Assalamualaikum...
Tinggal 5 hari lagi nak raya.. Persiapan dah separuh siap tapi tak siap sepenuhnya lagi.. Ye lah last minit ader je yang terlupa cam raya tahun lepas. Semua dah prepare awal-awal lagi. tetiba pagi raya kononlah nak sedondong ngan en hubby n my kids..check punya check.. baju rayaku yang khas untuk hari raya pertama tertinggal kat KL. Geram betul.. So moral of the story... u fikir lah sendiri.. huhuu..
Actually dah banyak resepi coklat chip yang zue pernah buah saja nak try pelbagai versi. Kali ni try versi chef kita iaitu chef hanieliza. Boleh tahan jugak rasanya..agak chuncy..
Sumber: Chef Hanieliza
125 g butter
125 g majerin
1 sudu besar shortening
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Caranya:
- Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
- Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
- Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara
No comments:
Post a Comment