Friday, February 12

VIETNAMESE SPRING ROLL



Assalamualaikum...

Selamat Pagi.. Pagi ni sarapan Zue.. Roti canai kuah kari kambing... Perhh.. mabeles.. tapi rm7.50 sekali teh tarik... Hihiiii... mahal gak.. Dah lah tengah-tengah bulan ni.. Tak pe lah, janji sedap.. Bukan selalu.. sekali-sekala...

Hari ni Zue nak share resepi yang agak sedap buat penggemar sayur Vietnamese spring roll yang di ambil dari blog mamadee's






VIETNAMESE SPRING ROLL

Resepi daripada blog mamadee's


Bahan untuk popia
Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya)
Daun pudina
Udang yang direbus dan dibuang kulit
Lobak merah yang dipotong memanjang
Bihun yang telah dicelur
Timun batang yang dipotong halus memanjang

Cara membuat popia
  • Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk     air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak. 
  • Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll).
  • Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi. 
  • Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia.
  • Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai.
  • Siap sedia untuk dihidang. Sajikan spring rolls ini bersama sosnya.


Bahan untuk sos
4 sudu besar cuka
4 sudu besar sos ikan
1 cawan air
1 sudu besar gula
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
Cili padi dipotong kecil-kecil
Kacang tanah tumbuk

Cara membuat sos
  • Masukkan semua bahan dalam periuk.
  • Masak sekejap sehingga gula larut.

**  Guna sos cili thai pun sedap jugak

Wednesday, February 3

ROTI PIZZA STICK






 Assalamualaikum... 

Selamat tengahari.. Korang masak apa hari ni?.. Mesti yang duk kat umah tu masak best-bestkan... Best jugak jadi surirumah ni. Macam Zue kerja ni ambik konsep masak untuk seminggu terus pada hari Ahad. Hambik ko tak yah fikir. Terus frozenkan je. Time nak makan baru panaskan. Ye lah sampai kat rumah dah pukul 7. Balik rumah memang penat sebab mengadap jem tiap-tiap hari... Adus.. bilalah lah nak bersara ni...

Hari ni nak share resepi yang sebulan sudah.. Kui..Kui..Kui.. Biasalah buat pekasam dulu baru best skit. Resepi hari ni Roti Pizza Stick. Sebijik rasa macam kat Pizza Hut. Resepi ni di ambil daripada Fb (MAHN).. Halal ye buat yang share resepi ni.. Sory tak tahu nama...


 

ROTI PIZZA STICK

Bahan Doh:

3 1/2 cawan tepung gandum
2 st yis
1 1/2 cwn air suam
1 st gula castor
2 sb susu tepung
1 1/2 st garam
3 sb olive oil






Caranya:

  • Campur gula dan air suam.
  • Masukkan yis dan biar berbuih selama 5 -15 minit
  • Satukan tepung, garam, susu tepung dan olive oil.
  • Masukkan air yis yang dah berbuih
  • Uli doh sampai sebati
  • Dah siap uli, gelek doh leper doh menjadi segi empat dan masukkan dalam tray (ikut saiz loyang)
  • Sebelum tu sapu tray pembakar dengan olive oil dan letakkan doh yang dah di gelek
  • Potong dalam anggaran 1 inci setengah dari hujung ke hujung dengan mengunakan cutter pizza
  • Perap selama 40 minit dengan menutup plastik cling
  • Cukup selama 40 minit, panaskan oven 1800cc dan bakar selama 15 minit.
  • Sapu roti dengan topping dan tabur cheese parmesan.
  • Bakar selama 25 minit.

Tuesday, February 2

MANGGO FLOAT YUMMY



Assalamualaikum...

Salam Febuari.. Semalam cuti hari wilayah so mulalah fikir projek apa nak buat. Google punya google jumpa resepi MANGGO FLOAT. Kebetulan dalam peti ais ada lagi cheese dan manggo. Ermmm... terus je turun dapur dan bersilat.

Resepinya agak mudah. Actually Zue main campak-campak jer tapi kalau ikut resepi sebenar ada kat bawah. Resepi dari Surianti Ramli. Rasa memang terbaik buat penggemar cheese. Jom kita buat...






MANGGO FLOAT

Bahannya:
2 biji buah mangga
Biskut cream cracker secukupnya 
1 cawan cream cheese 
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan whipping cream 

Untuk tabur pada bahagian atas :
Biskut cream craker yang telah diramas halus (Blend hancur)



Cara penyediaan : 

  • Putar whipping cream dengan mixer hingga kental (anggaran 3 - 5 minit). Ketepikan. 
  • Putar cream cheese hingga menjadi sedikit kembang. 
  • Kemudian masukkan susu pekat dan putar bersama. 
  • Satukan whipping cream bersama adunan ini dan kacau sebati. 
  • Ambil bekas yang sesuai dan ratakan adunan cream tadi secara nipis pada dasar bekas. 
  • Celupkan kepingan biskut cream cracker ke dalam susu segar dan lapiskan di atasnya. 
  • Ratakan lapisan seterusnya dengan cream lagi. 
  • Kemudian susun potongan mangga diatasnya. 


Cara susunan bermula dari dasar : 
  • cream, biskut, cream, mangga. 
  • Ulangan proses ini hingga habis. 
  • Terpulang kesukaan anda berapa lapis. 
  • Pada lapisan paling atas, taburkan biskut yang telah dihancurkan. 
  • Letakkan potongan mangga. 
  • Sejukkan dalam peti ais 4 jam sebelum dimakan.

Friday, January 29

SALTED BROWNIES CARAMEL WITH PECAN



Assalamualaikum...

Selamat Pagi.. Sekarang dah hujung bulan Januari. Azam tahun ni nak buat banyak kek, kuih dan nak penuhkan celoteh di blog ni. Tapi azam tinggal azam.. buzy punya pasal banyak kuih muih yang buat tapi tak terambik gambar.. Itu masalahnya.. Almaklum buat malam nak ambik gambar memang tak cun. Harap hari minggu je boleh bagi tumpuan.. Apa-apa pun jom kita jamu dengan resepi yang sedap tapi agak manis sedikit...



Resepi ni di ambil dari blog mat salleh... serius sedap tapi... perhh... manis... So banyak yang perlu dikurangkan untuk bahagian manisnya... huhuu.... Tapi makan ngan eskrim vanilla memang seimbang kemanisannya... Perhhh... Terbaikkk...

SALTED CARAMEL BROWNIES WITH PECAN 

**loyang 9 inci

1/2 cwn unsalted butter
150gm coklat berrys
3/4 gula castor
2 bj telur saiz A
Secubit garam
1 sk esen vanila
1 sk pes kopi
3/4 tepung gandum
1 sk esen vanila
1 cwn kacang pecan
1/2 cwn coklat chip



Caranya:
  • Caranya Panaskan oven Panaskan butter dan coklat berry menggunakan microvawe dan kacau sebati 
  • Masukkan telur dan gula kastor dan kacau 
  • Masukkan esen vanila, pes kopi dan secubit garam 
  • Kacau rata Lastly masukkan tepung gandum dan gaulkan sehingga sebati 
  • Masukkan dalam loyang yg disalut dgn kertas baking 
  • Sedia dimasukkan dlm oven selama 15-20 minit Sementara tu sediakan salted karamel

 SALTED KARAMEL 

1 cwn gula 
3/4 cwn air 
2 sb mentega 
Secubit garam 
1 cwn fresh cream 

  • Dalam satu periuk kecil, masukkan gula dan air 
  • Masak sehingga ia menjadi perang 
  • Masukkan mentega,garam dan fresh cream 
  • Kacau rata Tutup api dan sejukkan sehingga likat 
  • Selepas 20 minit, keluarkan dari rak oven, dan curahkan karamel bersama kacang pecan dan coklat chip 
  • Tutup permukaan brownies dan kacang pecan tu dgn aluminium foil utk elakkan dari hangus
  • Masakkan lagi selama 40 minit atau sehingga masak 

Thursday, December 31

TEMPAHAN LAGI



Unbake cheesecake RM70 with deco


APPLE CRUMBLE RM60



DURIAN CREPE RM10



CUP CAKES PANDAN GULA MELAKA RM2.00 /pc



HASIDAH RM1.60/PC



BROWNIES KEDUT RM45



OREO BROWNIES CHEESE RM60



PUFF INTI KASTAD RM2/PC



MILLE CREPE RM65



CIK MEK MOLEK...terbaikkk....sedapp




Assalamualaikum...

Lagi beberapa jam kita akan menghadapi tahun 2016. Rasanya sekejap je.. Pejam celik-pejam celik.. dah pun naik lagi umur kita..Uban pun dah pandai pilih tempat kat kepala. Anak-anak pun dah membesar dengan cepat. Rasa cam hidup ni tak terkejar lak. Banyak urusan 2015 yang tertunda dan banyak memori 2015 yang sangat manis.... Terutama dalam melahirkan si wiwin.. Sekarang wiwin dah 10 bulan.. Lagi sikit nak dapat kaki lak.. Isshhh... Manisnya hidup yang bersulamkan karenah pelangi si wiwin.. 

Berbalik pada resepi hari ni. Saya nak share resepi dari pantai timur iaitu cik mek molek. Sedapppp... Asalnya balik kampung beli keledek 1 plastik besar kes kesian peniaga tu agak berumur jual pisang dan keledek tengah panas. Sementara cik hubby pergi ambik kereta kat parking, saya tunggu tepi-tepi peniaga pisang.. Alang-alang tu beli je lah.. Kesian tengok tengah panas berniaga.. Kita lak duk umah  dan kerja dalam aircond.. ;(


RESEPI CIK MEK MOLEK

Bahannya:-

Ubi keledek oren 
Tepung gandum 
Sedikit gula



Caranya:-

  • Rebus ubi sampai empuk kemudian lenyekkan sampai hancur.
  • Ubi yang telah dilenyek diuli dan digaul bersama tepung gandum. 
  • Agak bila dah agak lembut dan boleh digentel. 
  • Jangan terlebih gandum, nanti adunan akan menjadi keras.  
  • Bentukkan kuih cek mek molek. 
  • Masukkan sesudu gula dan bentukkan dengan bujur.  
  • Goreng dalam minyak panas yang banyak dan api perlahan agar gula hancur menjadi air gula ketika digoreng. 
  • Bila agak kekuningan, angkat. 
  • Awas gula panas, jadi berhati hati jika makan kuih cek mek molek semasa panas panas.


Tuesday, December 29

NASI GORENG SHELL OUT



Assalamualaikum....

Minggu lepas sakan bershell out kat rumah. Dengan hanya rm150 kami belanjakan, dapat makan untuk 3 family.. Hasilnya bershell out sampai kenyang. Siap banyak lagi lebihan yang tak habis so bangun pagi esok Zue buat nasi goreng terus makan dengan shell yang tak habis tu... Mabeles tau.. sedapp... Yang syok tak kupas langsung shell siput-siput tu.



Resepi untuk nasi goreng ni zue buat yang biasa-biasa je tak nak lah heavy sangat sebab kerang semua dah heavy sangat.

NASI GORENG

3 mangkuk nasi putih
4 biji bawang merah diblend/tumbuk
1 ulas bawang putih diblend/tumbuk
4 sb cili giling
2 sk garam
1 sk gula
Minyak untuk digoreng


Caranya:

  • Panaskan kuali, masukkan minyak
  • Tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling sehingga naik bau
  • Masukkan nasi yang telah lerai dan gaul rata sehingga sebati
  • Masukkan garam dan gula kemudian kacau sehingga rata dan tutup api
  • Hiaskan seafood atau lebihan shell out semalam atas nasi


 

Designed By Izza sakura