Assalamualaikum...
Selamat Malam. Cuaca yang sangat panas ketika ini menyebabkan nak buat apa-apa pun malas. Rasa badan pun kurang sihat. Kalau balik kerja tu, lepas magrib terus rasa nak tidur Itu punca yang malas nak up date. Line internet pulak asyik terganggu jer. Malam ni agak free untuk Zue share resepi yang Zue buat semalam.
Semalam sembang dengan group whatsupp geng U dulu. Sorang member share dia buat Roti Nan. Selama ni tak terpikir pulak Roti Nan tak perlu masak dalam tempayan bagai. Rupa-rupanya agak mudah untuk masak dalam kuali Non Stik. Lagi satu petua untuk bagi roti gebu Zue akan uli dalam sejam atau sejam lebih. Biasa Zue akan tengok drama tv sambil uli. Ralit ngan drama so tak terasa tangan lenguh untuk menguli dan hasilnya sama dengan pakai BM.
Resepi untuk Roti Nan atau Roti Tempayan di Zue buat 2 versi iaitu berunsur cheese dan tak de cheese. Yang berunsur cheese lagi sedap berbanding dengan yang biasa. Lagi satu, untuk pastikan Roti Nan menjadi, ia akan naik mengelembung semasa membakar dan kalau tak gelembung maknanya ia kureng menjadi.
Roti Cheese Nan
375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam
Bahan Toping/Inti :
50 gram cheddar cheese / cheesedale
50 gram cheddar cheese / cheesedale
Caranya :
- Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih.
- Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.
- Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).
- Canai leper taburkan cheese atau letakkan cheesedale dan kemaskan utk elakkan cheese terkeluar.
- Bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik.
4 comments:
Sedap n menarik roti nannya sis ;)
Perghhh mkn ngan kari kambing sdp ni
kalau tak guna yogurt takpe ke sis?
Post a Comment