Sunday, January 23

KEK COKLAT MOIST


Resepi ni merupakan resepi daripada munira baharum..Memang sedap dan moist..cara nak buat amat mudah dan kosnyer pun tak delah mahal.. Actually kalau pakai serbuk koko brand van houten.. memang sedap.. tapi mahal skitlah kosnyer.... Actually resepi ni zue kurangkan  gula dalam kek ni memandangkan topping coklatnyer yang dah sedia manis.

SUMBER:MUNIRA BAHAROM


Bahannya;


2 biji telor
1 cwn serbok koko
1 1/2 cwn gula kastor (zue guna 1 cwn jer)
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
2 cwn tepong gandum
1 s/k soda bikabonat
1 s/k baking powder
1 s/k vanilla
1/2 cwn air panas




caranya;
  1. Ayak tepung gandum dgn koko, soda dan baking powder bersama soda bikabonat kemudian pukul telor bersama gula sehingga betul-betul kembang. 
  2. kemudian masukkan susu dan kacau lagi. 
  3. Seterusnya masuk minyak dan kacau sehingga sebati. 
  4. Jangan lupa untuk masukkan esen vanila untuk hilangkan bau hanyir telur dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung yang dah diayak tadi dengan sedikit demi sedikit sehingga habis. 
  6. Lastly masukkan air panas dan pukul dengan mixer sehingga betul-betul sebati.

  • Untuk loyang perlu sapukan dengan marjerin.
  • Adunan tadi barulah dimasukkan dan dibakar selama 1 jam untuk 170'c suhunyer.
  • kek dah masak dihias mengikut citarasa sendiri...


untuk topping


200gm coklat masakan
4 sudu besar air panas
1 sudu besar butter (untuk kilatkan)
sedikit esen vanilla



  • masak adalah secara double boiler semua bahan-bahan tadi sehingga cair dan sebati
  • sejukkan dan sedia dideko.

Saturday, January 22

APAM POLKA DOT




Apam Polka Dot ni memang cantekk dan qute. Untuk membuatnya sedikit remeh dan memerlukan ketelitian terutamanyer untuk buatkan dot-dotnyer. Alhamdulillah setelah 2 kali percubaan zue berjaya membuatnya dengan penuh rasa syok sendiri. Sebabnyer, kalau kita buat sesuatu menda especially tang buat kuih ni, kalau tak menjadi timbul rasa frust sangat-sangat, pastu serik nak buat lagi.. Tapi kali ni zue tak serik so zue buat lagi sehingga menjadi.. so inilah hasilnyer...so..sweet!!!


Bahan-bahannya :

3 biji telur sejuk dari peti ais
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150ml susu segar @ 150ml air + 5 scoop susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalete
filling blueberry/ jem strawberry/ coklat yg di double boiler campur ngan susu cair
Pewarna ikut pilihan sendiri

perisa ikut selera sendiri




Caranya :
Mula-mula pukul telur, gula castor dan ovalete sehingga kembang. Kemudian masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder berselang dengan susu cair dan pukul dengan kelajuan maxima 6-8 minit sehingga kembang.


Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan titiskan pewarna bersama perisa. Contoh yang zue buat pewarna merah zue masukkan perisa strawberry dan hijau perisa pandan. Kemudian masukkan setiap warna dalam piping bag dan bolehlah dipicitkan adunan separuh ke dalam mangkuk kertas. Masukkan jem/filling dan tutupkan kembali dengan separuh lagi adunan dalam 3/4 penuh daripada cup plastik tersebut.





Untuk dot-dotkan apam tadi, Zue akan picitkan sedikit saja dengan warna yang berlainan di atas apam tadi.

APAM AISKRIM SODA




Dah lama teringin buat resepi apam mekar ni. tapi kesibukan melanda dan bercampur dengan ketakberkesempatannyer dan lagi satu selalu kalau pergi kedai lupa nak beli aiskrim soda (sebab resepi ni guna aiskrim soda). So tetiba jer ari minggu (sabtu) yang kebetulan hari cuti baru boleh nak buat apam ni. So zue try buat ari ni.. so sweet n gebus sesangat2..sampai bila nak potong lembut sampai nak sedikit lerai.. huhuhu..



250gm tpg gandum
180 gm gula castor
2bj telur
1 sudu esen vanilla
1 sudu ovelette
1 cwn aiskrim soda

cara:
Masukkan gula,telur, esen vanilla dan ovellete kemudian pukul sampai kembang (adunan menjadi putih). Selepas tu, Masukkan tepung gandum berselang seli ngan aiskrim soda. Dan gaul sampai rata. Lastly kukus selama 15 minit.

Tuesday, January 18

Bluebbery cheese tat

Dulu suka sangat beli cheese tat ni..bila buka dalam ruangan my resepi ada cara nak buat nya so apa lagi..try jelah.. 1st try dah menjadi so excited sangat2..untuk sahabat-sahabat yang belum mencuba silakan.. mudah sangat!



Bahan-bahan ( 10 biji )

Bahan untuk Sweet Pastry:-
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum
Bahan untuk Cheese Filling(inti):-
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
Untuk membuat sweet pastry: -pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit (ikut oven kita). Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart.
Untuk membuat cheese filling: -pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sendukkan cheese filling tadi kedalam piping bag dan pipekan kedalam doh tart yang sudah dibakar tadi. Hiaskan diatas dengan blueberry filling dan susun diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 180 C selama 10 minit atau filling tadi nampak macam kering sedikit.





Sunday, January 9

KARIPAP





Bahan-bahan untuk 20 biji karipap:
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 sudu besar marjerin atau minyak panas
  • 5 biji ubi merah/kentang
  • 1 paket kari daging
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ketul isis ayam (dada) - potong dadu kecil-kecil
  • sedikit gula dan garam
Cara-cara:
  • Uli tepung bersama marjerin yang dipanaskan dan juga masukkan garam. kemudian canaikan sehingga menjadi doh
  • Simpan dalam peti ais (petua untuk ranggup) - sebaik2 nya semalaman
Cara buat inti:
  • potong ubi merah/kentang dan ayam
  • panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, yang telah ditumbuk
  • bancuh kari dan masukkan ke dalam tumisan
  • masukkan ubi merah/kentang, ayam, gula dan garam
  • masak hingga ubi merah/kentang lembut dan pekat dan menjadi kering
Sedia untuk buat karipap samaada dengan menggunakan acuan atau mengelim dengan menggunakan tangan.




Wednesday, January 5

Marble Chocolate Cheesecake





Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.
 

Designed By Izza sakura