Salam satu malaysia buat semua pembaca blog Zue. Tetiba hari ni (Ahad), ari yang begitu bersemangat untuk buat Nasi Dagang Terengganu. Sebab terbuka satu rancangan masak memasak yang kebetulan Chef Wan selaku chef yang memasak Dasi Dagang dalam channel 703 Astro Prima.
Teringat masa kat kampung di Terengganu. Kami satu family suka sangat-sangat makan nasi dagang 'Mek Gemok'- nama pembuat nasi dagang glamer kat Kampung Pengadang Baru. Rasanyer yang masam, masim dan manis memang menepati citarasa kami sefamily. Dulu nasi dagang di Terengganu akan dibungkus berbentuk kon dengan daun pisang. Keharuman daun pisang amat terasa apabila makan nasi dangang. tapi, zaman dah berubah agaknyer pokok daun pisang dah banyak ditebang di Terengganu. Mungkin masih ada lagi yang bungkus cara seperti tu tetapi dikawasan kampung-kampung atau kawasan pendalaman.
Jangan tertukar antara nasi dagang terengganu dan nasi dagang kelantan. Banyak perbezaanyer seperti nasi dagang terengganu menggunakan percampuran antara beras pulut dan beras biasa. Manakala nasi dagang kelantan menggunakan beras khas yang berwarna perang.
Jom kita tengok resepi Nasi Dagang Terengganu yang original ni..
Resepi untuk kuah
Ikan tongkol dikukus dengan asam jawa dan garam kasar
3 cawan santan pekat
1 liter air
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 sudu lada yang dimesin
2 keping asam gelugor
3 sudu rempah nasi dagang
1/2 keret gula melaka/nisan
4-5 batang lada jarum
Cara mengukus nasi dagang
- Rendam beras dan beras pulut sekurang-kurangnyer 3-4 jam (bergantung kepada jenis beras). Toskan beras yang dicampur dengan beras pulut dan letakkan dalam kukusan yang dah menggelegak. Mungkin ada yang bertanya tak tumpah ke beras tu antara lubang-lubang kukusan. Ya.. akan tumpah/terkeluar tapi hanya sedikit sahaja.
- Biarkan selama 10 minit dan keluarkan beras dari kukusan tadi dan arun (sebatikan beras dan santan) dulu dengan air. Kemudian kukuskan lagi selama 10 minit. Ulangkan sekali lagi dengan step yang sama.
- Kemudian selepas 2x arunkan dengan air barulah arunkan dengan santan pekat yang dicampurkan dengan halba, halia dan garam. Ulangkan step ni sebanyak 3x. Selepas tu tutup periuk dan biarkan ia sehingga masak selama 20 minit.
kuah
- Blendkan bawang merah, bawang putih dan halia.
- Tumiskan bahan-bahan tersebut.
- Bila agak garing masukkan lada mesin.
- Kacau dan seterusnya masukkan rempah nasi dagang yang dicampurkan dengan sedikit air.
- Kacau biar naik bau dan masukkan asam gelugor. Biasanyer orang terengganu gantikan asam gelugor dengan belimbing buluh tapi memandangkan sukar untuk mencari belimbing buluh di kl ni so zue gantikan dengan asam gelugor. Opss.. jangan lupa masukkan air rebusan ikan tongkol tadi nak bagi naik 'kick'nyer.
- Kemudian masukkan air (biarkan agak-agak pekat.
- Kacau dan tunggu sehingga naik minyak, masukkan ikan aya/tongkol, garam, gula melaka (nisan) dan lada jarum.
- Bila dah gelegak, rasa agak2 cukup masam, masim dan juga manis. Boleh ditutup api.
Bahan acar
2 batang timun
1 batang carrot
2 ulas bawang merah
4 sudu cuka
2 sudu gula
1 sudu garam
Caranyer
- Timun batang dan carrot dipotong kecik-kecik dan satukan bahan-bahan tadi.
- Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika.
2 comments:
Nasi dagang dah, nasi kandaq bila pulak??
Photo makin mantap!!..lepas ni upload gambar cantik2 lagi..beza ngan 2009 punya gambar! lambat betul belajar ambil gambar ni.
nanti p kandaq lembu br nak buat nasi kandaq!! tgg kamera DSLR lambat sgt dpt...
Post a Comment