Friday, June 19

Tomyam Santan... Menyelerakan




Assalamualaikum.. Salam Ramadhan.. Semalam adalah hari pertama umat islam berpuasa. Macammana dengan menu untuk berbuka?. Mesti ramai yang tercari-cari resepi untuk masak. Sebelum puasa Zue dan family pergi makan kat restoren Puteri Ayu di Padang Jawa. Antara menu disitu tomyam santan. Balik tu terus Zue google resepinya. So untuk 1st buka puasa ni Zue buat tomyam santan. Serius sangat sedap. Lagi sedap daripada tomyam biasa. Jom cuba resepi ni.

   

TOMYAM SANTAN

BAHAN-BAHAN

 500 gm ayam (saya guna isi ayam)
Sedikit sotong dan udang 5 batang serai
15 tangkai cili padi
1 biji kelapa (diambil 4 mangkuk santan) 6 helai daun limau purut
2 biji tomato
1 labu bawang besar
2 peket cendawan tiram
2 tangkai daun bawang
secekak daun ketumbar
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 kiub tomyam
3 tsb paste cili 2 tbsp sos nampla
1 biji limau nipis besar (perah airnya)

 CARA MEMASAK:- 

1. Potong isi ayam nipis-nipis. Serai di potong menyerong kasar. Hiris kasar halia , lengkuas dan bawang besar.Potong wedges tomato.

2. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut. Ketuk sedikit cili padi.(saya letak banyak cili padi kerana santan membuatkan ianya kurang pedas)

3. Masukkan santan kedalam periuk besar bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil si kacau. Masukkan pula cili paste, sos nampla/ikan dan kiub tomyam.

4.Masukkan pula ayam, sotong dan udang. masak lagi sehingga separuh masak. Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar(perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.

5. Masukkan sedikit gula, air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didih kan sebentar saja dan boleh di angkat.

No comments:

 

Designed By Izza sakura