Monday, February 6

MACARONku malu nak tunjuk kaki..

Dah lama nak buat projek macaron.. Tapi terbantut jer.. hari ni semangat datang terus buat.. Tapi frust betul.. kenapa lah dia tak nak keluar kaki.. Puas dipesan masa nak masukkan dalam oven tu.. Tapi dia ni still malu.. Agaknyer kaki dia bulu banyak tu.. Apa-ape pun memang sangat sedap berbanding dengan yang pernah zue beli kat satu kedai bakery tu.. terlalu manis sampai hilang rasa almondnya.. dan mungkin juga dia kurangkan almond so memang out rasanya..

Next time kena buat lagi tak boleh mengaku kalah.. Walaupun ia tak cantik..macam burger gitew.. tapi ia tetap nak possing cun depan kamera..:)
Bahannya:
80gm putih telur ~ suhu bilik (Lebih kurang 2 biji gred A)
65gm gula castor
80 gm serbuk almond
140 gm gula aising
pewarna
Caranya:
  • Tapis dan ayak almond bersama gula aising
  • Pukul putih telur dan masukkan gula castor sedikit demi sedikit
  • Pukul lagi sehingga bertanduk
  • Masukkan 1/4 daripada serbuk almond bercampur gula dalam putih telur dan kaup balik sehingga selesai.
  • Letakkan pewarna
  • Masukkan dalam piping beg
  • Picitkan pada pacthment paper yang dilukis dengan duit 20 sen 
  • Pecahkan gelembung-gelembung udara dengan tooth pick.
  • Rehatkan macaron selama 30-45 minit atau sehingga kering (tidak melekat di jari apabila di sentuh)
  • Panaskan oven pada 140'c atau ikut kepanasan oven masing-masing.
  • Bakar 15-20 minit.

Biarlah ia tak cun.. janji sedap..^__^

No comments:

 

Designed By Izza sakura