Tuesday, January 10

MI SEDAP ala PATAYA

Assalamualaikum..
Sekali tengok macam paprik.. dua kali tengok inilah guphe gabungan telur dan mi sedap iaitu.. MI SEDAP ala PATAYA gitu.. Hmmmm... menjadi jugak resepi cubaanku ini.. 

Actually zue pernah buat mi sedap DISINI sebelum ni.. Kebetulan semalam tak tau nak masak apa so terus selongkar alamari dapur.. Ooo.. Ader lagi mi sedap ni.. Bila bagitau anak-anak nak buat mi sedap.. Dia orang so excited sebab dia orang suka jenis-jenis maggi ni.. Budak-budak katanyer..


Resepi yang sama pernah diN3kan..
Bahan-bahannya:- (3 orang makan )
4 peket mee sedap
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 st minyak masak
udang/sotong/daging ayam (potong kecil-kecil)
sayur-sayuran (zue guna sawi)
sedikit air

Hiasan
bawang goreng (sudah ada dalam mee sedap)
lada besar dipotong halus

 
Caranya:
    • Rebus dan toskan mi maggi
    • Tumis bawang putih dan bawang merah bersama sedikit minyak (walaupun kat dalam dah ada minyak siap untuk digaul, tapi zue lebih suka tumis lain sebab lagi wangi)
    • Masukkan sotong/udang/ ayam yang dipotong kecil-kecil. Kalau perlu masukkan sedikit air dan biarkan seketika sambil tutup tudung periuk)
    • Masukkan sayuran bersama mi maggi dan juga perencah mi maggi sedap dan gaul sehingga rata dan masak.
Pataya telur
2 biji telur
secubit garam
sedikit aji shio
sedikit minyak

Caranya:
  • Panaskan kuali yang leper atau lebih elok kuali buat burger
  • Dalam satu mangkuk pukul manja telur, garam dan aji shio sehingga sebati
  • Sedia ditebarkan pada kuali dengan cara meratakan telur tadi pada tempat yang tidak kena secara membentuk bulat (buatkan telur tersebut tebal untuk memudahkan ia membalut mi maggi).
  • Biarkan sehingga telur masak 
  • Masukkan mi maggi dan sedia dibalut.

Monday, January 9

BEEHOON SINGAPORE

Assalamualaikum...


Selamat Pagi..
Pagi ni zue nak share resepi BEHOON SINGAPORE atau behoon putih. Resepi yang amat mudah untuk dibuat.. Jom terjah.. 
Bahan-bahannya:

1/2 Behoon di rendam air dan ditoskan
2 ulas bawang putih-ditumbuk 
3 ulas bawang merah-ditumbuk 
1 sb udang kering-ditumbuk
 Bebola ayam -hiris nipis2
1 sudu kecil lada hitam-di tumbuk
sawi
taugeh
1/2 batang carrot-di parut kasar
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram
2 biji telur
Daun saderi untuk hiasan
Minyak secukupnya


Caranya:
  • Minyak dipanaskan dan gorengkan telur terlebih dahulu. Goreng dengan cara hancurkan di dalam kuali. Angkat dan ketepikan.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih dan udang kering bersama sedikit minyak. Biarkan sehingga naik bau.
  • Masukkan udang dan bebola ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.
  • Masukkan lada hitam ,sos tiram dan sedikit garam secukup rasa.
  • Masukkan mee hoon, taugeh dan carrot.
  • Last sekali goreng semuanya sehingga sebati dan masak.
  • Sebelum api ditutup, masukkan telur hancur tadi dan gaul rata, tutup api dan boleh la di tabur dengan hirisan daun saderi
Untuk rasa lebih pedas, boleh dimakan bersama kicap manis yang diblend kasar dengan lada jarum dan garam.

Sunday, January 8

CINNAMON PULL APART BREAD

Assalamualaikum..
Teruja betul bila buat roti menjadi.. Kali ni nak buat lagi.. Rasanyer dalam bulan ni kerja buat roti jer.. Tapi kalau nak buat roti kena buat hari cuti sebab ia memerlukan masa yang panjang untuk menaikkan dohnya tu.. Setakat sekejap jer naik jugak tapi tak lah sampai 2 kali ganda. 

Bila tengok dapur Madihaa ada CINNAMON PULL APART BREAD ni.. teruja nak mencuba.. tapi sebelum mencuba kena study dulu cara nak buat sebab bila sekali pandang macam susah jer nak membentuknyer.. tapi bila dah buat.. tak delah sesusah mana pun..

Ori Recipe: Joy the Baker
Disebabkan zue tak de BM (Bread Maker).. so zue guna resepi  manual..

Bahan-bahan:

200 gm tepung roti
100gm tepung gandum
6gm yeast
2 sk gula
140gm susu penuh krim disuamkan ~ Disebabkan stok susu tak de so zue guna susu tepung anak di campur bersama air suam
1 biji telur
1/2 sk garam
45gm butter
1/2 sk bread improver ~ Tak letak

Untuk filling
1/2 cawan gula perang
2 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon) 
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)
4 tbs butter - dicairkan sehingga menjadi brown

Caranya:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali butter
  • Putar dengan mixer pada kelajuan sederhana sehingga sebati atau menjadi doh
  • Masukkan butter dan putar lagi sehingga doh menjadi licin dan boleh dibentuk
  • Bulatkan doh
  • Tutup dengan kain basah yang bersih selama 45-60 minit atau sehingga doh naik 2 kali ganda.
  • Sementara menunggu doh naik boleh dibuat fillingnya
  • Panaskan butter sehingga menjadi perang
  • Campurkan gula perang, serbuk kayu manis dan serbuk buah pala.
  • Bila doh dah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin
  • Sedia dibentuk
  • Bahagikan kepada dua bahagian dan canaikan
  • Sapukan dengan butter cair. Tabur gula campuran tadi. Kerat kepada 6 bahagian. (Rujuk gambar no.1)
  • Susunkan ke enam2 kepingan tadi berlapis2. Potong lagi kepada 6 bahagian. (Rujuk gambar no.2)
  • Susun di dalam acuan yang telah disapu butter seperti dalam gambar. Tunggu lagi sehingga doh naik 2 kali ganda. (Rujuk gambar no.3 dan no.4)

  • Bila doh dah naik 2 kali ganda, bolehlah dimasukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan. 
  • Bakar selama 30 - 35 minit suhu 175C sehingga atasnya kelihatan perang keemasan. 
  • Boleh tutup bahagian atasnya dengan aluminium foil jika tak nak nampak hangus sangat bahagian atasnya kira2 selepas 20 minit di bakar.



Lagi sedap bila dimakan bersama jem atau cambell mushroom sup

Friday, January 6

NASI LEMAK IKAN AYA/TONGKOL

Assalamualaikum...
Apa sarapan di pagi jumaat ni?

Pagi tadi si Aqil bangun tanya mama.. 
Aqil:   Mama, ari ni last sekolahkan..?.. (Aik.. Mimpi apa anak aku ni?.. )
Mama: Ye lah.. Kenapa?..
Aqil:.. Abang boleh bangun lambat lah esok...
Ooo.. gitu rupanyer.. Sambil tu zue duk fikir sorang-sorang.. Issshhh.. Agaknyer anak laki camni lah.. Kalau si kakaknyer dulu elok jer bangun.. Mata pejam, tapi kaki dah masuk bilik air.. Yang si Aqil ni lak..puas gerak.. tak nak bangun-bangun.. Siap geletek lagi.. dia buat tak tau jer.. Alih-alih bagi tugas tu kat en hubby..

Jom..zue nak sharekan nasi lemak buatan sendiri...

Bahan-bahan untuk nasi:

2 cawan beras
1/2 cawan santan pekat + 1/2 cwn air **bergantung pada beras
1 helai daun pandan disimpul
secubit garam



Caranya:
  • Cuci beras dan masukkan ke dalam rice cooker
  • Masukkan bersama halia, santan pekat + air, daun pandan dan garam
  • Kacau sedikit bagi garam tu rata
  • Onkan rice cooker.
Bahan untuk kuah/sambal:

**2 ulas bawang merah
**2 ulas bawang besa
**2 ulas bawang putih
**1 gengam ikan bilis
** 1 batang serai
               ** diblend
2 sb cili boh
1 sb sos tiram
2 hiris asam keping (nak letak asam jawa pun boleh)
garam dan gula secukup rasa
sedikit belacan (tak letak pun tak per)
minyak untuk menggoreng

Bahan lain:
Ikan aya/tongkol dipotong 
Ikan bilis di goreng
timun
Caranya:
  • Ikan aya/tongkol digoreng sehingga separuh masak dan ketepikan
  • Tumis bahan-bahan yang diblend tadi sehingga naik bau
  • Masukkan cili boh bersama sos tiram dan asam keping dan kacau 
  • Lastly masukkan garam, gula dan sedikit belacan.
  • Kacau sehingga naik minyak dan barulah masukkan ikan tongkol/aya.
  • Biarkan kan seketika barulah ditutup api.
Actually ni nasi lemak ikan aya/tongkol ni adalah menu utama orang terengganu...

Wednesday, January 4

GARLIC ROLL


Hari ni bercuti semata-mata nak uruskan persekolah anak yang masuk Tadika.. Lega rasanyer bila hantar si Aqil.. dia tak nangis.. Tapi bagi janji manis nak beli mainan peberet dia Thomas takut dia buat perangai.. Agaknyer dia pegang janji, tu yang tak nangis.. Lepas hantar dia terus zue n en hubby pergi ke Tesco.. Semata-mata nak cari Thomas dia.. Kalau tak beli nanti dituntut.. susah pulak.. Alang-alang ke Tesco terus jenguk bahagian elektrik sebab semalam tengok CMG bagitau dalam FB dia, bread maker rm199 kat TESCO.. So zue bagitau En hubby.. cam berkenan jer.. tapi dia kata.. tak yah lah susah-susah nak buat.. kita gi beli kat kedai mamak sudahlah.. Alamakkk.. Laki aku ni.. bukannyer nak bagi support kat bini.. huhuhu.. So simpan jerlah niat dihati ni.. Bila dah settle beli barang, tepat-tepat pukul 12 tengahari terus gi ambik si Aqil.. Perkara yang pertama diberitahu bila dia masuk dalam kereta ialah.. mama.. cantik betul cikgu yang pakai baju kuning.. Alamakkkk... anakku..:)

Balik rumah terus jer turun dapur masak untuk En hubby.. sebelum en hubby ke tempat kerja .. Bila en hubby berangkat.. Apalagi.. bersilat ler.. melepaskan hasrat terpendam... GARLIC ROLL.. tak dapat beli bread maker pun tak per.. kita bread maker secara manual jer lah.. 

Tq.. Kak Ita masam manis.. so delicious..!!! Bila bakar tu bau wangi satu rumah.. Bila makan tu.. Perhhh.. memang berbaloilah buat resepi ni.. Tapi zue sedikit menderhaka .. zue tambah cheese dalam adunan garlic tu.. Saja nak habiskan cheese.. Pastu bila makan lak zue makan ngan jem strawberry.. Alamakk.. betul-betul sedap..Berbaloi-baloi..

Bahan-bahannya:

 

3 cawan tepung gandum ~ ita guna tepung roti ~ ikut k.ita
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil ~ ita letak 2 ~ ikut kak ita





Caranya:
  • Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
  • Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
  • Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
  • Doh akan naik sekali ganda
  • Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
  • Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
  • Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
  • Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
  • Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
  • Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
  • Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
  • Kita akan mendapat 8 potongan doh
  • Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
  • tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
  • Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
  • Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
  • Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit


GARLIC ROLL

By : Suhana
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok ketumbar ~ dicincang halus
2 sb cream cheese ~ zue tambah
secubit garam
sedikit lada hitam kisar 
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.
**Semua ikut cara kak ita



Lagi best bila di sapu dengan jem strawberry..Emmm....Yummy...!!!
Comform pasni buat lagi..!!
Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan

Monday, January 2

DONUT LABU..sarapan dihari cuti.

Assalamualaikum...

Sarapan apa pagi ni?.. Hari ni mood bercuti lagi... Bestlah duk rumah buat sarapan untuk family ni.. Uols sarapan apa?..Zue buatkan donut labu.. Dah banyak kali buat try resepi donut ni.. memang best.. Lagipun jenis-jenis donut ni memang peberet kami sekeluarga.. 

Jom layan resepi ni..
Sumber: Dapur MaDiHaA
Bahannya:

  • 1 cawan isi labu dilenyek/diblend
  • 1 cwn air suam (campur sekali ngan yis)
  • 2 sk yis/ mauripan
  • 1/4 cwn susu pekat manis
  • 2 sb minyak
  • 2 sb gula
  • 620 gm tepung gandum - kalau  adunan lembik boleh ditambah
  • secubit garam
Bahan lain:
  • Minyak untuk menggoreng
  • Gula Aising/castor untuk menyalutnya

Caranya:

  1. Campurkan mauripan dengan air suam (air jangan terlalu panas nanti yis mati)
  2. Blend/lenyekkan labu tadi dan masukkan susu pekat manis, gula, garam dan minyak masak. Gaul sehingga sebati
  3. Masukkan tepung gandum dan gaul lagi.
  4. Masukkan air bancuhan yis tadi sedikit demi sedikit dan gaul.. Sekiranya terlebih cair masukkan tepung sedikit.
  5. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan 
  6. Bulatkan doh dan tutup dengan tuala lembap sehingga doh naik sekali ganda (agak2 dalam setengah jam)


Cara membentuk doh:

  1. Tumbuh doh yang dah naik sehingga keluar angin. Jika doh melekat boleh disalut dengan sedikit minya masak untuk membentuk doh.
  2. Guna acuan donut untuk membentuk doh. Susun dalam dulang yang disapu minyak atau ditabur tepung. Jarakkan antara satu sama lain agar tidak melekat.
  3. Sedia digoreng.. goreng dengan api yang sederhana sehingga donut menjadi sedikit kekuningan
  4. Sejukkan dan sedia di salut dengan gula aising/kastor.

Sunday, January 1

COTTON LIGHT CHEESE KEK

Selamat tahun baru 2012..

Semoga tahun 2012 membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada kita semua. N3 pertama yang nak zue sharekan hari ni ialah COTTON LIGHT CHEESE KEK.. Nak buat kek ni senang tapi nak jadi yang betul-betul ringan dan perfect tu susah.. Berapa kali zue buat, mesti ia tak menjadi gebu. Tetiba kali ni buat menjadi pulak.. Agaknyer kek ni nak sambut tahun baru tu.. huhuhu..

Sambil menonton Astro First.. OMBAK RINDU.. Jom layan resepi ni..
sumber: Mat Gebu
Bahannya:

6 keping cheddar cheese
300ml susu segar
3 biji telur gred A
1 sk esen vanila
90gm gula halus
110gm tepung gandum
110gm mentega/marjerin
Strawberry filling

Caranya:-
  • koyakkan ciz kecil2 dan campurkan dgn 300ml susu segar, masak dengan api perlahan, kacau selalu. Masukkan butter dan tutup api.
  • Asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dengan gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. Ketepikan
  • Pukul telur merah hingga kembang, masukkan dalam adunan ciz tadi ( no 1 ).
  • Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit, kacau perlahan. 
  • Kemudian masukkan esen vanila dan kacau lagi.
  • Sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

  • Lapik acuan kemudian griskan dan tuang adunan ke dalam acuan.
  • Atasnyer picitkan strawberry filling atas kek tersebut.
  • Bakar pada suhu 175c secara bain marie (letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yang berisi air panas ketika membakar selama 50 minit bergantung pada oven masing-masing.

 

Designed By Izza sakura