Friday, April 14

AGAR-AGAR PUDING KOKTAIL



Assalamualaikum...

Imagingkan bulan puasa makan agar-agar koktail.. Perhh.. Rasa tengok nasi pun dah kenyang. Kebiasaan orang buat air kan untuk puding koktail so hari ni i nak buat agar-agar. Alaa.. rasa sama je jer.. sedappp....

p/s: my list recipe for mubarak..



AGAR-AGAR PUDING KOKTAIL


Bahan-Bahan:

  • 1 bungkus atau 20g agar-agar bertali
  • 900 ml air
  • 1 tin koktel buah-buahan
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan




Cara Penyediaan:

  1. Basuh agar-agar dan rebus bersama air sehingga larut.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, daun pandan dan buah-buahan koktel berserta airnya sekali.
  3. Masukkan susu cair dan masak di atas api yang perlahan hingga 2-3 minit.
  4. Tuang di dalam loyang dan sejukkan.

SIAKAP MASAK KICAP MAHSURI




Assalamualaikum...

I have a lot of my recipe still not publish so this recipe is one of the draf in my blog. Hari ni nak sementara free tak de kerja i will share resepi yang dah bersawang and di buat tahun lepas. Kebetulan hari tu ada peraduan guna kicap mahsuri.. Tak de makna nak menang tapi just seronok2 je masuk. So i mix and match lah mana2 resepi dengan guna kicap mahsuri.. Hasilnya sangat sedap.. 






Ikan Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor Ikan bawal emas - lumur garam kunyit dan goreng
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/hijau - hiris
1 batang daun sadri/daun bawang - hiris
1 batang kulit kayu manis - opsyenal

Bahan bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis pedas MAHSURI
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit gula





Bahan bahan kisar:
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak.

Masukkan semua bahan sos seperti kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk berkuah.

Setelah mendidih, bawang besar dan cili hidup. Saya guna cili hijau solok dari Kelantan. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Thursday, April 13

NASI MANDI ARABIKA READY MADE


Assalamualaikum...

Dah lunch ke? Zue tak rehat lagi ni. Still kat opis buat keje. (sambil mengarang blog...Ahaks!!). Jap lagi pukul 1 baru boleh lunch. Duk fikir nak makan apa tengahari ni. Tetiba teringat kat entry pasal nasi mandy yang duk draf hampir 2 minggu ni. Actually hari tu balik kampung di Terengganu kebetulan singgah kat pasaraya SABASUN, tengok ader jual 2 in 1 punya rempah ratus. Saja try beli sebab nak rasa. 2 minggu lepas tu buatlah sebab mak mertua datang rumah. Tak sangka dapat pujian, siap mak mertua tanya resepi.. Hahahaaa... finally ngaku jugak ni 2 in 1 punya rempah.. So apalagi dapat pesanan ler bila nak balik Terengganu next time.

Actually kat belakang tu dah ada resepi untuk buat tapi cam biasa sesuka hati zue autakan diapunya intipati.. (^-0)


NASI MANDY ARABIKA

Bahan untuk ayam:

1 ekor ayam ~ dipotong (sederhana besar) dan di cuci bersih


Rempah NASI MANDY ARABIKA (Guna separuh jer)

2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
Garam secukup rasa


Caranya:

  • Gaul rata ayam dengan rempah nasi mandy arabica dan perapkan dalam 15 minit.
  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. 
  • Balutkan ayam dengan aluminium foil
  • Bakar ayam tersebut  pada suhu 250'c selama 1jam. 
  • Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Nasi

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar butter
4 1/2 cawan air atau secukupnya


1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus 
1/3 cwn kismis 
Rempah nasi mandy arabica (separuh lagi yang tinggal)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.


Cara penyediaan nasi:

  • Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau. 
  • Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
  • Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker.
  • Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan foil. 
  • Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. 
  • Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
 

5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris 
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus 
Garam 
Gula 
Perahan lemon. 

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.



Bahan - bahan rempah kabsa:
1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit




Cara penyediaan:
  • Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  • Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


ASAM GUMPAL


Assalamualaikum...

Pernah makan asam gumpal tak?... ni makanan sebelah pantai timur.. kira dessertlah.. Rasa sangat sedap.. Sesuai untuk orang yang panas badan, ada ulser dalam mulut sbb ada sagu penyejuk badan. Sangat mudah untuk membuat. Jom tengok apa resepinya.



ASAM GUMPAL

Bahan
500 gm sagu mata ikan
1 biji kelapa [3 cawan santan]
1 s/b halba
2 cm halia [hiris]
2 ulas bawang merah [hiris]
1 cawan kacang hijau yang dibuang kulit
1 cawan gula


 


Caranya:

  • Kacang hijau direbus sehingga empok dan nampak pecah.
  • Bila nampak agak kering masukkan gula dan kacau sehingga kering betul.
  • Tutup api dan biarkan sejuk.
  • Bulatkan inti kacang hijau dan ketepikan.
  • Sagu direndamkan dan toskan. Siramkan dengan air panas dan kacau rata.
  • Kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.
  • Letakkan dalam kukusan. Kukuskan sagu sehingga masak.[lebih kurang 20 minit]
  • Masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dengan api perlahan sehingga mendideh.
  • Masukkan sagu dan masakkan sebentar.
  • Sejukkan dan hidangkan

Tuesday, April 11

AYAM ROASTED BERSAMA NASI AYAM PANDAN



Assalamualaikum....

Hari ni tiba2 nak up date blog.. banyak sangat yang tak compose salah satunya AYAM ROASTED bersama NASI AYAM PANDAN.

Masalah betul nak update blog.. Rajin tu dah x de. Harap kat opis internet slow. Kat umah x de masa layan si wiwin.

Takpe lah nak share sedikit apa yang sis masak hari tu.. Rasa sangat sedap.. Lumayannn..




AYAM ROASTED BERSAMA NASI AYAM PANDAN

sumber:   HANA MEMORIES


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



Cara-cara:
  • Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam.
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


NASI AYAM PANDAN

BAHAN-BAHANNYA :

3 pot beras basmathi
Air *mengikut sukatan beras yang anda gunakan, + 4 helai daun pandan dan kisar lalu tapis airnya
sedikit garam


BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *mayang
4 ulas bawang putih *hiris
2 cm halia *hiris
1 helai daun salam/bay leaf
2 kiub Sayur *knoor
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan dada ayam dan kacau sebati.

Masukkan air pandan dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan beras dan kacau sebati.
Tanak sehingga beras masak
Angkat dan hidangkan

Wednesday, October 5

TALAM UBI KAYU LAPIS SAGU




Hari tu ada pergi kenduri kat satu rumah. Sedap betul dia buat kuih ni. 1st time makan dah jatuh hati. Try google kat dalam internet just ada yang versi ubi kayu 100% je.. So hakak try n error buat sendiri versi mix ngan sagu. Serius.. menjadi dan sedap sangat dengan 2 gabungan ni. Korang try buat pulak. Kuih ni ada 3 lapis tau (3 warna). Yang bawah sekali tu sagu. Yang tengah dan atas ubi kayu. Rasa bila makan bertambah-tambah pulak.




TALAM  UBI KAYU LAPIS SAGU

  • 1/2kg ubi kayu - buang urat tengah dan potong saiz kecil
  • 3/4 cawan air - untuk kisar ubi
  • 1/2 cawan + 2 sudu besar gula halus
  • 120ml santan cair
  • secubit garam
  • sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
  • 1  cawan sagu 
  • kelapa parut secukupnya - gaul dengan sedikit garam





Caranya:

UBI KAYU
  • Didihkan air dalam pengukus.
  • Kisar ubi kayu dengan air sehingga halus, kemudian tuang dalam penapis dan toskan
  • Sebatikan dengan santan dan gula, kemudian bahagi 2 dan masukkan pewarna. (kuning dan merah)

CARA GABUNGKAN

Lapisan bawah

SAGU
  • Masukkan sedikit air dan pewarna hijau ke dalam sagu dan kacau rata
  • tunggu dalam 3-5 minit supaya sagu sedikit kembang

Dalam loyang lain
  • Alaskan dengan plastik untuk elak melekat atau pun letakkan sedikit minyak
  • Masukkan sagu warna hijau tadi
  • kukuskan selama 5-7 minit

Lapisan Tengah
  • tuangkan ubi kayu yang warna merah
  • Kukus selama 5-7 minit (bungkus penutup dengan tuala/kain)

Lapisan Atas

  • Tuang warna kuning pada bahagian atas
  • Kukus lahi selama 20-25 minit atau sehingga masak
  • Bila masak, sejukkan

Dah sejuk sedia dipotong dan golek pada kelapa.

Tuesday, October 4

UBI KAYU CELUP TEPUNG AKA KAKI AYAM



Assalamualaikum...

Pernah makan goreng ubi kayu celup tepung tak?.. Biasa orang terengganu panggil goreng kaki ayam. Nape ek.. panggil kaki ayam?.. Rasanya bentuk memanjang ala-ala potongan kaki ayam kut... huhuuu... Tapi nak bagitau ini kira kudapan paling sedap sambil tengok tv. Ralit tau makna kaki ayam ni. Tengok timbangan berat boleh naik oooo... tak leh makan banyak walaupun sedap... huhuuu.. Kalau nak lagi sedap letakkan perisa kari ke..bbq ke... serbuk cili ke... serius memang tak cukup...


UBI KAYU GORENG AKA KAKI AYAM

Bahannya:

Ubi kayu (potong memanjang kecil)
2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sk air kapur
1 sk garam
sedikit secubit rasa
Air (agak-agak)

minyak untuk menggoreng




Caranya:
  • Gaulkan bahan tadi dengan sebati di dalam satu bekas kecuali ubi kayu yang dipotong tadi
  • Panaskan minyak dan masukkan ubi satu persatu
  • Bila agak garing angkat dan tos kan
 

Designed By Izza sakura