Monday, October 17

KEK MARBLE TRIO

Resepi ni Zue ambik dari dapur  DTS @ MAT GEBU. Rasanyer memang sedap sangat-sangat. Actually ni adalah butter kek yang zue try search dalam En Goggle dan ramai orang dah buat dan juga semua yang buat memang puji kek ni memang sedap..!! Ni kali ke-2 Zue buat... Zue gunakan mentega buttercup so memang berbau wangi buttercup sambil tu juga zue letakkan perisa oren dan esen ros.. 

Bab deco mendeco ni zue sedikit kurengg.. dan still lagi tengah belajo.. Mula-mula buat memang tak smooth siap buka youtube (my teacher) lagi nak cari caranyer.. Lepas try banyak kali akhirnyer.. bolehlah.. nak kata cantekk.. puji lak diri sendiri.. nak kata tak cantekk... kutuk lak diri sendiri.. tapi leh bagi kreadit jugaklah sebab berani mencuba (Eceh.. puji gak tu)..Tapi tak leh lawan lah otai-otai lama dalam dunia blogging ni..

Cakap banyak nanti ader yang meluat..so direct kepada resepinyer..



Bahan-bahannyer:-
300 gm mentega (zue guna buttercup..untuk wangi)
280 gm tepung gandum
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder* (*digaul rata dan diayak)
5 biji telor gred A
1 camca besar ovallate (lembutkan kek)
30 gm gliserin*
20ml air* (*disatukan)
1 camca teh strawberry emulco (zue guna pewarna merah)
1 camca teh perisa oren (warna plain)


CARANYER:-
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. 
  4. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (zue blend jer).
  5. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian warna plain perisa oren , 1 bahagian + pewarna merah perisa esen ros . Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.


Topping buttercream

Bahan-bahan:
500gm Marvelo/creamlite/krimwell
250gm butter
Sugar syrup secukupnyer
150gm whipping cream (Rich) - pukul aising

resepi sugar syrup
100gm air
300ml Gula pasir kasar
2 tsp Lemon jus

caranya:
  • Gula dan air masak mcm air gula sampai likat dan sejukkan
  • pukul butter sampai kembang, masukkan creamwell dan whipping cream yang dipukul tadi dan mixkan kesemuanya .. Pukul sehingga high speed.
  • Masukkan air gula tadi (rasa dulu takut terlebih manis) dan maintainkan speed sambil pukul sehingga sebati..
**Resepi ni sesuai untuk salut kek saja tapi untuk buat bunga letakkan gula aising yang di ayak supaya aisingnya lebih  kental dan senang untuk bentukkannyer.

3 comments:

izahdaut said...

wahh cantik kek nyer...
lawa lawa.. dan kek ni mmg sedap. saya pun dh try

..::tarabozu::.. said...

tq.. Izah..
betullah.. memang sedap..

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu

 

Designed By Izza sakura