Thursday, October 6

KEK KAREMEL PELANGI

Dengan semangat berkobar-kobar mengentry resepi kek karemel ni sebelum pergi bercuti. Esok zue dan family akan bercuti di Langkawi so sebelum berangkat rasa tak puas selagi tak up date blog kesayangan zue ni. Ni nak cite skit tang nak p langkawi.. Zue actually booking free seat dari tahun lepas lagi.. rasa cam lama sangat-sangat.. Sekarang dah tiba masanya, rasa cam cepat sangat masa berlalu...Isshh.. dah lama tak ke Langkawi ni.. Apa yang menarik?..Sure pinggan mangkuk lerrr.. Tapi malas lah nak beli banyak-banyak buat berat flight jer.. huhuhu..Eksyen ni.. tengok2 esok sampai Ismail Group atau Idaman Suri.. rabun mata ko..!! Semua nak beli..Sabau je lah... 

Dah bercerita panjang lebar pasal Langkawi..so kita cite lak pasal kek karemel ni.. Kek ni zue buat dah dekat seminggu tapi belum sempat upload.. al maklum kijo ka..(huhuhu..) Malam ni zue sharekan resepi Kek Karemel yang dah dibuat berpuluh-puluh kali tapi still tak puas makan lagi.. Sodap.. TQ kak munirah baharum.. konpom dapat banyak pahala tu...:)
KEK KAREMEL PELANGI

BAHAN-BAHAN (A):
Untuk buat gula hangus
2 sb gula 
Taburkan pada loyang dan masakkan atas api yang perlahan sehingga gula hancur dan kaler perang.. Pastikan gula hangus tersebut menutupi semua ruang-ruang kosong pada tapak loyang tersebut.

BAHAGIAN ATAS (B):
1/2 Tin susu cair 
(nak tebalkan karemel.. tambahkan lagi banyak susu cair)
70 gm gula castor
1/2 sk esen vanila (kurangkan hanyir telor)
3 biji kuning telur (kalau tambahkan susu cair..tambahkan juga telur)

LAPISAN KEK (C):
140 Tepung gandum
70 gm gula castor
3 biji kuning telur
135 air biasa
1 sudu teh baiking powder (sudu kfc kecik)
45 ml minyak masak

MERINQUE (D)
6 Biji putih telur
70 gm gula castor
1 st krim of tartar - (Zue tak guna pun..)
***..Sukatan gula semua bahan zue kurangkan kepada 50gm..

Cara membuatnya:


  • Kacau kesemua bahan (B) perlahan-lahan tapi jangan pulak sampai berbuit nanti tak cantekk lak karemelnyer.
  • Masukkan (B) tadi ke dalam ke dalam loyang gula halus.. mesti dengar bunyi krakk.. (bunyi gula hangus tu)
  • Pukul bahan C sehingga kembang dan putih mulus.. (kalau terbalikkan bekas ia tak jatuh ke bawah tak pun bila diangkat skit dia akan bertanduk.. tapi awas.. jangan sekali-kali termasuk atau terkena kuning telur atau setitik air sebabnyer tak menjadi lah tu..)
  • Gabungkan adunan C dan D dan gaul sehingga sebati tapi penuh lemah lembut
  • Bahagikan kepada 3 bahagian dengan 3 kaler dan 3 paste..
  • Masukkan ke dalam loyang dengan menggunakkan senduk yang sama saiz (untuk sama jalur) cth.. hijau kemudian merah kemudian kuning dan ulang kaler pertama sehingga habis adunan tersebut.
  • Bakar secara double boiling selama 40 minit untuk api bawah.. 20 minit untuk api atas..pada suhu 160 - 180c..tertakluk pada oven masing-masing.

***...kalau tepi karemel tu tak pecah atau melekat pada loyang itu tandanya kek tu cukup sifat aka sempurna lah tu.. dan untuk elakkan daripada karemel melekat..pastikan masa letak gula tu tadi semua bahagian dalam loyang terkena gula karemel..***

2 comments:

Anonymous said...

sy ni baru blajar bwt kek..huhu..marinque tu ape yer.. Blok puan mmg menjd ispiration untk sy mencuba pelbagai resepi

Zue El Razak said...

marinque tu adalah hasil daripada telur putih (jgn ada telur kuning dan air setitik pun dlmnyer) yang dipukul sehingga bertanduk @ bila diterbalikkan tak akan jatuh.. tp kena biasa dlm resepi campurkan gula halus @ kastor bersama krim of tartar (x letak pun x per)..

 

Designed By Izza sakura