guna swiss roll kek- lagi sedap) tapi kali ni saja try buat kek sendiri lak.. pastu potong kek dalam bentuk kiub dan susun dalam bekas. Kemudian masukkan homemade jem strawberry yang di cairkan dengan sedikit air. Pastu masukkan kastad (campuran kastad, susu cair dan gula).
  • Kemudian masukkan whipping cream (yang dipukul sehingga kental) dan masukkan kembali campuran kastad, susu cair dan gula. Lastly masukkan laici. (Kalau suka buah coctail masukkan buah coctail, atau apa2 jenis buah dalam tin)
  • Masukkan jeli konukuniya (yang dicairkan dengan air), Last sekali,  masukkan kembali whipping cream. Untuk hiasan ikut selere sendiri nak letak buah apa. Dan letakkan dalam peti ais lebih kurang 2 jam.
  • Actually zue lebih suka buah yang kaler terang-terang biar nampak lagi sodap dan menyelerakan. Agak mudah kan? memang sesuai buat untuk apa-apa majlis.. try lah mesti tak nyesal punya!!

Monday, May 16

Hepi Besday my Little Princess and Little Prince



Selamat Hari Jadi buat Aqil dan Alya. Kedua-dua anak Zue ni lahir pada bulan yang sama cuma tarikh dan tahun yang berbeza. Sorang 4 tahun, sorang lagi 7 tahun. Sejak dari awal lagi terfikir nak buat kek apa.. Mula-mula nak try Cheese fair lady (tak pernah buat) tapi takut tak menjadi almaklum nak bagi orang makan (untuk party besday diaorg). So buat Kek Red Velvet je lah.. Cara buat nyer amat mudah.. Dalam resepi Zue sebelum ni ada cara untuk buatkan Red Velvet Kek.. DISINI 



Inilah kek yang di designkan sendiri.. Tak reti sangat nak mendeko-deko ni sebab tak pernah masuk kelas deko ni. Tapi alhamdulillah dengan sedikit minat ada so tangan ni boleh merialisasikan sendiri. Mungkin sedikit comot almaklumkan.. saya tengah belajar..

Anak zue yang sorang minat princess (girl katan).. yang si hero minat thomas so zue letakkan dua-dua edible image atas kek ni.. baru puas hati dua-dua ada.. adil kan?!



Si kecik tumpang sekaki bergambar (Actually dia geram kat cherry tu).. nak ngap lah tu.. sebelum buat kek ni dia dah ngap 2 biji nasib baik perasaan kalau tak.... :(


Maksud tersirat.. 2 biji cheery menandakan 2 orang anak zue yang celebrate besday pada bulan yang sama..


Actually kek ni zue buat 2 biji tu yang nampak tinggi.. dengan parutan choc putih dan choc hitam untuk melengkapkan lagi kekosongan whipping cream dan cream cheese tu.. Tulisan atas kek zue guna choc yang dicairkan bersama minyak dan susu cair.. Boleh lahkan..even tak sempurna mana.. :)

Monday, May 9

Puding nestum

gar
Cuaca sehari dua ni memang panas yang teramat..Kalau malam tidur buka aircon pun tak terasa.. Agaknyer apa yang Allah marahkan kita sehingga dapat bala begini. Tapi kita sebagai hambanya meredai apa yang dah termaktub.. Sebenarnyer zue tak layak bercerita mengenai dosa pahala ni tapi sebagai umatnya saling ingat mengingati antara satu sama lain.

Berbalik kepada resepi entry hari ni zue buatkan puding nestum yang di ambil daripada myresepi..Agak sedap bila dimasukkan ke dalam peti ais.. lega skit tekak ni..jom kita lihat apa yang menarik dalam resepi yang paling mudah ni..


Bahan-bahan:-
40 gm agar-agar
1.8 liter air
400gm gula pasir
*1 tin susu cair sejat
*2 sudu besar tepung jagung
*100gm butter dicairkan

*bahan bertanda disatukan dan dipukul hingga sebati

100gm nestum original


Cara-cara:

Masakkan agar-agar sehingga hancur, kemudian masukkan gula, masak sehingga mendidih dan hancur kemudian ketepikan dulu. Tapis bahan bertanda dan satukan ke dalam periuk agar2 tadi. Lastly masukkan nestum dan masak kembali atas api yg sederhana (kacau supaya nestum x berketul dan tidak hangit. Apabila mendidih, kecilkan api dan kacau lagi sehingga adunan menjadi sedikit pekat lebih kurang dalam 1-2 minit bila mendidih tutupkan api. Sediakan loyang yg dbasah dgn sedikit air, supaya mudah untuk keluarkan nanti.


Zue memarblekan puding ni dengan bahagikan kepada dua adunan / dua kaler (merah dan natural kaler).

Wednesday, May 4

cekodok pisang


Cekodok Pisang memang peberet makan pada waktu petang.. Lebih-lebih lagi kalau minum ngan air teh..Perhhhh... Tapi zue lebih suka buat pada malam hari dan 'peram'kan dulu semalaman, pastu pagi esok terus goreng untuk bekpes. Anak pun boleh bawa bekal kat sekolah dan Zue pun kekadang bawak jugak bekal kat opis. (Jimat untuk makan pagi) heheheee.... Berbalik ngan cekodok ni actually bila lepas goreng, ia terasa ranggup kat bahagian yang sedikit keras, mungkin sebab letak tepung beras.. resepi ni memang mudah..pejam mata jer dah boleh buat.. Jom..Acu Cuba Try Test!!!



Bahan:
  • 10 biji pisang abu - mashed
  • 2 cawan tepung
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • minyak utk mengoreng




Cara-caranyer:-


Ayak tepung, baking powder dan tepung beras. Lenyekkan pisang sehingga hancur kemudian masukkan bahan yang diayak tadi bersama garam. Kacau sehingga sebati. Peramkan dalam 1/2 jam (Zue akan peramkan semalaman). Kemudian untuk menggoreng, macam biasa, panaskan minyak dan goreng hingga masak dan juga berwarna agak perang.

Monday, May 2

America moist choclate cake


Resepi yang diambil daripada Home Sweet Home, dapur Mamasya dan sumber asal dari FP Zahara. Memang easy dan sedap sangat kek ni. Actually kek ni adalah tempahan daripada member zue so try buat kelainan skit dengan menambahkan sedikit cheese ke dalam kek ni. Tapi kek ni terlampau banyak guna air dan minyak so cheesenyer menjadi ringan dan terapung ke atas. Bila ditebalikkan kek ni, cheese duduk kat bawah. Tp still rasa sodap sangat-sangat. So zue bagi 5 bintang atas kesedapan dan kelembutan kek ni..



BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula castor
3/4 serbuk koko
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 biji telur
1 cawan susu segar
1 cawan minyak jagung
1 tsp vanilla essence
1/2 sk garam 1 tsp Nescafe bersam 1 gelas air suam


Cara;:-

Ayak bahan * sekaligus
Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebih kurang 1 1/2 minit )
Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu. Yang ni pilihan sendiri.. zue letakkan cheese dalam adunan tadi.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.

resepi untuk cheese * (kalau suka letakkan)
250gm cheese
70gm gula castor
2 sudu lemon jus/perahan limau nipis

Pukul kesemua bahan sehingga kental.

Untuk ganache, Zue still guna resepi Home Sweet Home tapi zue tambahkan sedikit susu segar..
Bahan Topping/Ganache:-
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko (Van Houten)
1/2 cawan susu segar
secubit garam

Cara:-

Campurkan susu, susu segar, serbuk koko dan minyak. Masak atas api perlahan saja hingga pekat dan kacau selalu dengan whisker. Masukkan garam dan esen, kacau. Bila telah pekat dan berkilat (lebih kurang 10 minit), tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek.

*  Bila dah sejuk, Zue parutkan choclate hitam dan sedikit choclate putih atas kek tadi.
 

Designed By Izza sakura