Assalamualaikum...
Projek hari ni ialah kek CONGO BARS.. Tetiba hari ni semangat berkobar-kobar lak nak buat.. Hari jumaat lepas print daripada dapur kak nor Secubit Garam..
Rasanya memang sedap.. mungkin disebabkan adernyer kekacang yang banyak kat dalam tu.. Dalam resepi ni zue guna kekacang yang ader kat dapur seperti walnut, almonds, biji matahari, coklat chip dan zue tambah sedikit buah prune yang dihiris kasar..
Sumber: Kak Nor Secubit Garam
Bahannya:
315gm tepung gandun
2 1/2 sk baiking powder
1/2 sk garam
150gm butter
200gm gula perang (resepi asal 453gm)
3 biji telur
1 sk esen vanila
250gm coklat chips
1 cawan kekacang (zue guna~ walnut, almonds dan biji matahari)
7-8 biji buah prunes (zue tambah)
Caranya:
- Ayak tepung, baiking powder dan garam dalam satu bekas dan ketepikan.
- Dalam bekas lain, masukkan gula perang bersama mentega dan kacau sehingga butter melarut
- Masukkan telur sebiji hingga sebiji dan pukul sehingga sebati
- Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
- Masukkan bahan kering yang diayak tadi dan kacau rata.
- Akhir sekali masukkan kekacang bersama coklat chips dan buah prunes dan gaul sempurna.
- Tuangkan dalam loyang ukuran 13 x 9 yang digriskan dengan butter dan di alas dengan kertas minyak dan ratakan permukaannya.
- Taburkan permukaan adunan dengan kepingan badam dan coklat chips.
- Bakar pada suhu 170'c selama lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. (Jangan terlebih bakar)
Resepi ni amat mudah dan rasanya pun sedap.. nak kata kek buah tak macam kek buah.. nak kata brownies.. pun bukan brownies..yang pasti ini adalah congo bars
6 comments:
Assalamualaikum...
Salam kenal, singgah dari skybluekitchen. Teringin nak buat tapi takde org nak makan.
zue.. sedapnyer congo bars! mesti lg sedap yg zue buat sbb ada banyak kekacang dlm tu.. kalau dpt buat nipis sket lagi sedap tu.. :)
Waalaikumusalam...Kak Sam..
Selamat berkenalan..
K.Nor...
Congo Bars ni memang sedap..sbb ader kekacang dlm tu.. Ooo.. klu nipis lg sedap ye... nanti nak try wat versi nipis lak.. tq..tunjuk ajar mu SIFU.. :)
nampak sedap
As'salam Zue
k.ct tak pernah lagi buat congo bars ni. nanti nak gak merasalah Zue. Tapi memang betul kata Nor, kalau buat lagi nipis lagi sedap rasa dan kerangupannya erk..bolehlah cuba juga nanti..insya'Allah
norlieharumaini... tq
W/salam k.ct..
Betul tu.. Itu yang dinamakan Congo Bars.. ni jadi ala-ala kek congo bars pulak.. huhuhu..
Post a Comment