Thursday, March 28

FRUITS LOCONG



Assalamualaikum..

Selamat Pagi.. 
Best betul bawak kereta gi kerja minggu ni.. Langsung tak jem.. Minggu depan siap lah.. Kena bangun awal ler.. Disebabkan ramai yang bercuti rasa mood dah kelautlah pulak sampai nak update blog pun malas.. Sabo jer lah.. Nasib baik dah upload awal-awal pic..

Hari ni Zue nak share dessert ala-ala thailand. Actually dah banyak kali Zue buat tapi kali ni buat sedikit kelainan dengan menambahkan sedikit buah-buahan.. Rasanya memang sedap.. terutama kalau dimakan waktu musim panas gini...

FRUITS LOCONG

Bahannya:

skoteng
sagu besar (yang kaler-kaler)
buah kabung
Buah nangka
buah-buahan (zue guna buah kiwi dan anggur)
santan
secubit garam
gula melaka
2 helai daun pandan
Caranya:
  • Masakkan gula melaka bersama daun pandan yang disimpul sehingga hancur.
  • Dah hancur. Sejuk dan ketepikan
  • Masukkan skoteng, sagu besar dan buah kabung dalam satu bekas
  • Tambahkan santan dan sedikit garam
  • Lastly masukkan air gula melaka secukup rasa
  • Sejukkan dalam peti ais atau letakkan kiub ais


Yummy.. sedappp... tau..

Tuesday, March 19

RAINBOW ITALIAN CHEESE CAKE


Assalamualaikum... 

Selamat petang.. 

Sekarang misi zue tengah membaikpulihkan blog ni. So harap bersabar yer. Jenuh nak upload pic yang ratus-ratus ni.. Dah lah line tenet cam siput sedut.. Nak buat sekaligus almaklum lah.. banyak lagi menda nak buat.. Sabo jer lah.. 

Berbalik ngan resepi petang ni. Actually ader member tempah so alang-alang dapat tempahan terus buat versi up date blog lak. Kali ni try resepi Anna Qawina. Thanks yer Anna.. Tapi ader jugak versi derhakanyer... Zue tambahkan perisa kasi wangi itu punya kek..Dan actually juga Zue buat versi mini tapi zue uploadkan untuk sebiji kek.  

hehehee Jom layan..

 
RAINBOW CHEESE CAKE 
Sumber: Anna Qawina

Bahannya:

430gm tepung gandum
1 sb baiking powder
1/2 st garam
250 gm mentega
250gm gula castor
375ml susu segar
5 biji telur putih
2 st esen vanila
pewarna
merah, hijau, oren, kuning dan unggu
perisa
stoberi, pandan, sunquit, nenas dan  bluberi paste


  
Caranya: 

  • Ayakkan tepung gandum, baiking powder dan garam. Asingkan 
  • Pukul gula dan mentega sehingga gebu
  • Masukkan esen vanila bersama putih telur dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum yang di ayak tadi berselang seli dengan susu segar dan pukul sehingga sebati
  • Bahagikan kepada 6 aduna (+- 260 gm setiap mangkuk) bersama pewarna dan perisa
  • Tuang dalam 5 loyang yang di letakkan baiking paper
  • Sedia dibakar pada suhu 170'c selama 15 minit
  • Sejukkan
**Teksturnya teramat lembut dan gebu so berhati-hati semasa mengangkat kek tersebut
Resepi topping ni Zue guna resepi sendirian berhad

Resepi topping cream cheese

250gm creamcheese
120gm butter
120gm gula castor
120gm whipping cream

Caranya:

  • Pukul kesemua sehingga gebu dan sebati

Monday, March 18

JUS TEMBIKAI, JUS LAICI ATAU JUS TEMBIKAI LAICI?..mana pilihan anda?

 

Assalamualaikum.. 

Selamat Petang.. Kan best petang-petang gini pekena jus buah. Antara peberet zue untuk jus buah ialah tembikai laici. Nak buat pun mudah.. Kalau buat sendiri kosnyer lagi murah daripada minum kat kedai. Biasa kalau zue buat 1 jug besar simpan dalam peti ais stok sampai petang.Actually tak lah sampai petang, tapi tengahari dah abis.

 

Kali ni zue pelbagaikan versi jus tembikai. Antaranya ialah jus tembikai laici, jus tembikai dan jus laici. Antara tiga jenis jus ni yang mana paling best.. Bagi Zue tembikai laici ler..
 
 

JUS TEMBIKAI

Buah Tembikai 
Air Gula 
Ais Batu :

Caranya: 
Campurkan kesemua dan blend sehingga hancur 

 JUS TEMBIKAI LAICI
 Buah Tembikai 
Laici tin 
Air 
Gula 
Ais Batu 

Caranya: 
 Campurkan kesemua termasuk air laici kecuali buah laici dan blend sehingga hancur 

 JUS LAICI 
 Buah Laici tin 
Gula 
 Ais Batu 

Caranya: 
 Campurkan kesemua dan sedia diminum sejuk-sejuk

Friday, March 15

SEMUA PICTURE SAYA HILANG..!!!



Salam buat semua.. 

Adus frust tertonggengnyer.. semua picture dalam blog ni hilang.. Bila google dalam tenet rupanya ramai blogger mengalami masalah ni.. Puncanya sebab adalah smart phone (samsung note) yang zue guna ni link dengan picture dalam picasa so kalau zue delete pic dalam smart phone secara automatik terdelete picture dalam blog.. Atau ayat lain.. disynchronouskan Smart Phone kita dengan Account Blogger....Arhhh...PARAH.. Adoyai.. !!!

Itulah keburukan pakai smart phone ni.. Sepatutnyer pihak picasa bagi warning dulu.. Ni tak der apa2.. Alih2 hilang.. Geramkan.. Tq buat semua yang bertanya melalui mesej pasal ni..Dan Insya Allah secepat mungkin zue akan upload picture baru.. (Nasib baik still lagi simpan..kalau tak kena buat entry dan pic baru)..

Thursday, March 14

SWAN CREAM PUFF



Assalamualaikum.. Hari tu ader buat cream puff. Saja nak main-main ngan betuk cream puff so terjadilah swan cream puff.. Nasib baik jadi cantik dan sedap. Inti dia ader Zue letak kastad dan ader yang letak whipping cream. Apa-apa pun resepi ni memang simple dan sedap.. Jom layan resepinyer... 

CREAM PUFF 

 Bahannya: 

1/2 cawan butter 
1 cawan air 
1 cawan tepung gandum 
secubit garam 
4 biji telur 

Caranya: 

  • Masukkan butter dan air ke dalam periuk 
  • Masak dengan api kecil dan kacau rata 
  • Bila larut, masukkan tepung gandum dan garam 
  • Kacau hingga jadi macam doh roti 
  • Tutup api dan biarkan sejik dalam 5-10 minit 
  • Masukkan telur dan kacau satu persatu telur tersebut dalam adunan 
  • Masukkan dalam piping beg dab sediakan dipiping atas aluminium foil yang disalut butter 
  • Bakar pada suhu 200c selama 15-20 minit 
  • Bila masak sejukkan 

Bahan untuk kastad

2 sb tepung jagung 
2 sb tepung kastad 
1 1/2 cawan susu segar 
2 biji telur 
3 sb gula 

Caranya: 

  • Masukkan ke semua bahan tadi didalam periuk 
  • Dengan api sederhana, masakkan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati 
  • Bila sudah agak likat, tutup api dan sejukkan 

Wednesday, March 6

BEETROOT RED VELVET CUP CAKES


Assalamualaikum.. 

Dah hampir 2 minggu tak up date blog. Buzy..buzy dan buzy.. Itulah jawapan terbaik. Buzy ngan kerja harian, buzy ngan anak-anak, buzy lak ngan macam-macamlah.. Rasa dalam 2 minggu ni macam-macam terjadi dalam hidup zue ni.. Ngan keta accident pastu sambung lak ngan survey keta baru (pasal tu keta accident kut.. kater org merajuk tu..)..pastu sibuk ngan google tempat menarik dalam tenet sebab nak g bandung 20/3 ni.. Al maklumlah 1st time nak g.. kena survey tempat nak gi.. 

Pastu lak yang bestnyer ari tu buka email dapat offer mengetengahkan bakat..cess.. ayat buku tu.. tak de lah dapat offer masuk majalah aroma.. Dah lah due date nyer hari khamis.. Baca email hari selasa.. Mana sempat.. Nak pulak 10-15 resepi.. So pakai jerlah resepi yang ada dalam blog ni.. Tapi ader jugaklah tambah 3 resepi baru. Yang bestnyer dapat buat resepi Anna Olson.. Nanti tunggu lah keluarannyer..(tak pasti bila..)..Sekarang mood happy sangat-sangat rasa cam tak sabo nak tunggu next month punya keluaran majalah Aroma.

Pernah dengar ubi bit tak?.. Actually ubi bit ni banyak sangat khasiatnyer. Biasa kita buat red velvet guna pewarnakan.. Ishh... bahaya tau pewarna tu..Dah lah buh banyak dalam kek.. so apa kata kali ni kita tukar ngan ubi bit lak sebagai pewarnanya. Actually duk selalu tengok Ezani masterchef tu duk tayang red velvet beetroot dia dalam instragram tu yang tergoda nak mencuba nyer..

BEETROOT RED VELVET CUP CAKE 
sumber: Ezani masterchef

Bahannya:
(A)
1 1/2 cawan puri ubi bit (disagat dan diblend)
1/2 cawan jus lemon
1 sk cuka

(B)
230gm butter ~ suhu bilik
225gm creamcheese ~ suhu bilik
2 cawan gula castor
4 biji telur
1 1/2 sk esen vanila

(C)
**2 cawan tepung gandum
**1 1/2 sk baiking powder
**1 1/2 sk garam
**3 sb serbuk koko
         **di ayak

Caranya: 

  • Panaskan oven 150'c 
  • Untuk buat puri, campurkan kesemua bahan A. Asingkan
  • Dalam mixer, (bahan B) mula-mula masukkan cream cheese dan butter. Pukul sehingga sebati
  • Masukkan gula dan pukul lagi
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul
  • Kemudian masukkan juga esen vanila dan pukul lagi
  • Lastly masukkan bahan C dan pukul sehingga sebati
  • Masukkan dalam mangkuk kertas dan sedia dibakar pada 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing
Actually nak buat sebiji kek pun boleh

 

Khasiat ubi bit:-

Ubi bit juga mengandungi antioksidan iaitu betacyanin yang dikatakan memberikan warna merah pada ubinya.

Disebabkan khasiat ini jugalah, pengamal perubatan holistic mempercayai jika seseorang itu meminum jus ubi bit yang telah dicampurkan dengan jus lain seperti lobak dan timun, ramuan ini dikatakan amat baik untuk tujuan membersihkan buah pinggang dan pundi hempedu dan mengembalikan semula kesihatan organ-organ ini. Bukan itu sahaja, ubi bit juga amat baik bagi membantu mengurangkan sembelit. Ini kerana kandungan serat dalam ubi dikatakan mampu memperbaiki aktiviti peristalsis dalam usus besar.
 

Designed By Izza sakura