Monday, October 24

MUFFIN YOGURT dan MANGGA


Tetiba tekak ni teringin nak makan muffin.. saje try buat muffin yang berasaskan yogurt dan campuran buah mangga yang kebetulan duk tersimpan di rumah.. So zue guna bahan-bahan yang sedia ada dirumah untuk menghasilkan muffin.. Zue paling suka kalau dalam muffin/kek/apam bila diletakkan yogurt.. ia akan sedap dan begitu lembut. Begitu juga dalam penghasilan muffin ni memang gebu dan sedap..

Zue sharekan resepi yang zue ambik daripada sebuah blog Nasi Lemak Lover dan ditranslatekan kepada bahasa malaysia..  
BAHAN-BAHAN:-

**12 muffin
125 butter (unsalted butter)
150 tepung gandum
110 gula castor
200gm buah mangga (dipotong berbentuk kiub)
100gm yogurt (perisa biasa)
2 biji telur (saiz sederhana)
1 tsp baiking powder
1/2 tsp baiking soda
1/4 tsp garam
CARANYA:-

  1. Pukul butter, garam dan gula sehingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sebati
  3. Ayakkan tepung gandum, baiking powder dan baiking soda dan masukkan ke dalam adunan tadi bersama yogurt. Pukul sehingga sebati
  4. Masukkan mangga yang dicincang tadi dan kaup balikkan adunan tadi.
  5. Sudukan ke dalam mangkuk muffin dan atasnyer letakkan sedikit mangga yang dicincang tadi.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 25 minit atau sehingga muffin keperangan.

Teksturnyer agak lembut dan gebu.. memang sedap sangat-sangat
makan pada waktu petang bersama air kopi atau teh.. Perhhh...

2 comments:

ady said...

as-salam
gebunye muffin yogurt tu..mesti sedap ni...

..::tarabozu::.. said...

wslm ady..
memang sedap sangat2 tau..

 

Designed By Izza sakura