Selamat tengahari..
Nak makan tengahari ?.. Hari ni zue share resepi yang dibuat semalam...nasi goreng paprik versi zue... Actually zue ni pengemar utama untuk jenis-jenis paprik.. Dah boleh rasa kurang sesuatu masakan paprik tu kat bahagian mana.. Pernah dengar sos ikan (nampla) tak?.. Kalau nak tahu resepi jenis ala-ala thai ni kebanyakkan peniaga kedai makan lebih suka guna sos nampla.. lagi naik rasa ummphhnyer....
Nasi goreng pulak zue gunakan serbuk Adabi berperisa tomyam.. senang tak payah nak campur banyak benda.. Garam dan gula ada tak payah nak tambah lagi.. Lagipun zaman sekarang semua nak cepat so guna jer serbuk ready made..
Bahan-bahan untuk nasi goreng:3 cawan Nasi putih
1/2 cawan mix vegi
1 peket serbuk adabi perisa nasi goreng thai
Sedikit minyak untuk menumis
Caranya:
- Panaskan minyak dalam kuali
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau
- Masukkan mix vegi dan kacau sehingga separuh masak
- Masukkan nasi putih bersama peket serbuk nasi goreng thai
- Kacau sehingga sebati
Bahan untuk Paprik:
- Isi ayam *
- udang *
- sotong *
*** dipotong kecil-kecil
- Halia (diketuk)
- 1 batang serai (diketuk)
- 2 ulas bawang merah (dimayang )
- 1 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang besar (potong halus)
- 1 sb cili boh
- 2 sb nampla (sos ikan)
- 1 ketul kiub ayam
- 2 helai daun limau purut (disiat-siat)
- Kubis bunga
- karot (potong nipis)
- kacang panjang
- kicap manis
- sos tiram
- garam dan gula secukup rasa
- sedikit minyak untuk menumis
Caranya:
- Tumiskan minyak bersama bawang merah dan bawang putih sehingga garing
- Masukkan cili boh, kicap, garam, gula dan sos nampla. Kacau sehingga naik bau
- Masukkan pula isi ayam, sotong dan udang ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kacau dan biarkan selama 2-3 minit (perlahankan api dan tutup dengan tudung periuk)
- Lastly masukkan bawang besar yang dihiris halus, daun limau purut, kobis bunga, kacang panjang dan carrot. Kacau sehingga separuh masak dan finaly masukkan sos tiram.
No comments:
Post a Comment