Monday, June 6

Oren Span Kek

Baru-baru ni zue dapat tempahan besday member opis. Dia nak kek chiffon so cam biasalah, godek-godek tenet jumpalah resepi ni dalam my resepi (peberet infomation) so try buat..emmm.. lembut, gebu dan sedap dengan rasa masam-masam dan kewangian oren gitu.. trylah buat mesti tak rugi dan betul-betul puas hati..


Bahan-bahan

bahan A
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 gula castor
secubit garam

bahan B
6 putih telur
1 sudu krim of tartar
1/2 cawan gula castor 

bahan C
6 kuning telur
2 3/4 gula castor (zue kurangkan 2 cwn sbb manis sgt)
1/2 cawan oren jus
1 sudu besar kulit oren (di parut)



Cara-caranya:-

Untuk bahan A iaitu Tepung gula dan garam di ayak dan ketepikan. Di dalam bekas lain, pukul bahan B iaitu putih telur, krim of tartar dan sedikit demi sedikit gula sehingga marinque. ketepikan. Untuk bahan C, pukul kuning telur dan 2/3 gula sehingga menjadi kuning cerah dan juga pekat. Dan campurkan oren juice dan parutan kulit limau tadi. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Lastly masukkan bahan B iaitu putih telur yang di pukul marinque tadi dan kacau dengan cara kaup balik adunan tersebut perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan dalam loyang 10 inci dan sedia untuk membakar pada suhu 170 celcius selama 35 minit.


 

*jangan dilangser loyang supaya adunan senang untuk naik ke atas loyang (memanjat)
*bakar api bawah dulu selama 25 minit dan 15 minit api atas bawah (bergantung kepada oven masing-masing)



Resepi Aising
2 cawan shortening
1 cawan susu cair
suku cawan mentega

masukkan kesemua dalam bold dan pukul dengan kelajuan yang tinggi. Bila dah putih dan gebu bersedia untuk mendeko kek..

*parutkan coklat atas kek yang dah siap..+__~

Friday, June 3

Muffin Strawberry dan vanila




Salam 1 Rejab buat pembaca blog zue ni. Alhamdulillah.. hari ni zue berpuasa ganti dan merangkap puasa 1 Rejab (untuk 2 pahala) katanyer.. Entry hari ni zue nak uploadkan cerita muffin yang buat semalam sebanyak 150 biji (vanila dan strawberry)..Ni kira 1st time buat muffin yang kiut miut ni so tak berapa pandai bab membakar dalam oven ni. Tapi kira alhamdulillah lepas membakar sebanyak 2 kali baru lulus cop SIRIM.. +__+


Bahan-bahan untuk 30bj cup saiz s:

85 gm mentega

85 gm gula halus
2 biji telur
175 gm tepung gandum
80 ml susu segar
1/2 camca teh perisa strawberry emulco



HIASAN
coklat chips

Cara-cara:-

Pukul mentega dan gula hingga putih dan berkrim. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang dan gula tu hancur. Kemudian masukkan strawberry emulco dan putar adunan dengan kelajuan sederhana berselang seli pula dengan tepung dan susu segar sehingga habis.


Masukkan adunan ke dalam piping beg atau plastik yang bersih dan potong pada hujung bucu piping bag tersebut. Kemudian isikan dalam paper cup dalam 3/4 penuh. Hiasakan dengan coklat chip.

Sedia untuk dibakar pada suhu 175c selama 15-20 minit dan sejukkan muffin atas redai.
2 versi perisa vanila dan perisa strawberry

Wednesday, June 1

Cerita terbaru Apam polkadot


Semalam member mintak tolong zue buatkan apam polkadot ada tempahan sebanyak 300 katanyer.. Issshh.. tak beranilah zue nak buat takut tak menjadi almaklum nak bagi orang makan katakan.. takut tak cantekk. terutama tang membuat dot dot nyer tu. Kadang-kadang tangan kita ni buat apa-apa menjadi kadang-kadang tak.. su zue try buat untuk 'memahirkan diri' dalam nak buat jualan ni. 


Apam ni walaupun nampak mudah untuk buatnyer tapi sedikit cerewet kalau bab membakarnya. Api tak boleh terlalu kuat takut merekah..jadi apam mekar lak.. tapi tak leh terlalu perlahan takut terbantut (tak naik) pulak. Bahagian dot-dot tu pulak perlu penelitian takut terconteng dan tak cantekk.. 

Agak-agak leh ambik tempahan tak ni.. actually zue ni kureng suka skit kalau nak ambik tempahan yang memerlukan penelitian satu persatu ni..zue lebih suka kalau ambik tempahan untuk sebijik kek even letih bahagian decoration tu.. tapi lagi easy untuk membakingkannya..

Ni nak try buat 10 kali lagi dan betul-betul puas hati baru boleh nak ambik tempahan.. untuk resepi apam polkadot DISINI..



Monday, May 30

Pau kacang merah resepi ibu mertuaku..



Baru-baru ni zue buatkan pau ikut resepi tenet tak tau apa silapnyer pau tu tak nak naik. Frustnyer tuhannyer yang tau. Rasa cam putus asa sangat. Kebetulan mak mertua datang rumah zue pun citerlah kisah sedih zue ni..So tanpa berlengah lagi mak mertua pun ajar zue caranya..

Ikut resepi tenet ni ada shortening dan double action baking powder lah tapi, mertua zue kata ala..mak buat zaman dulu-dulu tak de menda - menda gitu semua so dia pun ajar caranyer yang ringkas, mudah dan keputusannya..perhhh... gebu.. lembut macam ala-ala kedai gitu..



Bahan-bahan:-
1 kilo tepung pau + tepung gandum 
1 sb yis/mauripan +1 cwn air suam
1/2 sk garam + 1 cwn air kosong
1sb gula
2 sb minyak masak/minyak jagung

Caranya:
masukkan yis dalam air suam 1 cawan tadi selama 20 minit (sehingga jadi berbuih macam aiskrim). Bancuh garam ke dalam 1 cawan 1 sejuk. Tepung pau dan tepung gandum (actually mak mertua zue kata kalau nak guna tepung gandum saja pun tak per) dan masukkan gula. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit air garam tadi sambil gaul dengan sebati dan masukkan pula 1 cawan yis yang jadi ala-ala aiskrim tu dan kacau lagi (sedikit demi sedikit). Lastly masukkan minyak dan gaul sehingga doh tak melekat di tangan lebih kurang 20 minit. Bila rasa doh tu  agak lembut, biarkan lebih kurang 20-30 minit untuk naikkan doh (tutup dengan kain). Bila dah naik, tumbukkan doh tersebut untuk keluarkan angin.



Gentelkan doh tu bulat-bulat (untuk dapatkan saiz yang sama) kemudian leperkan doh tersebut dengan tapak tangan dan picit ditepi/ keliling doh tersebut (di tengah doh biarkan sedikit tebal) dan masukkan  inti dalam 1 sudu kecil dan tutupkan inti tersebut dengan tarik antara bucu-buku doh. Letakkan doh tersebut diatas potongan kertas berbentuk segiempat. (tapi zue lebih suka menggunakan daun pandan-kasi wangi katakan)

Bahan-bahan untuk inti kacang merah:-

500 gm kacang merah
1 1/2 cwn gula pasir
1 keping gula kerek
2 helai daun pandan
1/2 cwn minyak masak

Cara-caranya:-

Rebus kacang merah sehingga air kering dan menjadi empok kemudian sejukkan. (Air jangan terlalu banyak, bila kering, tambahkan lagi air dan ulang sehingga kacang agak-agak empok). Kemudian masukkan gula psir, gula kerek, minyak masak dan daun pandan. Kacau sehingga sebati dan sehingga kacang  pekat.

Friday, May 27

Mix manggo and strawberry jus


Salam pagi jumaat semua...
Teringat masa kecik-kecik dulu, ada pokok mangga kat belakang rumah. Abah zue selalu buat jus mangga. Jus mangga yang abah buat kaw pulak tu..memang sedap. Kebetulan, ada orang bagi buah mangga sala (1st time dengar namanya..dan agak besar giler) yang tak masak lagi so zue peramkan kat dalam beras (petua orang tua-tua untuk cepat masak).. 2 hari peram terus masak. Bila dikopek kulitnya dan nak makan, rasa masam.. isshhh...rupa-rupanya mangga ni kalau masak tak sedap biasa orang makan ngan kuah rojak jer. So daripada terbuang gitu saja (almaklum masam kureng laku skit) terus zue buat jus macam abah zue buat dulu-dulu.. 

Kebetulan dalam peti ais ada lagi stawberry yang dah tak berapa elok so zue mix kan jer untuk satu jus. Agak sedap.. rasa sejuk, masam dan manis.. 

Bahan-bahan:-

Bahan A (bawah)
potongan buah mangga
ais batu
5 sb gula

Bahan B (Atas)
5 biji buah strawberry
2 sudu gula

Caranya:-
Blendkan kesemua bahan A sehingga hancur dan masukkan ke dalam gelas. Kemudian blendkan bahan B sehingga hancur dan ambil dalam 2 sudu bahan B letakkan atas bahan A dan ambik 1 sudu bahan A letakkan atas bahan B (selang-selang)..Lastly untuk hiasan letakkan sebiji buah strawberry.. 

Wednesday, May 25

Easy Dragon Fruits Shake dan halal haram makanan di malaysia..

Cuaca panas gini memang perlu minum air masak dan buah-buahan yang banyak. So entry kali ni zue nak share resepi paling mudah nak dibuat dan sesuai ngan golongan orang bekerja cam zue ni... Easy Dragon Fruits Shake.. (sedapkan namanyer..memang sedap sama ngan rasanyer..) +__+



Bahan-bahan:-

1 biji air dragon fruit
2 cawan air kosong
5 sb gula (kalau manis kurangkan)
8 ketul ais batu


Caranya:-

Potong dragon fruits kecik-kecik  dan masukkan ke dalam blender. Kemudian masukkan gula, ais batu dan air kosong ke dalam blender. Blendkan kesemua. Siap.. sedia dihidang dan diminum. 







HALAL HARAM MAKANAN DI MALAYSIA


Bila terbaca entry dalam blog mat gebu pasal GOLDEN BUTTER CHURN dan blog kak gee pasal COFFEE di  KOPITIAM KLUANG STATION ni..terus zue search dalam tenet pasal halal haram makanan di malaysia. Rasa was-was lak nak makan kat luar, beli makanan dalam tin dan beli fast food. Tapi ikut hukum kalau ada perasaan shubhah (was-was) dalam diri kita, kita tak boleh makan makanan tu.. so camna?..

Bila zue buat research dalam tenet, kesimpulan antara makanan yang tidak mendapat / tidak ada sijil halal JAKIM ialah:-
- SAN FRANCISCO STEAKHOUSE
- CHICKEN RICE SHOP..biar betul!!!
- KIWI EXPRESS
- DOME RESTAURANT
- GERAI-GERAI DIMEDAN SELERA KLCC (Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House,Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels,Cinnabon, Al-Marjan, Bong Sen (Vietnamese), Chinoz On the Park, Dome Caf , Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini)
- KEDAI BREAD TALK & STORY


....di pendekkan cerita banyak lagi terdapat makanan haram dimalaysia tapi kita sendiri tidak menyedari.. 
) 
***sila rujuk untuk melihat halal haram makanan di malaysia
                    
                    blog Lakar ruang maya                  


                    blog halal guard


                    blog DR AZWAN

Tuesday, May 24

Chilled Oreo Strawberry Cheesecake




Dah lama mengintai dapur kak Hanieliza nak buat Chilled blueberry Cheesecake. Duk print resepi dari tahun lepas lagi. Tapi simpan sampai sekarang baru terfikir nak buat. Zue amat tertarik ngan bahan-bahan dalamnyer macam gabungan cheese, yogurt dan aiskrim. Bila dah buat memang betul-betul yummy.. sedap!!!...

Actually zue tukar skit dia punya luaran (sory kak hanieliza) zue tak guna blueberry tapi guna potongan strawberry dan tukar guna biskut marie (kat basenyer) dan gaulkan bahan-bahan tadi sampaijadi kaler kelabu ngan biskut oreo.. So kat sini zue tukarkan nama Chilled Blueberry cheesecake kepada Chilled Oreo Strawberry cheesecake.





Bahan Base 

150 gm biskut marie [mesinkan/hancurkan halus] 
2 s/b butter [dicairkan] 

Bahan Krim 

250 gm cheese cream philidephia 
300 ml yogurt [perisa buah ] 
100 gm gula halus [gula kastor] 
100 gm ice-cream vanilla 


Larutan agar-agar cair [panaskan] 
130 ml air 
1 s/b agar-agar serbuk 























Hiasan [kacau sebati] 
10 keping biskut oreo yang dibuang isi dan diblend sehingga hancur
potongan strawberry
buah strawberry




Cara 

Gaulkan biskut Marie dengan butter yang di cairkan dan tekankan dalam loyang sehingga agak padat. Kemudian pukul cheese cream dan gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan yogurt dan ice-cream. Kacau sehingga  rata. Masukkan larutan agar-agar cair (yang dicampur dengan air suam tadi) dan kacau sebati.Last sekali potongkan buah strawberry kepada hirisan yang nipis-nipis dan sedikit biskut oreo yang dihancurkan (blend sehingga halus) dan gaulkan bersama bahan-bahan tadi. (Untuk memarblekan jangan kacau terlalu kuat dan banyak)-zue kacau sehingga sebati sebab nak kalerkan zue punya cheese ni ngan kaler kelabu. Lastly masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam dan menjadi keras.


 

Designed By Izza sakura