Monday, June 6

Oren Span Kek

Baru-baru ni zue dapat tempahan besday member opis. Dia nak kek chiffon so cam biasalah, godek-godek tenet jumpalah resepi ni dalam my resepi (peberet infomation) so try buat..emmm.. lembut, gebu dan sedap dengan rasa masam-masam dan kewangian oren gitu.. trylah buat mesti tak rugi dan betul-betul puas hati..


Bahan-bahan

bahan A
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 gula castor
secubit garam

bahan B
6 putih telur
1 sudu krim of tartar
1/2 cawan gula castor 

bahan C
6 kuning telur
2 3/4 gula castor (zue kurangkan 2 cwn sbb manis sgt)
1/2 cawan oren jus
1 sudu besar kulit oren (di parut)



Cara-caranya:-

Untuk bahan A iaitu Tepung gula dan garam di ayak dan ketepikan. Di dalam bekas lain, pukul bahan B iaitu putih telur, krim of tartar dan sedikit demi sedikit gula sehingga marinque. ketepikan. Untuk bahan C, pukul kuning telur dan 2/3 gula sehingga menjadi kuning cerah dan juga pekat. Dan campurkan oren juice dan parutan kulit limau tadi. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Lastly masukkan bahan B iaitu putih telur yang di pukul marinque tadi dan kacau dengan cara kaup balik adunan tersebut perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan dalam loyang 10 inci dan sedia untuk membakar pada suhu 170 celcius selama 35 minit.


 

*jangan dilangser loyang supaya adunan senang untuk naik ke atas loyang (memanjat)
*bakar api bawah dulu selama 25 minit dan 15 minit api atas bawah (bergantung kepada oven masing-masing)



Resepi Aising
2 cawan shortening
1 cawan susu cair
suku cawan mentega

masukkan kesemua dalam bold dan pukul dengan kelajuan yang tinggi. Bila dah putih dan gebu bersedia untuk mendeko kek..

*parutkan coklat atas kek yang dah siap..+__~

No comments:

 

Designed By Izza sakura