Monday, February 27

IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS

Minggu lepas adalah hari minggu yang paling sibuk.. Kenduri banyak..pastu kena buat overtime kat opis.. Sekolah anak pulak ada mesyuarat PIBG.. Rasa cam tak terkejar nak buat semua tu.. Itu tak termasuk lagi nak buat kerja rumah.. Apa-apa pun still lagi zue nak share resepi yang dicilok dalam tenet..sorylak ownernyer tapi di masak mengikut selera sendiri iaitu IKAN BAWAL MASAK MASAM MANIS.

BAHANNYA:

1 ekor ikan Bawal - dibersihkan
**Dikelar dan diletak garam dan kunyit kemudian digoreng

2 biji lada besar
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 cm halia
sedikit kacang ABC
* boleh juga ditambah nenas dalam tin atau yang fresh.

BAHAN UNTUK SOS:

1 cawan air
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos nampla(sos ikan)
1 sudu besar kicap sotong
1 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis


Caranya:
  • Panaskan minyak
  • Tumis bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga layu dan naik bau
  • masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram bersama air dan kacau.
  • Kemudian masukkan kacang ABC bersama nenas dalam tin (yg ni zue x letak). Kacau dan biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan air limau nipis, sos nampla, kicap sotong, kicap, lada besar dihiris halus, garam dan gula.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Sedia dituangkan atas ikan.

Saturday, February 25

MUFFIN COKLAT KUKUS

Semalam zue dapat tempahan muffin coklat sebanyak 200 biji dari opismate...Dah lama tak me'muffin'kan diri ni.. Dah lah member tu nak hari jumaat..so malam khamis dah kena buat.. letih tu... balik keje pun dah petang.. nak start membaking mesti lepas maghrib..nak abis pukul brape tu.. esoklak nak keje..tapi zue gagahkan diri jugak...

Muffin ni zue lupa ambik resepi dari mana.. tapi zue pernah buatkannya DI SINI. So far customer puas hati..
Bahannya:

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B: 
**Di ayak

**1 1/4 cawan tepung gandum
**1 st soda bikarbonat
**1 st baiking powder
**1 st esen vanila
3 biji telur
Caranya:

  • Masukkan bahan A di atas api sederhana
  • pukul telur sehingga kembang (zue blend jer)
  • campurkan bahan A yang dimasak ke dalam telur yang kembang beserta masukkan esen vanila
  • Pukul sehingga kembang
  • Masukkan bahan yang di ayak tadi dan gaul sehingga sebati
  • masukkan dalam cup dan kukus selama 10-15 minit.

Wednesday, February 22

TAT TELUR

Hari tu Zue ada mengentrykan resepi TAT TELUR PORTUGIS..Kali ni zue nak share pulak resepi TAT TELUR yang menggunakan shell yang dibuat sendiri. Antara banyak-banyak resepi untuk shellnya, zue lebih suka menggunakan resepi dari Azlita kitchen.

Bagi resepi telur dalamnya, zue menggunakan resepi daripada hanis@myresepi.com
Tart Crust / Shell


Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170'C atau sehingga masak.
Fillingnya:
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sb tepung kastad
1/2 sk esen vanila
pewarna kuning

Caranya:
  • Campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga sebati.

Sunday, February 19

KEK BATIK ARORA

Jom kita membatik lak ari ni.. Tergoda betul kat ramai blogger masakan yang membuat kek batik arora ni. Memang betul-betul cantik.. Gabungan kalernyer ala-ala batik gitu. Mula-mula terpandang dapur kak ita masam manis.. Pastu CMG.. pastu.. emm...ramai gak.. Ini betul-betul mengoda diriku.. So apa lagi.. buat lah projek membaking untuk makan petang.. Sempat lagi tu sedekahkan jiran kiri kanan untuk merasa kesedapan kek ni.
    Untuk resepi ni, ia menggunakan 5 pewarna so zue guna warna biru digabungkan dengan perisa blueberi, pewarna kuning untuk perisa jagung, warna koko untuk perisa coklat emalco, warna hijau dengan perisa pandan dan warna merah dengan perisa stawberry.

    Dengan pelbagai warna dan pelbagai perisa, ia membangkitkan rasa lagi kesedapan kek ni.. 


    KEK BATIK ARORA

    Resepi: De Nuanza
    sumber : kak ita


    Bahannya:- 
    (loyang petak 8 inci)


    250 g mentega
    100 gram gula castor
    1/2 cawan susu pekat manis
    250 g tepung gandum
    6 biji telur
    2 sudu teh baking powder
    5 jenis pewarna dan perisa

    Caranya:-
    • Gris dan alaskan loyang dengan baking sheet, ketepikan.
    • Pukul mentega bersama gula sampai kembang memutih.
    • Masukkan susu pekat manis dan pukul sebati.
    • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga sebati.
    • Sementera itu, ayak tepung bersama baking powder, kemudian masukkan kedalam adunan dan pukul lagi sampai adunan sebati (guna speed sederhana perlahan)
    • Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan atau perisakan ikut kesukaan.

    • Tompok-tompokkan setiap warna dlm loyang sampai habis atau ikut kreativiti masing-masing (*Zue tompokkan menggunakan sudu besar setiap adunan, atur selang seli atas setiap tompokan).
    • Bakar kek ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160-180 darjah celsius selama 45 minit - 1 jam (Zue bakar pd suhu 165 C selama 50 minit).

    SELAMAT MENCUBA ^___^

    Thursday, February 16

    PIZZA homemade

    Rasanya dekat 1 minggu tak update blog.. Buzy ngan tugas harian katakan. Yang ni Zue nak share N3 berkenaan dengan Pizza seafood yang diambil daripada Dari Dapur Wanita dengan mengikut citarasa zue sendiri. Jom kita layan..
    Bahan untuk Doh:
    280 gm tepung berprotein tinggi ~ zue guna tepung gandum jer
    15 gm butter
    1 sk gula
    1 sk susu tepung penuh krim
    1 sk garam
    180 ml air sejuk daripada peti ais/ guna air suam
    1 sk yis segera


    Bahan untuk topping:

    Udang
    Sosej
    Sos Pizza
    Capsicum
    Cendawan
    Buah tomato
    Parutan keju Cheddar dan Mozarella

    **Bergantung pada selera masing-masing
    Cara membuat pizza:
    1. Gaulkan tepung dengan yis dalam mangkuk adunan
    2. Larutkan gula dan garam di dalam air.
    3. Cairkan butter.
    4. Kemudian masukkan butter ke dalam adunan dan gaul hingga sebati dan licin
    5. Uli di atas permukaan yang rata dan taburkan sedikit tepung dan uli hingga licin dan tidak melekat.
    6. Bulatkan doh tersebut dan simpan dalam mangkuk lenser dengan sedikit minyak dan ditutup dengan cling film.
    7. Biarkan ia mengembang lebih kurang 40-60 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda.
    8. Kemudian uli semula adunan untuk mengeluarkan angin dan bahagikan adunan kepada dua bahagian.
    9. Canaikan adunan tadi menjadi leper dan ikut saiz atau bentuk yang disukai.
    10. Letakkan adunan tersebut dengan garfu supaya ianya tidak mengelembung semasa dibakar.
    11. Sapukan sos pizza di atas permukaan pizza.
    12. Taburkan 1/3 keju dan bahan topping mengikut selera masing-masing dan taburkan keju sekali lagi di atasnya.
    13. Bakar dalam suhu180'c kira-kira 15 minit

    Sekiranya tiada sos pizza boleh dibuat sendiri sosnya.

    Resepi sos pizza
    1 labu bawang besar
    2 ulas bawang putih
    2 sb minyak masak
    2 biji buah tomato puri
    2 sb sos tomato
    3/4 sk gula
    1 sk oregano
    garam secukup rasa

    Cara membuat sos

    • Panaskan minyak
    • Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu
    • Masukkan buah tomato, sos tomato, tomato puri,oregano, gula dan garam
    • Kacau sehingga pekat.

    Monday, February 13

    CUCOQ IKAN BILIS BERSAMA UDANG

    Dah tengahari rupanya.. Tapi tak sempat nak upload awal pagi so zue upload lewat pun tak pelah.. janji ada N3 hari ni.. Ikutnya berlambak N3 yang tertunggak di 'save' kat blog ni.... Semangat nak membaking tu ada tapi nak photoshoot, mengarang dan menaip resepi tu yang kureng rajin semenjak dua menjak ni.. Tapi kalau tak ada apa-apa N3 rasa tak lengkap lak.. 

    Daripada tak de apa nak share so hari ni zue share gak CUCOQ IKAN BILIS DAN UDANG

    Sumber: Zue@tarabozu

    Bahannya:
    200 gm tepung gandum
    4 biji bawang kecil dimayang halus
    segengam ikan bilis
    segengam udang geragau
    garam secukup rasa
    2 sb mentega
    air secukupnya
    daun kucai ~ dipotong dlm stgh inci
    minyak ~ untuk menggoreng
    Caranya:
    • Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam satu bekas
    • Gaulkan kesemua bahan tadi sehingga sebati
    • Panaskan minyak
    • Jemputkan sedikit (ikut saiz yg dikehendaki) menggunakan tangan atau sudu ke dalam minyak yang dah panas
    • Bila sudah garing sedia di angkat

    **Kalau udang atau bilis tu nak ditumbuk pun lagi sedap
    **Zue lebih suka jemput menggunakan tangan.. kata orang tua air tangan isteri untuk suami dan anaknya adalah punca makanan itu sedap.
    **cicah dengan sos cili thai...emmm..sedap tu..
                                               ^___^

    Saturday, February 11

    GOEW CHEW BROWNIES

    Assalamualaikum..
    Selamat malam.. selamat berhari minggu...Emm.. Sambil tengok games Terengganu lawan Kelantan sambil up date blog. Kebetulan ari ni semangat nak membaking datang so try buat resepi brownies yang dah berkurun lama disimpan resepinya. 

    Resepi brownies ni agak mudah... Rasanya pun sedap.. ala-ala congo bar ari tu.. Malas dah nak berfikir terus kita singgah tengok resepinya..
    Bahannya:
    125 gm butter
    200 gm dark coklat (guna van houten memang sedap)
    3 biji telur
    1 1/2 cawan gula kaster 
    1 st vanila esen
    1 1/2 cwn tepung gandum ~ di ayak
    1/3 cwn serbuk koko ~ di ayak
    2 cwn kekacang pilihan ~ zue guna badam, biji matahari dan walnuts
    Caranya:

    • Panaskan oven pada 180'c. Guna loyang ukuran 8x11 yang disapu dengan mentega dan di letak baking paper.
    • Double boilkan butter bersama dark coklat sehingga cair kemudian masukkan gula caster dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 
    • Alihkan periuk daripada air double boiler tersebut.
    • Masukkan telur dan pukul sehingga sebati. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
    • Masukkan tepung gandum bersama serbuk koko yang di ayak tadi dan pukul sehingga sebati
    • Masukkan kekacang dan pukul lagi
    • Masukkan dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak
    • Selepas keluar dari loyang, terus potong sebab susah kalau potong waktu sejuk menyebabkan ia pecah.

    ....Memang sedap kalau tak percaya try buat......
    ^____^
     

    Designed By Izza sakura