Friday, October 14

KEK CHOC MOIST II yang crazy moist..sodap

Lepas balik bercuti ni adalah entry pertama yang zue nak sharekan.. Apa taknyer, sampai jer petang isnin, terus ke dapur buat kek tempahan customer sebab malam dia nak. Tak nak ambik tak sampai hati sebab ni regular customer.. lagipun dia kata semperna besday dia.. so.. buat jer lah.. Tapi dah alang-alang buat tu, buat lebih skit.. untuk anak-anak makan.. Lagi pun kids zue memang peberet no1 kek choc moist ni.. Penat pun penatlah.. tapi yang penting dapat tunai janji orang..

Actually ni adalah resepi ke2 selain daripada CHOC MOIST CHEF ZUBAIDAH.. yang zue gunakan untuk cust. zue. Resepi ni adalah daripada Pn Munirah..

Bahan-bahannya:-


(A)
1 cawan gula pasir*
1 cawan serbuk koko* (guna van houten lg sodap)
1 cawan susu cair*
1 cawan susu pekat*
1 cawan minyak masak*
**Dimasak atas api yang perlahan tapi jangan sampai hangit.


(B) DI AYAK BERSAMA


3/4 cawan tepung gandun
1 sudu kecil baiking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat


(C)
4 biji telur diblender
1 sk esen vanila


CARANYA:-

  1. Satukan bahan A (yg bertanda *) ke dalam periuk. Gaul sebati dan masakkan di atas api yg perlahan sehingga adunan menjadi licin. Rehatkan sebentar bila dah sebati.
  2. Satukan bahan B dan C ke dalam A (berselang seli dan gaul menggunakkan senduk) Masukkan sekali esen vanila dan gaul sehingga rata.
  3. Bila dah sebati tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan di alas dengan kertas.
  4. Panaskan kukusan terlebih dahulu dan kukuslah sehingga masak( lebih kurang 45 min bergantung saiz) loyang.

RESEPI UNTUK TOPPINGNYER..
1/2 cawan serbuk koko (guna van houten lg sodap)
3/4 cawan susu pekat
4 sudu makan minyak masak
 1 st esen vanila

CARANYA:-
Kacau ke semua bahan ke dalam satu bekas dengan cara double boiling

No comments:

 

Designed By Izza sakura