Tuesday, April 11

AYAM ROASTED BERSAMA NASI AYAM PANDAN



Assalamualaikum....

Hari ni tiba2 nak up date blog.. banyak sangat yang tak compose salah satunya AYAM ROASTED bersama NASI AYAM PANDAN.

Masalah betul nak update blog.. Rajin tu dah x de. Harap kat opis internet slow. Kat umah x de masa layan si wiwin.

Takpe lah nak share sedikit apa yang sis masak hari tu.. Rasa sangat sedap.. Lumayannn..




AYAM ROASTED BERSAMA NASI AYAM PANDAN

sumber:   HANA MEMORIES


Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-bahan untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam 
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega



Cara-cara:
  • Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam.
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


NASI AYAM PANDAN

BAHAN-BAHANNYA :

3 pot beras basmathi
Air *mengikut sukatan beras yang anda gunakan, + 4 helai daun pandan dan kisar lalu tapis airnya
sedikit garam


BAHAN TUMIS :

1 biji bawang besar *mayang
4 ulas bawang putih *hiris
2 cm halia *hiris
1 helai daun salam/bay leaf
2 kiub Sayur *knoor
minyak

CARA :

Panaskan sedikit minyak.
Masukkan *BAHAN TUMIS* sehingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan dada ayam dan kacau sebati.

Masukkan air pandan dan didihkan.
Setelah mendidih masukkan beras dan kacau sebati.
Tanak sehingga beras masak
Angkat dan hidangkan

No comments:

 

Designed By Izza sakura