Assalamualaikum dan selamat malam....
Hari ni dah 11 hari kita dalam Ramadhan. Amalan apa yang dah anda buat?.. Zue macam biasa akan amalkan surah pembuka rezeki iaitu Al- Waqiah.. Alhamdulillah berkat membaca dan mengamalkan ayat ni zue dipermurahkan rezeki terutama pada bulan yang mulia ini. Jom kita amalkan...
Waktu malam rasanya dapat jugak upload resepi terbaru zue. Waktu siang hari memang tak ada masa langsung nak upload. Alhamdulillah malam ni sempat jugak zue share resepi ni. Ini pun disebabkan permintaan ramai untuk mencuba resepi yang amat mudah ni. Rugi tau sape tak buat sebab ia sedap dan mudah dibuat walaupun sedikit cerewet dengan cara pembuatannya...
PUDING BUIH BERKUAH
sumber: Baking Too Teeth
Puding
1 bungkus agar-agar tali (30gm)
6 gelas air
1/2 cawan gula
5 biji putih telur
2 biji merah telur
1 sudu vanilla
pewarna
Caranya:
- Masukkan air ke dalam periuk bersama agar-agar dan masak sehingga mendidih (sejukkan)
- Dalam bekas lain, masukkan putih telur dan putar dalam kelajuan paling maksimum sehingga menjadi kembang dan meringue
- Kemudian masukkan kuning telur satu per satu sambil pukul sehingga gebu.
- Masukkan gula, vanilla dan pukul lagi.
- Akhir sekali, masukkan agar-agar tadi yang sudah sedikit sejuk ke dalam mixer perlahan-lahan.
- Pukul lagi sehingga adunan sebati (perhatikan bahagian bawah supaya adunan tidak ada separate antara buih dan agar)
- Masukkan pewarna dan tuang agar dalam bekas
- Sejukkan puding di dalam peti ais
p/s: Sangat penting untuk agar-agar sejuk sedikit dahulu kerana agar-agar yg panas akan merosakkan buih dan buih akan hilang dan puding akan jadi 2 bahagian, bawah agar dan atas buih.
Kuah Custard
1 tin susu sejat
1 tin air (guna tin susu sejat)
1 sudu besar custard
3 biji merah telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla
Caranya:
- Larutkan custard didalam air terlebih dahulu
- Masukkan kesemua bahan di dalam periuk
- Kacau sehingga mendidih dan naik bau.
p/s: pastikan jangan tinggal custard tanpa mengacau sebab custard mudah hangit di bahagian bawah kalau dibiarkan. Selepas mendidih, kacau dahulu sedikit untuk sejukkan kemudian baru boleh dibiarkan. Sejukkan dalam peti ais kerana puding ni sedap makan waktu sejuk
16 comments:
Salam kenalan zue...
cantik sgt pudingnya...syg nak mkn...:)
salam akak yg sudi share resepi nie...temq a lot, cik hubby tiba2 lak mengidam nk mkn puding buih...tgok resepi akak trus sy on sbab tertarik dgn puding nie...heheehehe temq akak :)
Sdapnyerr... nk skit blh hahahax
Sis kalau nak pukul jd meringue lps tu pakai tangan bole ke?
boleh guna tangan tapi kn pukul laju
Assalamualaikum.. Sye dah buat. Menjadi :* thanks for this
recipe.. Kebetulan. Name sye zuhaida jugak :*
Assalamualaikum.. Thanks for this recipe.. Kebetulan name sye pun zuhaida
Hi sis.. sy bt tp agar2 dan tlur sparate.. hmmm cdiy
Hi sis.. sy bt tp agar2 dan tlur sparate.. hmmm cdiy
Mungkin agar2 tu sedikit panas nasa pujuk tu atau terlebih pukul pun x boleh..
Hi.. Zue haida 👍👍
Alhamdulillah
gelas mcm mane tu..sukatan tu kalau ikut arahan kat pembalut agar2 tu boleh ke
Salam..6 gelas air tu agak2 dalam berapa liter
Salam.6 gelas air tu agak2 dalam berapa liter
Sis.. sy selalu buat jadi 2 lapisan.. wlupun da biarkan sekejap utk bg agar2 sejuk.. tkot sejuk sgt nti agar2 keras plk...
Post a Comment