Dah masuk musim hujan ni..pagi cerah, petang hujan..sib baik ari ni ari cuti.. Leh lak menqada' tido banyak-banyak.. Tapi tak leh nak lama-lama memandangkan banyak 'tugasan' menanti di dapur dan di rumah.. Adoyai.. inilah perempuan, ibu dan isteri.. kira 3 dalam satu lah tu.. saja je nak menceceh ni.. sebab tak de idea ni..
Hari ni zue malas nak masak sebab hubby ajak makan steamboat kat seoul garden.. dah lama tak makan kat situ.. dia punya steamboat macam-macam ader.. memang puas hati pergi sana daripada steamboat tempat lain. Puding Roti Berkastad ni zue buat semalam sebelum tido.. Actually ni adalah resepi daripada kak Nani Blog Model 80-an. Memang zue sangat-sangat suka blog dia sebab dia banyak bercerita kehidupan harian dia dengan anak-anak dia yang berjaya.. dia lak memang pandai masak dan tak kedekut ilmu.. Roti puding berkastad ni adalah resepi yang paling sedap antara resepi yang sama zue pernah ambil dan buat dalam internet ni..Agaknyer gabungan whipping cream dan roti butter scotch yang digunakan dalam resepi ni yang menjadi teramat sedap kot!... Try lah kalau tak percaya..
Bahan-bahan:-
Roti 10 keping (nak sedap guna roti butter seperti butter scotch)
2 cawan susu full cream
2 cawan whipping cream
1 cawan gula
6 biji telur
1 tsb esen vanila
4 tsb butter
kismis (agak-agak)
1 tsb serbuk kayu manis
badam cincang (agak-agak)
Caranya:- Sapukan butter pada dasar mangkuk kaserol/loyang
- Susun roti di atasnya.
- Pukul telur sehingga sebati dan ketepikannya.
- Tuangkan bancuhan seperi susu, whipping cream, gula, esen vanila dan telur yang dipukul tadi.
- Biarkan roti kembang selam 30 minit.
- Selepas kembang, taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka letakkan sedikit brown sugar.
- Taburkan sedikit badam cincang. (zue sj letak)
- Panaskan oven dan bakar selama 30 minit pada suhu 160c
bahan-bahan:-
1 liter susu full cream
gula secukup rasa
tepung jagung (agak-agak untuk likatkannya)
1 sk esen vanila
caranya:
Panaskan susu full cream bersama gula mengikut manis yang diingini.
Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Masukkan esen vanila
kacau sehingga halus dan likat
sejukkan
4 comments:
as-salam
sedapnye pudding roti ni..npk menyelerakan..
wslm.. ady
resepi memang comform sedap.. trylah..
salam.
nak cubalah..menarik.
wslm haniaiman..
trylah..dijamin sedap mcm hotel punya..
Post a Comment