Assalamualaikum...
Selamat petang dan salam Jumaat...
Hari ni Zue nak share satu resepi dari negara Arab iaitu NASI KABSA. Biasa kita sebut nasi arab ni kita bayangkan ada satu jenis jer, actually ia ada banyak jenis seperti NASI MAKHLUBAH, NASI ARAB HADRAMAUT, MANDY, HANITH dan banyak lagi. Salah satu yang akan Zue share resepi hari ini ialah NASI KABSA.
Resepi ni zue belajar daripada mak sedara yang memang pandai bab masakan Arab ni. Katanya biasa nasi arab menggunakan rempah giling yang dibuat sendiri contohnya buah pelaga ia hanya menggunakan biji dalamnya saja dalamnya saja dan ditumbuk sehingga halus.
Masa zue buat ni banyak kurang antaranya ialah tiada gajus, kismis atau kekacang dan juga tiada saffron so abaikan yang tiada tu tapi zue still letak resepi original...
NASI KABSA
Bahannya:
1 ekor ayam (dibelah 4 dan buatkan sup dengan rendam daun pasley, halia, kayu manis dan buah pelaga)
3 cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 minit, toskan
4 cwn air sup ayam tadi
4 sudu minyak olive oil
1 sudu planta
4 biji bawang holand - dipotong dadu
2 biji buah tomato - dipotong dadu
**1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
**1 sudu kecil lada hitam serbuk
**1 sk serbuk buah pelaga (ambik biji dlm dan tumbuk)
**1 sk serbuk cengkih
**1/2 sk serbuk kulit kayu manis
**1/4 sk serbuk kunyit
**sedikit serbuk lada hitam
1/4 cawan kismis atau kekacang
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
(Madu dan pewarna saffron untuk warnakan ayam)
(Madu dan pewarna saffron untuk warnakan ayam)
Caranya:
- Panaskan butter dan olive oil.
- Bawang Holland dan tomato yang didadu tadi.
- Masukkan beras yang dicuci dan ditoskan.
- Kemudian masukkan bahan yang bertanda ** dan bersama gula atau garam secukup rasa
- Sedia dimasukkan ke dalam periuk nasi bersama sup ayam yang direneh tadi.
- Masakkan dalam rice cooker sehingga masak
- Untuk ayam tadi, sapukan madu atau pewarna saffron untuk mewarnakan ayam tersebut kemudian grill sehingga sedikit garing.
** Sekiranya menggunakan basmati air perlu lebih secawan daripada sukatan beras.
**Disebabkan pewarna saffron tiada so nasi zue lebih kepada warna kunyit. (Abaikan)
**Disebabkan pewarna saffron tiada so nasi zue lebih kepada warna kunyit. (Abaikan)
3 comments:
Menarik..... sy pnh duk dubai pon xpnh lg cube...kne kiv resepi nih hihihi
Wow...nmpk sedap
Sedapnya tgk nasi tu.... k.gee suka nasi stail arab ni...
Post a Comment